ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.”
(Muslim)


Kepada sesiapa yang sedang mencari kerja sila ke Tajuk JAWATAN KOSONG KERAJAAN.

Rabu, 21 September 2011

Mengenali Jantina Tekukur

Seramai - ramai peminat dan pemikat burung tekukur hanya sebilangan kecil sahaja dari kalangan mereka yang dapat mengenali jantina burung tekukur. Malah ada diantaa pembiak burung tekukur sendiri pun masih tidak dapat mengenali jantina burung dengan tepat. Banyak cerita dari rakan - rakan bahawa mereka beli anak burung pesum yang dikatakan betina dari pemilik asal tetapi jantan. Ada juga mereka beli anak pesum jantan tetapi bertelur diatas sangkar layang. Ini kerana rupa fizikal burung jantan dan betina tidak jauh beza malah sama sahaja jantan dan betina. Ada yang mengatakan ukur pada keluasan sepit ketam (tulang pelvik), jika rapat adalah jantan dan jika luas adalah betina. Berdasarkan pengalaman saya yang cetek ini, tidak semua burung jantan sepit ketamnya (tulang pelvik) rapat. Disini saya hendak kongsikan tajuk berkaitan berdasarkan pengalaman orang lama - lama dan pengalaman sendiri.



Bermula dari Anak.
Dari kecil amat mudah untuk mengenali jantina burung tekukur. Ini kerana saiz anak jantan lebih besar dari anak betina manakala bulu pahat anak betina lebih banyak dari jantan dan bewarna kekuning - kuningan.

Saiz Badan (Burung Dewasa)
Jika dilihat sepintas lalu, kebanyakkan burung jantan & betina sama saiz sahaja namun pada hakikatnya saiz burung jantan adalah lebih besar dari betina. Jika dipegang burung jantan lebih berat berbanding dengan burung betina.

Bulu
Bulu burung jantan lebih sedikit berbanding dengan bulu burung betina. Burung jantan jika dipegang, kita dapat merasakan badan dia pejal. Burung betina jika dipegang pula, kita dapat rasakan bulunya yang tebal seolah - seolah memegang sponge atau pegang burung ruak - ruak (wak-wak). Bulu burung jantan lebih bersih dan kemas berbanding dengan betina.

Kepala
Jika diperhatikan betul - betul, bulu kepala (dahi) burung jantan lebih cerah berbanding dengan burung betina dan saiznya pula lebih besar dari burung betina. Kepala burung jantan kelihatan berbonjol sedikit manakala kepala burung betina kelihatan bulat sepenuhnya.

Mata
Iris mata burung jantan lebih kecil dan lebih terang berbanding dengan burung betina.

Manik Leher
Burung jantan mempunyai manik yang banyak dan terang manakala betina sedikit dan jarang

Suara.
Burung jantan akan lebih banyak berbunyi dari burung betina dan sekiranya burung betina berbunyi, ianya akan mengeluarkan suara yang nyaring. Jika diletakkan dalam kelompok yang banyak, burung jantan akan mengeluarkan bunyi CUCKO CUCKO (mengangguk/menguku) manakala betina tidak. Burung betina akan berbuat demikian jika tiada burung jantan dan bertemu dengan betina lain untuk berlawan.


Dada
Dada burung jantan kelihatan lebih bidang/luas dan kelihatan kuat berbanding dengan dada burung betina.


Tulang Pelvik (sepit ketam)
Kebiasaanya burung betina mempunyai tulang pelvik (sepit ketam) yang luas makala jantan rapat. Namun ada juga burung jantan yang mempunya sepit ketam yang luas. Tulang pelvik (sepit ketam) burung betina lembut kedua - duanya atau sebelah manakala tulang burung jantan keras.


Kaki
Burung jantan mempunyai kaki yang lebih kecil dan panjang berbanding dengan burung betina.

*sumber http://www.nokkhao.com/smf/index.php dan pengalaman sendiri membiak tekukur

4 ulasan:

  1. salam, mohon bertanya, ada kemungkinan tak burung merbok pun ada ciri2 macam terkukur untuk mebezakan jantina?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf la tuan, sy xarif sgt lagi2 pasal merbok. Secara semulajadinya burung betina lebih kecil saiz badannya. Warna putih dahinya sedikit sahaja...tidak melebihi paras hujung mata. Sepit ketam semestinya lembut & renggang utk memudahkannya bertelur.

      Padam
  2. burung betina leh buat pikat ke...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bulih, penurun baik....cuma dia ni bunyi ikut mood... rasa nak bunyi dia bunyi....buatnya dia xmau bunyi letih la kita

      Padam