ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Sabtu, 23 Februari 2019

Tip Mandi BB


Selasa, 29 Januari 2019

BB SEMPOI BACK TO LAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lamo bebenorrrr aku tak meng update blog usang ni, tiada cerita disampingan tiada kelapangan untuk menaip. Minggu lepas aku masuk melaman area bukit tagar itupun kelewatan, jumpa geng - geng bukit beruntung pun kat laman dah.

Laman pertama BH datang berangga tapi tak nak turun. Pindah masuk laman ke dua, 15 minit menunggu BH datang beranggar. Sekejap je terus terjun, landing je terus melompat....aduiiii confirm celir racik ni. Memang celir BH ni, 3 kali turun naik laman.....tak masuk laman racik

Apa2 pun enjoy the video, maaf lupa nak setting record sound...adoiii


Selasa, 1 Mei 2018

Kenangan bersama sahabat di Sg Petani

Sambil buat urusan projek di utara, sempat juga melawat otai2 group mikat di  area sungai petani. Antara mereka adalah Amran Ayob dan Sahabat2 beliau.

Khamis, 22 Februari 2018

Tapau Ke - 16 By BB Sempoi

Tarikh   : 19-11-2017
Laman  : Kg Fajar
Pikat     : BB Sempoi
Rank     : Tangkapan ke-16
BH        : Guk 2, Suara Kecik, BH Bertanda

Pikat     : AYIE (member)
Rank     : -
BH        : Guk 1 Gantung, Suara Kasar, Tekan Guk, BH bertali kaki





Selasa, 20 Februari 2018

Tapau Ke 15 by BB Sempoi

Tarikh   : 12-11-2017
Laman  : Tepi Dame Sungai Tengi
Pikat     : BB Sempoi
Rank     : Tangkapan ke-15
BH        : Guk 2, Suara Sedang Keras, Selang, Tekan Rapat




Jenuh memusing cari member, katanya ada tepi dame so aku pun tuju ke lokasi yang dikatanya itu. Aku masuk laman lama seberang jalan laman yang dia pasang, katanya ada Guk 3 ada gagap. Aku malas nak masuk sebab member dah pasang. Kedengaran BH duk buat game suara seakan akan pikat member aku. Pada mulanya ingatkan dia dah, bila himpit dekat sah bukan dia. Apa lagi aku cari laman elok sikit terus pasang BB Sempoi. BB Sempoi buat kerja sekejap BH lambung masuk anggar laman. Tak lama dia terus terjun laman dan bungkusssss

Isnin, 19 Februari 2018

Ke 14 by BB Sempoi

Tarikh   : 22-10-2017
Laman  : Bukit Tagar - Bukit Minyak
Pikat     : BB Sempoi
Rank     : Tangkapan ke-14
BH        : Guk 2, Suara Sedang - Kopi O

Al-kisahnya aku masuk laman ni untuk repeat Selang Gagap, Gagap Penuh. BH reward tu sora biasa sahaja cuma geram kat gagap dia tu. Bukan selalu jumpa BH macam ni di laman. Minggu lepas masa try BH gagap tu aku terserempak dengan group dari selayang. Rupa-rupanya mereka pun duk aim si gagap tu. Sayang si helang datang kacau sebab BH gagap tu dah beranggar dengan BB Sempoi. Jantung dah berdebar debar sebab nak tapau dah ni adoiiiii. Akhirnya si gagap tumpas di tangan group dari selayang.

So BH yang aku tapau ni kelas kopi O saja lah buat masuk ranking game online by PPTDM. Ikutkan pada tarikh ni aku tapau dua tapi lucut pulak sekor masa pegang tali racik.




Masa tangkap tak tahu BH ni game macam mana. Itu yang pakai tanda. Sekarang BH ni dah jadi taiko dalam reban, aku duk depan reban pun dia selamba je menguku. Bulih tahan jugak hati BH ni cuma kopi O je la

3 ABDUL - Selalu Lewat


Ini adalah 3 orang geng yang selalu lambat masuk laman mikat, terutama aku la hahahaha. Jam 9 pagi masih di kedai mamak adoiiii. Itu yang kadang-kadang aku gerak solo atau jumpa dengan diorang dalam ladang.
Dari kiri Mat Sempoi, Ayie & aku. Si Ayie ni antara lagend yang aku kenal, banyak benda perihal mikat ni aku belajar dengan dia.

Isnin, 8 Januari 2018

SELADANG GANTUNG GATE B UUM

Tarikh   : 03-09-2017
Laman  : Pintu Belakang UUM Sintok Kedah
Pikat     : BB Sempoi
Rank     : Tangkapan ke-13
BH        : Guk 1 Gantung, Suara Sedang Atas, Angguk Lebat

Setelah selesai memantau pekerja buat pemasangan aku meronda kawasan sekitar UUM. Lepas dekat pintu belakang intai dengar BH jika ada. Dengar 2-3 ekor tengah galak dengan melambung sana sini. Laman agak susah kerana tiada tempat sembunyi yang sesuai. Pasang BB Sempoi menyorok belakang pokok besar jauh dari laman, tawakal je la kalo ada biawak ka apa sebab laman tepi sungai.

Jenuh BB Sempoi memanggil lawan, si BH target ni kerja duk lambung sana sini sahaja. Hari semakin gelap hati pun tak senang duk dalam semak lembah sungai. Akhirnya BH Target lambung datang anggar dekat laman. Garang sungguh BH ni, tak lama beranggar terus terjun masuk laman. Akhirnya BUNGKUSSSS




Isnin, 30 Oktober 2017

Nat Pokok Getah, Pauh Perlis

Tarikh   : 30-07-2017
Laman  : Nat Pokok Getah, Pauh Perlis
Pikat     : BB Sempoi
Rank     : Tangkapan ke-12
BH        : Suara Sedang, Angguk Lebat (kaki belah rotan penuh)

Teringat masa berulang alik ke perlis 3 tahun yang lalu, setiap ahad aku akan ke NAT Pokok Getah di Pauh Perlis untuk beli baju bundle dan makanan. Aku ambil kesempatan masa jaga projek UUM waktu ini untuk ke NAT untuk sarapan pagi. Kebetulan pagi itu hujan dan selepas hujan aku pun ke taman sebelah NAT untuk test BH yang kelihatan melambung lambung selepas hujan. 5 minit setelah pasang BB Sempoi, BH datang menyahut cabaran. Lebih kurang 5 minit beradu suara dari atas bumbung rumah kedai hari mula bergerimis. Aku biarkan sahaja BB Sempoi di laman dengan harapan "TAPAU". Zaaaaasssssss BH turun lawan angguk dengan BB Sempoi, 3 pusingan jugak lawan angguk tapi tidak sangkut racik dan sempat berlaga. Hujan sudah mula turun dan mujur kelihatan BH sudah tarik kaki menunjukkan terkena racik.




Gambar di bawah ini pulak kisah aku melaman di kawasan kebun getah muda dekat sempadan, area bukit tangga juga lah. Kebetulan terserempak dengan otai bukit tangga yang memperkenalkan dirinya dengan panggilan "Pak Su". Otai ni bawa BB Merbok, bulih tahan juga galaknya BB Pak Su ni. Dia cuba dapatkan BH suara kasar kawasan tu. Hari itu dapat tapau betina suara kasar, angan - angan aku dapat bawa balik BH suara kasar tu adoiiii....sekali datang sepasang dan yang masuk rapun betina pulak


Khamis, 26 Oktober 2017

Laman Bkt Tangga Sintok Kedah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua yang mengikuti halaman blog Pemikat Tekukur

Hari ini aku hendak berkongsi kisah 2 bulan lepas yang mana aku telah ditugaskan untuk jaga projek di UUM Sintok Kedah. Oleh kerana aku menyewa sebuah homestay, aku bawa besama BB Sempoi untuk ajar memikat di luar kawasan. Habis waktu kerja aku bawa BB Sempoi meronda kawasan berdekatan untuk mencuba nasib.

Tarikh   : 17-07-2017
Laman  : Felda Bukit Tangga, Sintok Kedah
Pikat     : BB Sempoi
Rank     : Tangkapan ke-11
BH        : Kopi "O" Keteh-keteh

Target Suara kasar, target dengan mangsa sama-sama datang beranggar. Yang terjun hat kopi "o" ni pulak adoiii..........





Selasa, 24 Oktober 2017

BB Sempoi Tapau ke-10

Tarikh  : 02-07-2017
Lokasi : Kg Sepakat Bkt Tagar, Selangor
Pikat   : BB Sempoi
BH     : Kopi "O"
Rank   : Tapau ke-10

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sudah sekian lama aku tidak kemas kini blog Pemikat Tekukur ini dengan kisah-kisah laman. Hari ini aku curi kesempatan sedikit untuk update kisah bulan-bulan yang lalu.

Laman yang aku masuk ini sekadar ulangan untuk repeat BH Gagap 5 patah yang aku jumpa dahulu semasa melaman bersama Suhaimi Harun. Laman ini agak menarik kerana suasananya meriah cuma rasa sunyi sedikit berikutan ladang sawit yang gelap dan banyak khinzir. Pernah kawan melihat kelibat Sang Belang di kawasan berdekatan. Pada tarikh ini aku masuk ke laman bersama Mat Sempoi, dia bawa merbok & tekukur.




Khamis, 15 Jun 2017

STOK MUSIM 2018



Ini adalah antara BH yang ditangkap pertengahan 2016 serta Burung Anak 2016. Musim ni duk jaga makan minum, mandi & jemur. Belum cukup galak lagi untuk bawa mengajar tanah. Plan hujung tahun ini nak start ajar untuk main musim 2018 

Khamis, 8 Jun 2017

Rangkuman Kisah Tapau 2017



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terima kasih buat semua pengikut setia blog Pemikat Tekukur yang tak seberapa ini. Anda semua terbaik dan sangat sporting.

Hari ini rasa sedikit kebosanan dan cuba untuk kemaskini blog ini kerana sudah lama tiada coretan hobi untuk dikongsi bersama kawan-kawan semua.

Coretan ini mengisahkan jentera baru saya selepas Pikat Kelab Golf dibaham kucing. Bagaikan hilang punca kerana Pikat Kelab Golf merupakan satu-satunya pikat buruk yang ada. BB lain ada tapi sekejap main sekejap tak main, kalau bawa melaman pun buat sakit hati sahaja.

BB baru ini adalah anak hasil reban sendiri yang mana Induk jantan pikat kawan (Mat Sempoi) & induk betina BB aku sendiri. Anak pertama tunggal bagi pada mat sempoi dan aku ambil anak 2nd batch. Anak 2nd batch dapat sepasang tapi sayang anak betina mati atas sangkar layang.

Hampir 2 tahun BB Sempoi menggalak di sangkar layang dan tahun ini aku mula ajar catok dan turun tanah.

Dibawah adalah gambar-gambar tapau bersama BB Sempoi. Masih muda dan masih baru lagi di laman, alhamdulillah tidak mengecewakan setakat hari ini.






Jumaat, 21 April 2017

Update BH Bukit Tagar

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua

Hari ini aku nak update kisah BH Bukit Tagar yang ditangkap pada JUNE 2016. Bh ni dari awal simpan pun dah mula menunjukan bakat yang boleh diketengahkan....




Rabu, 12 April 2017

BB SEMPOI


Burung hasil reban sendiri, baka pikat kawan. anak pertama kawan ambil dan bb ini anak batch ke-2. Batch pertama tunggal manakala batch ke-2 ni dapat sepasang namun anak betina mati beragam atas sangkar layang.

Hujung tahun lepas pernah bawa masuk ladang sawit buat mengajar buat kali pertama, alhamdulillah dia berbunyi di laman. semalam baru start nak ajar semula oleh kerana ketiadaan pikat untuk melaman. Pikat kelab golf mati dibaham kucing.

BB ni tidak lah meletop letop pawer nya, biasa biasa aje.....kopi O


Isnin, 30 Januari 2017

MISI FULL GAGAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah hampir sebulan aku tidak bawa pikat melaman, semalam 29 Januari 2017 aku  misi aku hanya ke SKC Bukit Beruntung Rawang untuk mencoba memujuk FULL GAGAP. Seperti biasa aku selalunya lewat melaman dan disebabkan disiplin yang kurang sihat inilah antara faktor aku tidak ikut serta otai otai terbilang yang lain melaman. Aku bergerak dari rumah aku di Hulu Klang jam 9.00 pagi dan sampai di laman SKC jam 10.30 pagi. Betapa lewatnya aku melaman, kesian kat otai otai yang selalunya kena tunggu aku. Jadinya aku bergerak solo je buat seketika ini.

Aku terus ke laman target, pastikan ada bunyi burung hutan dan aku terus pasang pikat. Tiada kedengaran Gagap disebabkan 3-4 ekor yang berbunyi suaranya lebih kurang sahaja dengan target. Kelihatan ada seekor melambung naik atas dahan pokok balak yang tinggi menyahut seruan pikat Kelab Golf. BH suara kasar dan ada tekan angguk. Tak lama kemudian bh terus masuk anggar pikat lawan menekan seketika dan terus masuk laman. Sempat juga berlaga dan terlucut racik. Mujur bh tidak tinggal laman dan terus berentap dengan pikat yang berkesudahan denga TAPAUUUUUUUUUUU.




Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi dan aku dah berjanji dengan Queen nak balik awal sebab nak bawa anak bini keluar beli barang. Namun aku teruskan dengan MISI Pencarian GAGAP tu. Tiada kedengaran sepatah gagap pun dalam 3-4 ekor yang duk berbunyi di laman seberang. Aku terus ke laman seberang dan setibanya di sana hati berasa lega sedikit kerana target ada disitu. Aku terus pasang pikat dan tak sampai 15 minit BH sampai terus masuk laman. Sedikit kecewa kerana yang menyambut pikat bukan target aku tetapi permainan bh ni boleh tahan jugak dengan angguk banyaknya. Akhirnya tapau dan aku terus balik kerana jam pun pukul 12.15pm.




Sekian lah sedikit coretan hobi hari minggu untuk rakan rakan pembaca yang sehobi
Terima kasih kerana menyokong pemikat tekukur blogspot

Khamis, 15 Disember 2016

Tiram Buruk Tapau Pasir

Ahad cuti bini aku ajak pergi MAHA, Isnin cuti melepak kat rumah....Selasa cuti aku minta bini hantar anak ke pengasuh dan boleh la aku pegi memikat. Alhamdulillah cuaca nampak cantik untuk aku lepaskan gian lama tak memikat. Aku malas nak menaip dalam mood kerja banyak ni, so aku buat dalam bentuk dibawah ni je. Semoga terhibur

KRONOLOGI 

07:30am - Bergerak dari rumah (Ukay Perdana)

08:00am - Singgah sarapan roti canai telur & Teh Tarik di kedai balai penghulu Ulu Klang

09:30am - Tiba di markas simpanan SENJATA 

10:00am - Bergerak ke lokasi (gerak hati nak ke Bukit Tagar)

10:30am - Tiba di Bkt Tagar, Laman pertama selepas tol bkt tagar. Pacak 10 minit BH Teh ''O" sejuk tak datang jenguk.

10:45am - Bergerak ke laman ke-2 (sunyi sepi), Laman ke-3 pacak pikat 5 minit BH lari hilang ntah kemana

11:00am - Keluar ke lokasi berikutnya iaitu jalan pasir. Laman ke-4 pun sunyi sepi

11:30am - Masuk laman ke-4 kedengaran seekor BH Guk 2 bersuara kecik dengan permainan tekan angguk. Garang bukan main, menguku sana sini mengejar BH lain. Pasang Tiram Buruk lebih kurang 5 minit target datang dekat lawan menekan. Tak sampai 15 minit pasang Tiram Buruk BH Target terjun ke laman terus menguku 2 round terjerut racik. 

11:45am : TAPAU






12:00pm - 12:30pm - Bergerak ke laman 5, 6 & 7 semua sunyi sepi. Terus bergerak balik

Terima Kasih pada semua pengikut setia Blog Pemikat Tekukur

Selasa, 18 Oktober 2016

5th Batch Baka Pikat SJ


Nampak nya anak yang ke-4 ni dah boleh di asingkan kerana batch ke-5 dah menetas. Aku masih tidak berpuas hati dengan pasangan induk ini kerana selalu buang telor dan buang anak. Aku nak bagi dia last pair dengan batch ke-6 kemudian nak bagi induk betina rehat dan nak masukan induk jantan yang lain.

Sabtu, 23 Julai 2016

1st Batch Anak SJ + SG


Cepat sungguh induk betina masuk bertelor lagi selepas seminggu lebih anak 1st batch menetas. Anak ini perlu diasingkan kerana nanti mereka akan ganggu induk betina hendak mengeram. Lambat lagi nak tengok performance anak batch pertama ni. Adakah permainan seperti induk jantan atau betina atau juga lain dari induk.

Isnin, 27 Jun 2016

1st Batch Baka Pikat SJ + SG

Setelah proses suai kenal pasangan Pikat SJ dengan Betina Kacuk SG nampak positif ianya membuahkan hasil yang pertama tetapi induk tinggalkan telor (tidak mengeram). Aku pun tidak pasti apa masalahnya, setahu aku si jantan memang jenis yang tidak mengeram. Aku ambil telor tersebut tumpangkan pada pasangan tekukur jawa. Nasib baik pasangan tekukur jawa tu eram telor dengan baik sehingga menetas.


Pasangan SJ dan SG kembali bertelor selang seminggu selepas pasangan itu tinggal telor yang kali pertama tadi. Setiap hari aku pantau perkembangan pasangan ini hendak pastikan yang induk mengeram telor. Jika induk tidak mahu mengeram, aku ada lagi sepasang jawa standby untuk ditumpangkan. Alhamdulillah pasangan ini mengeram dengan elok sehingga lah menetas.


Kita tunggu tengok hasilnya nanti. Macam mana isi permainan anak - anak pasangan ini nanti. Si jantan adalah pikat Seladang Jati ada mainan Teleku & Gagap sepatah manakala si betina Kacuk Seladang Gantung suara kecik Tarik Akar & ada Selang Gagap.