Proses untuk membiakkan tekukur agak sukar jika tidak memenuhi keperluan – keperluan yang seakan habitat asalnya di dalam hutan. Burung Tekukur hidup bebas di dalam hutan manakala segala keperluan makanan, ubat – ubatan, nutrisi tambahan mudah diperolehi dan suhu serta pencahayaan diluar tidak sama dengan keadaan didalam sangkar. Disini saya ingin kongsikan bersama beberapa tip dan kaedah berdasarkan sumber – sumber yang diperolehi dari pembiak tekukur Negara jiran beserta dengan pengalaman sendiri.
- INDUK. Kita perlu tepat memilih jantina burung tekukur dan semestinya untuk pembiakkan perlu ada tekukur jantan dan betina. Ciri – ciri jantina burung tekukur boleh rujuk pada halaman http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/09/mengenali-jantina-tekukur.html
- SANGKAR. Tiada ukuran yang tetap untuk sangkar pembiakkan tekukur. Yang penting ialah sangkar hendaklah diperbuat dari jaringan dawai yang rapat (wire mesh) agar pembiakkan tekukur tidak terganggu oleh kehadiran tikus, cicak, lipan , ular dan sebagainya. Sangkar boleh dibina dengan tinggi 18 inci (45cm) – 71 inci (180cm), lebar 24 inci (60cm) dan panjang 39 inci (100cm) – 71 inci (180cm). Jika saiz sangkar besar, sediakan sebahagian dari lantai diperbuat dari kayu rata/plywood kemudian diletakkan pasir/tanah kering agar kelihatan seperti habitat asal kerana burung tekukur akan makan diatas tanah. Jika sangkar kecil, cukup sekadar sediakan satu bekas makan yang diisi dengan pasir dan tanah. Seeloknya pasir pantai & tanah hitam yang dibakar. Kemudian sediakan bekas makanan & minuman yang lebih besar agar kita tidak terlalu kerap menambah makanan & air.
- LOKASI. Sangkar hendaklah diletakkan dilokasi yang mana ada kemasukkan cahaya pagi matahari kedalam sangkar. Perlu diingat bahawa lokasi sarang didalam sangkar mestilah terlindung dari cahaya matahari dan tempias hujan. Pastikan ada aliran udara agar suhu didalam sangkar tidak melebihi 45° celcius dan jauh dari gangguan kucing.
- MEMASUKKAN INDUK. Anda boleh memasukkan bersama induk jantan & betina sekali gus jika burung ini diambil dari ladung atau sangkar besar . Jika dari sangkar berasingan, anda perlu letak induk jantan & betina dalam sangkar berasingan kemudian diletakkan bersebelahan agar mereka dapat mengenali sama lain atau anda juga boleh membuat pembahagi didalam sangkar pembiakkan. Ini kerana mereka akan bergaduh jika tidak kenal sama lain dan ini adalah sifat semujadi burung tekukur. Perhatikan mereka dalam masa 2 minggu dan setelah induk jantan @ betina mula memanggil satu sama lain, anda boleh satukan mereka.
- TEMPOH PEMBIAKKAN. Selepas induk jantan & betina serasi, mereka akan tidur bersama (rapat) dan akan mengawan. Kebiasaanya seminggu selepas mengawan induk betina akan bertelur sebiji kemudian telur kedua pada hari berikutnya atau selang 2 hari dari telur pertama. Induk betina akan terus mengeram kemudian induk jantan akan duduk mengeram apabila induk betina keluar dari sarang untuk makan. Mereka akan bergilir-gilir mengeram tetapi ada juga pasangan yang tidak bergilir mengeram. Kebiasaannya Induk betina akan mengeram telur sebelah malam sehingga pagi. Jika kedua2 induk tidak mengeram 3-4 hari sejak dari awal bertelur, ini bermakna telur itu tidak ada benih/kulit telur nipis/terganggu dan anda perlu buang telur tersebut.
- PENETASAN. Tempoh telur untuk menetas kebiasaanya mengambil masa 12-14 hari dan tidak semestinya kesemua telur itu akan menetas. Adakalanya telur menetas sebiji dan ada juga yang tidak menetas kedua-duanya kerana ini bergantung pada kesihatan telur serta induk. Jika telur tidak menetas lebih dari 2 minggu anda perlu buang telur tersebut dan kebiasaannya induk akan berhenti dari mengeram. Anak yang menetas semestinya sepasang iaitu jantan dan betina. Anak jantan berbadan lebih besar dari betina dan bulunya lebih sedikit dari bulu anak betina. Bulu anak betina berwarna seakan kekuning-kuningan.
- TUMBESARAN ANAK. Anak akan mula makan sendiri selepas 3 minggu makan disuap oleh induk. Pastikan pemakanan untuk induk adalah makanan yang berkhasiat agar anak cepat membesar. Setelah anak mula makan sendiri, maka bolehlah diasingkan anak tersebut kerana induk hendak mula bertelur kembali.
- KAEDAH IBU TUMPANG. Kaedah ini digunakan sekiranya induk betina tidak pandai mengeram telur. Telur tadi perlu diletakkan kedalam sarang sangkar burung tekukur jawa (Ring Neck Dove). Burung tekukur jawa ini akan eram telur sehingga menetas dan menjaga anak sehingga besar. Ianya adalah ibu tumpang yang baik. Kebiasaan kaedah ini digunakan oleh pembiak - pembiak komersial kerana proses penghasilan anak adalah cepat. Selepas telur diambil dari induk asal tekukur dan diberi pada ibu tumpang untuk mengeram, induk tekukur tadi akan bertelur kembali dalam jarak 1 minggu dan ianya sungguh pantas untuk mendapat anak tekukur.
- KAEDAH KACUK. Kaedah ini untuk mendapatkan baka tekukur yang rajin berbunyi, suara yang besar, banyak permainan suara dan jinak. Caranya ialah dengan menurunkan baka/benih dari tekukur kampung (Spotted Dove) jantan melalui tekukur jawa betina (Ring Neck Dove). Setelah mendapat anak, Induk jantan tadi akan disatukan pula dengan anak betinanya. Anak betina tadi akan bersedia untuk bertelur setelah cukup dewasa kebiasaanya pada usia 6 bulan keatas. Proses ini akan diteruskan dengan mengekalkan induk jantan tadi dan kemudian akan disatukan kembali dengan anak betinanya yang baru sehingga 7-8 lapisan. Pada lapisan inilah anda akan mendapat hasil yang baik dimana suaranya akan kembali kepada tekukur kampung (Spotted Dove). Proses ini diguna pakai jika untuk membuat pikat manakala lain pula untuk dibuat pertandingan suara.
Salam bang nik.sy nk tnya,burung terkukur jawa ni mcm mana nk kita kenal jantan betina dia yek?
BalasPadamhmmm sy pun idok reti jugok..kato orghe hat ring hitam yg besar tu jantan & ring hitam yg kecik tu betina
Padamtengok tulang pubis burung. klau tulang pubis tu sempit bermakna itu burung jantan klau luas itu bermakna burung betina
Padamsalam bang ,abang ade jual bb yang dah tangkap 7 ekor x
BalasPadamwslm.....maaf xda la
PadamAde jual pikat x
Padamsila ke Mikat FB MAll...kt sana bnyk pikat kawan2 nk jual
Padamdah cuba dah tapi x bolih
Padambg kt saya id facebook tuan nnt sy add kn
PadamMirah_syah@yahoo.com
PadamAjim noty gambar profile ade dua orang pakai baju kaler purpule dengan putih kat tunggu negara
Padammaaf tumpang lalu .sya ada pakcik punya pikat jebak.jika berminat boleh hubungi sya ahmad duk ipoh 0166786304 sms je dulu jarang bawa hpone.maafkan sya tumpang iklan
BalasPadamberapa rm nk jual saudara?
Padamsaya nak bertanya sikit bolih x ,kwn saya ade bagi kat saya bb dah tangkap 4,tapi bb x nak bunyi pulak kat rumah ,
BalasPadammaklum la saya ni baru nak berjinak2 dalam dunia burung
sya baru nak blajar pesum burung, bleh saya melawat tempat pesum saudara
BalasPadamsalam.. kalau saya beli dri kedai sepasang jantan dan betina adakah tempoh dlm seminggu akan dapat hasil. (telur)
BalasPadamsalam.. kalau saya beli dri kedai sepasang jantan dan betina adakah tempoh dlm seminggu akan dapat hasil. (telur)
BalasPadamsalam.. kalau saya beli dri kedai sepasang jantan dan betina adakah tempoh dlm seminggu akan dapat hasil. (telur)
BalasPadamkalau beli dari kedai adakah pasangan tu akn bertelur
BalasPadamsy ada tekumur nak jual denak.coll 0178806335 hakim.kacuk ada.kampong ada
BalasPadamSaya ada bela burung terkukur seekor.dari baby lg.baru2 ni dia bertelur tanpa ada pasangan..adakah ini biasa terjadi
BalasPadamsaya nak tahu berapa kali burung terkukur akan bertelur?
BalasPadamsy ada sepasang burung terkukur dah 6 kali bertelur tatapi tak menetas,
BalasPadamada kah ini masaalah burung atau sakar?
BalasPadamSaya ada inkubator kalau nk tolong tetaskan telur...tapi tiada jaminan 100% telur akan menetas...yang penting ikhtiar...boleh wsapp sy 0133816004(sg udang melaka)
BalasPadamsaya ada 12 ekor burung tekukur untuk saya ternak
BalasPadamSaya nk kongsi sikit utk yg baru dlm pmeliharaan terkukur ni. Kalau boleh pastikan sediakan dua bekas air ,satu untuk air burung minum & satu untuk mandi . Jika hanya guna satu bekas berkemungkinan burung boleh jatuh sakit kerana satu bekas dikongsi untuk mandi dan minum sekian
BalasPadamSya nak tahu ..apa bezA burung terkukur kampung dan pesum?yang mana lagi bgus?baru bljar...
BalasPadamSalam..sy ingin bertanya,kalau burung jantan ada darah jawa dikacukkan dengan betina kampung
BalasPadamKnp terkukur sering membuang telurnya
BalasPadam