ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.”
(Muslim)


Kepada sesiapa yang sedang mencari kerja sila ke Tajuk JAWATAN KOSONG KERAJAAN.

Tip Penjagaan Burung Tekukur

Disini saya ingin kongsikan bersama pembaca berkenaan tip serta kaedah penjagaan burung tekukur peliharaan samada yang untuk dijadikan pikat atau yang dipelihara di dalam reban / ladung / sangkar besar. Jika kita tidak mengambil berat terhadap kebajikkan, kesihatan serta kebersihan haiwan peliharaan, mereka akan mudah dijangkiti kuman, diserang penyakit dan akan mati kemudian kita akan menanggung dosa. Sekiranya kita tidak menjaga kebajikkan diri sendiri, semestinya kita akan tahu apa yang akan ditanggung kelak.

1. Makanan.
Makanan burung tekukur dari jenis biji - bijian dan ianya hendaklah dibersihkan dari habuk serta benda asing dengan cara membasuhnya kemudian dijemur sehingga betul - betul kering dan disimpan dalam bekas yang tertutup. Sekiranya makanan itu untuk burung yang didalam sangkar besar, ianya bergantung pada anda sendiri samada perlu basuh atau tidak. Tetapi jika untuk dijadikan pikat, ianya perlu dibersihkan untuk menjaga suaranya. Anda boleh memproses makanan tadi dengan menambah madu dan telur sebagai zat tambahan tetapi harus diingatkan makanan tersebut hendaklah betul - betul kering. Alternatifnya anda boleh membelinya dipasaran yang sudah sedia bersih dan dicampurkan dengan madu serta telur.





Gambar diatas menunjukkan proses menggoreng padi & kambu / sambau yang telah dicampurkan dengan madu dan telur. Ianya digoreng kerana untuk mengeringkan madu. Madu tidak akan kering jika hanya dengan menjemurnya dibawah pancaran matahari.


2. Minuman
Air minuman hendaklah dipastikan sentiasa bersih dan sentiasa bersihkan bekas air minuman. Sekiranya air minum burung terdedah pada cahaya matahari, anda perlu menukarnya 2 hari sekali. Air yang dimasak tidak sesuai untuk burung lagipun mereka tidak pernah minum air masak di habitat asal mereka namun anda boleh menggunakkannya. Jika menggunakkan air paip, anda perlu biarkan air paip itu didalam bekas lain untuk tempoh 1-2 hari supaya klorinnya mendap dibawah terlebih dahulu. Kemudian anda boleh menceduknya bahagian atas sahaja. Air yang sesuai ialah air semulajadi dari anak-anak sungai, air hujan dan air yang ditapis. Tambahkan air vitamin sebulan sekali untuk menjaga kesihatan burung.

3. Sangkar
Sangkar hendaklah sentiasa dibersihkan kerana najis - najis burung boleh mengundang kehadiran hama. Hama ini akan mendatangkan masalah mata dan selsema pada burung. Kadang - kadang burung ini akan makan najisnya sendiri sebagai ganti pasir untuk menghadam makanan dan semestinya tidak elok untuk kesihatan burung. Pastikankan sangkar terhindar dari bahaya agar tikus, ular dan sebagainya tidak dapat masuk kedalam. Jika untuk sangkar pembiakkan hendaklah betul - betul jauh dari gangguan kerana ianya akan membantutkan proses pembiakkan. Sangkar seeloknya ada kemasukkan cahaya matahari serta aliran angin supaya burung dapat berjemur, bermain angin serta mengelakkan daripada kehadiran semut.

4. Nutrisi Tambahan.
Sudah tentu burung yang dipelihara tidak dapat makan sepertimana di habitat asalnya. Oleh itu kita kena sediakan nutrisi tambahan untuk kesihatan mereka agar tidak mudah diserang penyakit. Untuk proses pembiakkan, burung betina memerlukan banyak zat untuk bertelur. Untuk dijadikan pikat pun juga begitu kerana burung yang sihat sentiasa galak dan rajin berbunyi.

5. Jemur Panas.
Burung tekukur suka berjemur pada waktu - waktu tertentu untuk memastikan bulu - bulunya kering. Ianya juga elok untuk menhindarkan burung dari hama serta kutu parasit. Seeloknya burung yang diikat pada sangkar layang atau sangkar bulat hendaklah dijemur panas pagi diantara jam 7-10 pagi.

6. Mandi
Burung tekukur juga suka mandi dan berendam didalam air untuk mengurangkan suhu panas badan. Jika burung dipelihara dalam sangkar besar, letakkan satu bekas yang bersesuain untuk burung - burung mandi dan air hendaklah selalu ditukar. Sekiranya burung yang ditambat pada sangkar layang, seeloknya sembur dengan penyembur air. Lakukannya diwaktu pagi kemudiannya dijemur dan lakukan paling kurang 2 kali seminggu