ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Istilah - Istilah Pemikat

Burung Hutan (BH)
Burung Tekukur yang berada didalam hutan atau dimana - mana sahaja yang hidup secara bebas.

Burung Baru (BB)
Burung Tekukur yang baru ditangkap melalui apa jua cara kemudian ditambat diatas sangkar layang atau dimasukkan dalam sangkar dan didapati ianya berpotensi untuk dijadikan Pikat.Kemudian burung ini akan diajar masuk cetok, diajar untuk berbunyi diatas tanah, jebak dan atas pelepah sawit, diajar untuk biasakan burung hutan mengena racik sehinggalah sampai tahap ianya bergelar pikat. Hasil tangkapan 20 ekor keatas.



Burung Ladung
Burung Tekukur yang ditangkap kemudian dimasukkan kedalam sangkar besar untuk diajar makan dan untuk dilihat samada berpotensi untuk dijadikan pikat atau tidak

Pikat
Burung Baru yang sudah tahu untuk menjalankan tugas - tugasnya ketika dibawa untuk memikat, rajin berbunyi dilaman

Pemikat
Pikat yang mana boleh memanggil burung hutan serta turun kelamannya dan sentiasa mendapat hasil sekiranya dibawa memikat.

Laman.
Kawasan atau tempat untuk meletakkan pikat untuk menangkap burung hutan. Selalu digunapakai untuk memikat diatas tanah.


Anggar.
Tempat/ranting/dahan tempat burung bertengek dan yang menjadi kebiasaan burung hutan bertenggek disitu.

Sikap.
Burung Pemangsa yang ditakuti burung tekukur dan banyak kejadian yang mana pikat serta burung baru menjadi mangsa sikap. Nama asal sikap ialah Sewah Tekukur Kecil/Besar. Ianya lebih digeruni kerana saiznya yang kecil dan sukar untuk dilihat.

Tembak/Ngerbang
Pikat / BB yang ingin terbang dan bermain angin. Ianya berlaku semasa burung tersebut berada diatas sangkar layang, diatas tanah / pelepah ketika sesi mengajar atau memikat.