ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Rabu, 28 Disember 2011

Peluang Yang Ada

BH Muda
Tengah hari tadi (28/12/2011) admin office mintak tolong hantarkan invoice ke putrajaya. Tengok cuaca cerah je dan duk fikir2 kalau balik nanti confirm dah lewat. Alang2 bawak je la BB buat jalan2. Selesai kerja terus balik, sampai bukit beruntung jam 5.30pm call basri ajak buka kelas. Sampai di lokasi masing pasang anak didik, BB kawe langsung xbunyi mungkin pening kepala sebab 5 jam duk dalam kereta. Dipendekkan cerita, banyak adegan menarik antara BH dengan BB basri, 2 vs 1 bersilih ganti. Kemudian datang pula 2 ekor BH anak muda tak pasal2 sangkut racik. BH tu kawe ambil bawa balik rumah sebab kat laman tu BH sora kasar2, besar kemungkinan tu anak2 puak2 tu.

Selasa, 27 Disember 2011

Mandi

Ibu sangkar no.1
Lepas mengeram induk betina suka mandi dan berendam dalam air. Lagi pun hari cuaca agak panas dan kawe tengok induk ni duk kat tepi bekas minum je. Jadi kawe masukkan sebekas air kedalam sangkar dan lihat bukan main lagi seronok dia berendam.

PUNAH

Anak Mati
Setelah Induk sangkar no.2 tinggal telor, kawe tumpangkan telor pada induk sangkar no.1 yang sedang mengeram. Selang beberapa jam telor induk sangkar no.1 menetas dan hari berikutnya telor tumpang menetas. Hari ini tengok anak telor tumpang dah mati, mungkin induk tak bagi makan. Halau ibu keluar dari sarang tengok telor tumpang sebiji lagi dah ditebuk anak tapi anak mati didalam telor tak sempat keluar ataupun ditebuk oleh induk sangkar no. 1 tu. Nampak gayanya lepas kena ikhtiar dapatkan sepasang tekukur jawa untuk buat ibu tumpang.


kiri telor tumpang, kanan telor induk asal tak menetas

Khamis, 22 Disember 2011

5th Batch

Anak Tunggal Dari Sangkar No. 1
Tarikh    : 22-12-2011
Masa     : 2pm
Sangkar : No. 1

Kulit Telor Yang Baru Tetas
Jam 1pm rehat kerja balik rumah, jenguk - jenguk sangkar pesum no. 2 kot2 induk mengeram sebab semalam induk tinggalkan telur (tak mengeram). Hari ini pun induk tak mengeram jugak lalu buat keputusan ambil telor tersebut. Telor dah nampak hitam besar kemungkinan ada anak..hmmm apa kawe nak buat nih. Tengok sangkar no. 1 induk masih mengeram lalu terlintas nak tumpang telor dari sangkar no. 2 tadi. Kawe ambil sambau dan pasir top up dalam bekas, tak lama kemudian betina yang mengeram turun makan pasir. Kawe tengok telor ada sebiji sahaja....maknanya tunggal laa. Telor dari sangkar no. 2 tadi diletakkan kedalam sarang dia dan mujur betina tu naik mengeram ketiga-tiga telor. Jam 2pm masa untuk masuk kerja jengok sangkar semula, eh nampak ada kulit telor....maknanya dah menetas la tu. Mungkin telor tunggal tu kot yang menetas

1 minggu

Rabu, 21 Disember 2011

Tak Menjadi

Induk Tinggalkan Telor


Setelah hampir 2 minggu mengeram, penantian anak ke-3 dari induk sangkar no.2 mengecewakan kerana hari ini 21-12-2011 induk sudah meninggalkan telor. Ini kali ke-2 induk meninggalkan telor selepas anak ke-2 menetas. Banyak persoalan yang timbul dalam benak kenapa jadi begini. Hmmmmm perlu lebih banyak kajian

Hari Pembebasan

Terbanglah engkau dengan bebas




Dah lama sangat simpan tak mahu bunyi, petang 21 disember 2011 dilepaskan, petang tu jugak dia bunyi atas pokok dan disambung lagi keesokkan paginya. Semasa dapat tak pulak yang tu SG. Tapi tak mengapa, tunggu jika dia kembali mengganas kita tangkap semula

Selasa, 20 Disember 2011

Super Breeder

Mana nak dapatkan benda ni...Easy Bird Super Breeder. Sesiapa yang ada maklumat minta maklumkan pada saya ya..

.

Tambat Induk jantan

Ini lah rupanya induk jantan dari sangkar pesum no.3. Hari ini dia kena tambat sebab pukul betina. Dah banyak betina tak layan nafsu dia, itu pasal kena belasah. Train untuk jadi pikat lagi baik...dah la kawe tak dak pikat.


Leg Band

Sekarang ini dalam usaha untuk mendapatkan Leg Band @ gelang tanda kaki burung. Rupanya lebih kurang macam ni yang ditunjukkan oleh salah seorang pembekal. Untuk burung tekukur.



Jumaat, 16 Disember 2011

taknak


Rabu, 14 Disember 2011

Update Anak Pesum 2nd Batch usia 4 bulan


http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/08/2nd-batch-from-1st-couple-induk.html

Isnin, 12 Disember 2011

Setelah bercuti 2 minggu

Tarikh : 11 & 12 Dis 2011
Lokasi Mikat : Bukit Tagar - Bukit Minyak
Keanggotaan : Ayie, Jamen, Am & Basri

Hari pertama gerimis sepanjang pagi, namun seorang rakan berjaya menangkap seekor SG. Laman seterusnya di bukit minyak ada seekor guk 3 suara kasar duk berdeguk diatas pelepah sawit tinggi. Langsung tak hiraukan semua pikat. Gerimis semakin kasar dan buat keputusan untuk pulang kerumah.


Hari berikutnya mikat dekat2 tol bukit tagar sahaja. Awal pagi lagi dah hujan, jam 9.30am baru bertolak ke lokasi. Banyak burung power2 rupanya dekat2 sini. kawe berkenan sungguh kat sj sekor nih...aduhaiii duk melompat2 sana sini....tak masuk jugak. Tapi tak mengapa....tunggu hari lain pula.

Isnin, 28 November 2011

Detik Permulaan Hijrah

Tarikh : 26 Nov 2011 / 1 Muharram 1433
Waktu : 10.36 pm
Peristiwa : Kelahiran Zuriat Sulong


Aimy Syuhada 2nd Day

1 Muharram 1433 adalah detik permulaan bagi tahun dalam islam, juga merupakan detik permulaan kehidupan buat Aimy Syuhada anaknda-ku. Permulaan bagiku sebagai seorang bapa.....semuanya bermula disini

Khamis, 17 November 2011

Anak Pesum Guk 1-2

Nama    : Pesum PD
Usia      : 2 tahun (2009 - 2011)
Bunyi    : Guk 1-2, Suara Besar
Fizikal   : Berbadan Panjang, Roma Merah Gelap
Asal      : Anak Pesum 
Status    : Anak
Tangkapan : -
Update  : 17 Nov 2011



Burung anak pesum ni dah tambat setahun tetapi tak mahu galak. Lepas masuk ladung semula 2 bulan baru nak galak, duk menguku jer kerja dalam ladung. Ambil semula tambat dengan harapan bulih pakai buat mikat tengah @ hujung tahun depan.





Mandi Hujan


Petang 17 Nov 2011 jam 4.30pm hujan turun lebat...kebetulan nak balik rumah hendak tunai solat asar capai BB 2 ekor dan burung anak sekor letak kat bawah air hujan. Apa lagi....buka sayap la masing - masing seronok main hujan.


Khamis, 10 November 2011

Generasi Ke-4 ( Update 10/11/2011 )

memikat tekukur: Generasi Ke-4 ( Update 04/11/2011 ): Tarikh : 17 oktober 2011 (isnin) 5.00pm Peristiwa : Telur Pertama untuk anak ke-4 Sangkar : No.1 Due Date : 30 Oktober 2011 Setelah se...

memikat tekukur: BB Pesum MK

memikat tekukur: BB Pesum MK: Nama : MK (sempena pemberian kawan dari MK Bkt Beruntung) Usia : 2 tahun (Dis 2011) Tarikh ambil : 5/9/11 Bunyi : Seladang Gantu...

Jumaat, 4 November 2011

Memikat Tekukur: Generasi Ke-4 ( Update 04/11/2011 )

Memikat Tekukur: Generasi Ke-4 ( Update 04/11/2011 ): Tarikh : 17 oktober 2011 (isnin) 5.00pm Peristiwa : Telur Pertama untuk anak ke-4 Sangkar : No.1 Due Date : 30 Oktober 2011 Setelah se...

Memikat Tekukur: 1st Batch Dari Sangkar Pesum No. 2

1st Batch Dari Sangkar Pesum No. 2: update anak 1st batch usia 3 bulan

Isnin, 31 Oktober 2011

Memikat Tekukur: Telur untuk 4th Batch ( Update 31/10/2011 )

Memikat Tekukur: Telur untuk 4th Batch ( Update 31/10/2011 ): Tarikh : 17 oktober 2011 (isnin) 5.00pm Peristiwa : Telur Pertama untuk anak ke-4 Sangkar : No.1 Due Date : 30 Oktober 2011 Setelah se...

Sabtu, 29 Oktober 2011

Pepatah Melayu Kini

'' SEPANDAI - PANDAI MERBOK MELOMPAT, AKHIRNYA MASUK RAPUN JEBAK JUA"

Tarikh : 29 Oktober 2011
Peristiwa : Memikat Merbok Idaman
Lokasi : Kilang Malpro Ind. Sdn Bhd (tempat kerja)




  Dekat tepi kilang Malpro ini ada 2 ekor merbok yang setiap masa ada duk meratuh, berderak. Sekor suara kecik dan sekor lagi suara besar. Memandangkan kawe tiada pikat, usaha yang boleh dibuat hanya dengan memasang racik ranjau ditempat merbok ini turun makan. Masalahnya tak pernah sangkut dan akhirnya kawe pinjam pikat member. Selama 2 hari sejak jam 8.00 am - 6.00 pm berturut - turut namun tidak berhasil. Balik mengajar tekukur petang tadi sampai rumah dah malam, tengok ada hasil duk bergulung dalam rapun jebak. Akhir dapat jugak merbok tu tapi penantian belum selesai lagi kerana tak tahu dapat yang mana satu. Tunggu dengar hari-hari depan yang mana bunyi dan yang mana tiada kedengaran bunyi.

Delay Lagi

Tarikh : 29 Oktober 2011
Peristiwa : Telur Tak Berkualiti
Sangkar : No. 2


Ada udara dalam telur

Awal minggu induk sangkar No.2 mula bertelur tetapi anak belum pandai makan sendiri lagi. Telur pertama jatuh mungkin disebabkan diganggu anak. Kemudian anak terpaksa diasingkan dan selang sehari induk bertelur lagi sebiji. Pada mulanya induk mengeram tapi 2 hari lepas induk mula banyak tinggal telur dari mengeram. Pagi tadi kawe ambil telur dan periksa rupa-rupanya kulit telur nipis dan terdapat ruang udara di dalam telur. Induk jantan pula buat perangai duk memerap kat lantai sangkar bukannya nak panggil betina masuk sarang kat atas. Tunggu minggu depan kot - kot betina bertelur kembali.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Memikat Tekukur: Petua - Petua Old Timer (OTAI)

Memikat Tekukur: Petua - Petua Old Timer (OTAI): Disini kawe ingin kongsikan bersama2 dengan pembaca blog tentang beberapa petua turun temurun yang diamalkan oleh peminat - peminat burung t...

Kaedah Menyuap Anak Burung Tekukur

Di sini kawe nak kongsikan bersama satu rakaman video yang di buat oleh saudara Zack http://mozaikha96.blogspot.com. Video ini menunjukkan bagaima cara untuk memberi makan pada anak burung tekukur.

Sila klik pada link dibawah.
http://mozaikha96.blogspot.com/2010/02/video-bagi-makan-anak-bh.html?showComment=1319731981125#c1005440759878385120

Memikat Tekukur: 1st Batch Dari Sangkar Pesum No. 2

Memikat Tekukur: 1st Batch Dari Sangkar Pesum No. 2: Tarikh : 24 julai 2011 (Ahad) Peristiwa : Generasi Pertama pesum menetas Sangkar : No.2 Induk Betina : BB (kg) Guk 1 Suara Sedang Induk ...

Khamis, 27 Oktober 2011

Bini-Biniku Gangster

Tarikh : 26 Oktober 2011





Ini betina ke-3 yang kawe nak kahwinkan dengan duda sangkar pesum No.2. Betina ni Guk 1, ada rantau kadang2, ada gagap dan suara besar. Burung ni dah lama bertambat pemberian seorang kawan. Minggu pertama pasangan ini menunjukkan keserasian, duk beromen2 tetapi bila masuk minggu ke-2 si betina ni duk kejar & pukul jantan. Yang peliknya belah malam tidur rapat2, siangnya tibai jantan. Kesian tengok jantan sampai tak dapat nak makan, sekarang ni betina ni diasingkan untuk minggu suai kenal dengan jantan lain. Calon dah ada cuma tunggu masa yang sesuai sahaja. Jika dilihat pada gambar di atas, adakah burung ini burung betina @ jantan ?

Khamis, 20 Oktober 2011

Projek Baru Kerajaan Tempatan

Perumahan kos rendah

Anggar tak cantik


Projek ni baru je siap petang tadi, plan asal nak asingkan 3 ekor anak merbok & sekor Bh merbok terpilih. Tetapi rasa nak masukkan tekukur pun ada jugak sebab bercadang nak cuba kawenkan anak merbok tu. Anak merbok tu dah besar 2 betina 1 jantan, pelihara dari anak suap lagi. Esok nak letak PVC untuk bumbung dan letak bekas makan minum.

Isnin, 17 Oktober 2011

Generasi Ke-4 ( Update 23/11/2011 )

Tarikh : 17 oktober 2011 (isnin) 5.00pm
Peristiwa : Telur Pertama untuk anak ke-4
Sangkar : No.1
Due Date : 30 Oktober 2011


Setelah seminggu anak ke-3 berusia yang 3 minggu diasingkan, induk mula bertelur kembali untuk anak ke-4. Telur pertama keluar pada petang 17 oktober. Jika tiada apa2 yang menggangu telur ini akan menetas pada 30-31 oktober nanti.
.............................................................................................................


UPDATE 31 OKTOBER 2011


Anak Baru Menetas
Tepat jangkaan kawe kerana hari ini telur induk sangkar ini sudah pun menetas, tengahari tadi kelihatan kelibat anak dibawah badan induk betina. Tengok pada fizikal anak menunjukkan anak itu betina. Sangkar pesum no.3 dan 4 sudah menunjukkan potensi kerana masing - masing jantan sudah memerap dalam sarang.

.............................................................................................................................


UPDATE 04 NOV 2011


5 HARI
Masa ambil gambar ini induk keluar makan, jadi dapat juga lihat anak ke-4 dari induk ini. Sebelah kiri betina dan kanan adalah jantan. Berusia 5 hari dari terikh menetas 31 Okt 2011.
............................................................................................................................


UPDATE 10 NOV 2011


10 hari
............................................................................................................................

UPDATE 15 OKT 2011

2 MINGGU

............................................................................................................................

UPDATE 23 NOV 2011



Dah besar pun dan dah mula makan sendiri. Umur 3 minggu. Kali ini induk tak kalut nak masuk sarang mungkin terlalu awal untuk bertelur kembali

UPDATE 20/12/2011

Anak ini dah pun besar, yang jantannya ada kawan datang ambil manakala pasangannya dilepaskan kedalam ladung. Sekarang induk tengah mengeram telur untuk anak ke-5 dan kemungkinan hujung minggu ini menetas.

Selasa, 11 Oktober 2011

Ujian Menukar Pasangan

Tarikh : 11 oktober 2011
Sangkar : No.3
Peristiwa : Proses menukar betina baru 

Betina lama masih belum sembuh elok dari sakit. Setelah 3 kali percubaan menukar pasangan gagal, akhirnya induk jantan ini suka pada betina baru ini. Betina ini sudah setahun tambat sangkar layang, Guk 1 sora kasar dan ada gagap 2-3 patah. Roma tembaga serta bebadan besar (seperti jantan). Mudah - mudahan jodoh mereka berdua kekal ke anak cucu hehe. Tempoh percubaan 1 minggu.

Sabtu, 8 Oktober 2011

Tangkapan Sulung BB Jebak

Tarikh : 27 Sept 2011 (Selasa)
Pikat : BB Subang 
Kaedah : Jebak
Lokasi : Kawasan Kilang Sg. Choh

BB ini pemberian saudara Basri Bkt Beruntung pada januari 2011 dan asalnya BB ini ditangkap di Subang USJ. BB sudah setahun dipelihara oleh tuan empunya sebelum bertukar tuan. Selama 5 bulan dibawa ajar atas tanah tidak berhasil kerana sifatnya yang liar dan menggelupur. BB ini kemudiannya diajar menggunakan jebak selama 3 minggu dan tarikh diatas merupakan pembukaan buku baru bagi BB ini untuk maju selangkah.




Update 8 Oktober 2011 
Selepas dapat kawe terus ikat pada sangkar layang. Esoknya kawe tengok dia makan elok je, duduk steady je...tak menggelupur pun. Hari berikutnya dah berdeguk pulak....hummm tunggu dan lihat apa nak jadi dengan dia. 

Rabu, 28 September 2011

Perkembangan Terkini Pesum

1. http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/08/2nd-batch-from-1st-couple-induk.html
2. http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/09/bakal-generasi-ke-3.html
3. http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/08/2nd-batch-dari-sangkar-no-3.html

Isnin, 26 September 2011

Nok Main Merbok (ketitir) pulok (Tinggal Kenangan)




Sabtu, 24 September 2011

Update Anak Pesum

Update terbaru anak pesum dari sangkar No.2. Usia 2 bulan dan mula belajar berdeguk, menekan & menguku. Suara sudah mula nak pecah.
http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/07/1st-batch-dari-sangkar-pesum-no-2.html

Rabu, 21 September 2011

Harga Pasaran Burung Tekukur

Standard harga:-

Burung Kampung

1) Burung kg galak sangkar layang RM 50.00 - RM 150.00
2) Burung Baru (kg) sudah ajar masuk cetok dan turun tanah belum menangkap RM 150.00 - RM 200.00
3) Burung Baru (kg) sudah menangkap tidak lebih 10 ekor RM 250.00 -RM 400.00
4) Pikat baru (kg) RM 450.00 -RM 600.00
5) Pikat tua/candi (kg) RM 700.00 - RM 1000.00

Anak Kacuk (jawa @siam)/Pesum kg + kg

1) Dalam ladung RM 200.00 - RM 350.00
2) Galak sangkar layang  RM 400.00 - RM 500.00
3) Burung Baru ajar belum atau sudah bunuh RM 600.00 - RM 800.00
4) Pikat Baru RM 1000.00 - RM 2000.00
5) Pikat tua/candi RM 3000.00 ke atas.

Ini adalah standard harga pasaran semasa, harga mengikut negeri adalah berbeza. Harga yang dinyatakan diatas adalah standard harga di Wilayah tengah (Selangor, KL). Tinggi atau rendah harga adalah bergantung pada keelokan rupa, kelasakkan, suara, permainan dan kemampuan sesekor burung itu sebagai pikat @ bakal pikat.

Mengenali Jantina Tekukur

Seramai - ramai peminat dan pemikat burung tekukur hanya sebilangan kecil sahaja dari kalangan mereka yang dapat mengenali jantina burung tekukur. Malah ada diantaa pembiak burung tekukur sendiri pun masih tidak dapat mengenali jantina burung dengan tepat. Banyak cerita dari rakan - rakan bahawa mereka beli anak burung pesum yang dikatakan betina dari pemilik asal tetapi jantan. Ada juga mereka beli anak pesum jantan tetapi bertelur diatas sangkar layang. Ini kerana rupa fizikal burung jantan dan betina tidak jauh beza malah sama sahaja jantan dan betina. Ada yang mengatakan ukur pada keluasan sepit ketam (tulang pelvik), jika rapat adalah jantan dan jika luas adalah betina. Berdasarkan pengalaman saya yang cetek ini, tidak semua burung jantan sepit ketamnya (tulang pelvik) rapat. Disini saya hendak kongsikan tajuk berkaitan berdasarkan pengalaman orang lama - lama dan pengalaman sendiri.

Tip – Tip Pembiakkan Tekukur

Proses untuk membiakkan tekukur agak sukar jika tidak memenuhi keperluan – keperluan yang seakan habitat asalnya di dalam hutan. Burung Tekukur hidup bebas di dalam hutan manakala segala keperluan makanan, ubat – ubatan, nutrisi tambahan mudah diperolehi dan suhu serta pencahayaan diluar tidak sama dengan keadaan didalam sangkar. Disini saya ingin kongsikan bersama beberapa tip dan kaedah berdasarkan sumber – sumber yang diperolehi dari pembiak tekukur Negara jiran beserta dengan pengalaman sendiri.


Khamis, 8 September 2011

Generasi Ke-3

Tarikh : 10 Sept 2011 (Sabtu)
Peristiwa : Generasi Ke-3 pesum menetas
Sangkar : No.1



Sebelum Raya induk ni dah mengeram telur 2 minggu tapi tak menetas, balik dari cuti beraya....tengok induk duk mengeram. Mintak2 telur kali ini menetas semua untuk generasi ke-3 dari induk ni. Telur pun dah hitam isi dalamnya. Anak pertama mati ketika umur 3 minggu, anak kedua sekarang dah berumur 6 minggu dan sekor (betina) terlepas.

Gambar 2 hari sebelum menetas

Rabu, 7 September 2011

Anak Pesum Terlepas

Balik dari cuti beraya kawe top up makanan burung, kawe xsedar pintu sangkar anak pesum http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/08/2nd-batch-from-1st-couple-induk.html ni tak ditutup dengan elok. Keesokkannya kawe tengok ado sekor sahaja, yang terlepas tu anak betina (dada belah) pulak tuh....aduiii sayangnyaaa....xpa kawe tunggu anak baru induk duk mengeram

Update 21 Sept 2011
Anak yang terlepas sudah ditangkap kembali umpan kambu dan pasang racik ranjau. Selamat...

Jumaat, 19 Ogos 2011

Mikat Ladang Kelapa Bukit Tagar



Kebetulan ada cuti sempena Hari Nuzul Quran, Kawe pun ambil kesempatan untuk mengajar BB Kelab Golf dan BB Pesum MK mikat. Rancangan awal nak mikat area Bukit Tarik S.K.C Bukit Beruntung kemudian kawan2 ubah fikiran nak mikat Ladang Kelapa Bukit Tagar kerana dah lama xmikat situ.

Dalam bulan puasa pun kawe gagahi jugak kerana bukan selalu ada masa free untuk bawak BB mikat. Sampai ladang suasa sepi memandangkan malam sebelumnya hujan dan cuaca pun agak suran & sejuk. Pusing2 dalam ladang lebih kurang 15 minit hari mula pecah panas dan tekukur mula berdendang. Masing2 cari laman ikut target yang dirasakan berkenan. Kawe pacak BB Pesum MK, pada mulanya dia takut nak keluar dari cetok tetapi kena desak skit baru lah dia keluar. Sepatah pun xberbunyi, BB Kelab Golf duk menekan dalam cetok yang mengundang kehadiran BH. Ambil keputusan untuk tukar BB kemudian BB Kelab Golf buat kerja dengan baik. Pagi itu 4 laman sahaja kawe main, BH susah nak turun dan kebanyakkannya duk menunggu sarang. Ada 2-3 ekor yang berkenan.....nanti repeat lepas Raya.

Isnin, 15 Ogos 2011

Barisan Skuad Muda

Ahli baru PWSTM 

Skuad Muda 
Barisan skuad muda ini akan dimasukan kedalam akedemi untuk menjalani rekrut dan latihan sebagai persiapan awal misi gempur 2012.

Isnin, 25 Julai 2011

BB Pesum MK


Nama    : MK (sempena pemberian kawan dari MK Bkt Beruntung)
Usia      : 2 tahun (Dis 2011)
Tarikh ambil : 5/9/11
Bunyi    : Seladang Gantung (banyak seladang), Suara sedang
Fizikal   : Berbadan Kecil, Roma sedikit kemerahan
Status    : Burung Baru (sudah diajar tapi belum belum dibawa memikat)
Update  : 8 Oktober 2011











BB Pesum ni pemberian kawan (ayie mk ), berusia 1 tahun lebih, mmg rajin deguk, menekan & angguk cuma badan je kecik. Anak pesum kg + kg ni dah sebulan (sejak 5/9/11) dalam simpanan kawe dan prestasi semasanya seperti berikut :-

Hari pertama duk ajar masuk & duk dalam cetok dari 8pm - 8am (12 jam) Berdeguk + menekan diwaktu pagi. Begitu juga hari ke-2.
Hari ke-3 terus bawak turun tanah, tak berbunyi tetapi tak menggelupur. Berjalan2 kat laman.
Hari ke-4 turun laman berdeguk + menekan
Hari ke-5 turun laman Bh datang lawan angguk kat laman ( Bh xmasuk pukul )
Hari ke-6 turun laman berdeguk + menekan





Update 10.11.11
Sudah 2 bulan BB ni buat perangai. Tak mahu bunyi di laman manakala di rumah bukan main lagi rajin berdeguk memerap menguku. Buntu dah tak tahu nak buat macam mana. Nak reject kan, BB ni pemberian kawan..nampaknya kena hantar balik la....aduiiii

Trip Mikat Ulu Bernam

Tarikh : 24 Julai 2011 Ahad 
Lokasi : Ulu Bernam (Sempadan Perak-Selangor) masuk ikut seri keledang
Turut Bersama : Jamen, Basri & Ali 
Hasil Tangkapan : 4 

Kawasan yang sangat luas, Tekukur mmg banyak. Kawe dapat tapau sekor sahaja, tangkapan ke-5 BB Kelab Golf