ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Isnin, 19 Februari 2018

Ke 14 by BB Sempoi

Tarikh   : 22-10-2017
Laman  : Bukit Tagar - Bukit Minyak
Pikat     : BB Sempoi
Rank     : Tangkapan ke-14
BH        : Guk 2, Suara Sedang - Kopi O

Al-kisahnya aku masuk laman ni untuk repeat Selang Gagap, Gagap Penuh. BH reward tu sora biasa sahaja cuma geram kat gagap dia tu. Bukan selalu jumpa BH macam ni di laman. Minggu lepas masa try BH gagap tu aku terserempak dengan group dari selayang. Rupa-rupanya mereka pun duk aim si gagap tu. Sayang si helang datang kacau sebab BH gagap tu dah beranggar dengan BB Sempoi. Jantung dah berdebar debar sebab nak tapau dah ni adoiiiii. Akhirnya si gagap tumpas di tangan group dari selayang.

So BH yang aku tapau ni kelas kopi O saja lah buat masuk ranking game online by PPTDM. Ikutkan pada tarikh ni aku tapau dua tapi lucut pulak sekor masa pegang tali racik.




Masa tangkap tak tahu BH ni game macam mana. Itu yang pakai tanda. Sekarang BH ni dah jadi taiko dalam reban, aku duk depan reban pun dia selamba je menguku. Bulih tahan jugak hati BH ni cuma kopi O je la

3 ABDUL - Selalu Lewat


Ini adalah 3 orang geng yang selalu lambat masuk laman mikat, terutama aku la hahahaha. Jam 9 pagi masih di kedai mamak adoiiii. Itu yang kadang-kadang aku gerak solo atau jumpa dengan diorang dalam ladang.
Dari kiri Mat Sempoi, Ayie & aku. Si Ayie ni antara lagend yang aku kenal, banyak benda perihal mikat ni aku belajar dengan dia.