ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Khamis, 21 Jun 2012

Suap Anak Tekukur (handfeed)

Dah lama dah.........hehe (tiru ayat Tun M masa nak pencen dulu), nak karang serba sedikit pasal bagaimana cara untuk menyuap sendiri anak burung tekukur @ merbok. Dulu masa mula - mula berjinak dengan burung tekukur & merbok ni...merata aku cari bagaimana cara yang betul. Alhamdulillah dengan bantuan kawan - kawan akhir dapat la aku handfeed beberapa ekor anak tekukur & merbok. Caranya berbeza dengan menyuap anak burung lain yang duk nganga je mulut dia...so senang la nak suap. Kalau burung tekukur & merbok ni susah skit....dia tidak nganga mulut jika lapar...hanya bunyi je cit cit cit...... Kaedahnya begini :-

1. Sediakan kain lebih kurang sebesar tapak tangan.
2. Letakkan sedikit kambu/sambau/sekoi diatas kain tadi. Seeloknya ada campuran pasir, dedak @ kalsium lagi baik.
3. Kemudian anda bungkuskan makanan tadi seperti buat bunjut sup.
4. Seterusnya tebuk satu lubang agak - agak lepas paruh anak burung masuk kedalam bunjut tadi.
5. Celupkan bunjut tadi kedalam air dan halakan lubang bunjut pada paruh anak burung.

Nak cerita panjang lebar pun hari berasa tak sedap badan nak menulis....mood flu. Layan video dari youtube ni sumbangan dari vietnam.