ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Khamis, 31 Mac 2011

TEKUKUR

Spotted-neck Dove ( TEKUKUR ) | Merbok Balam

 


MERBOK BALAM
Spotted-necked Dove
FAMILI : Columbidae
NAMA SAINTIFIK : Streptopelia chinensis

CIRI-CIRI
Individu dewasa mempunyai kolar pada belakang tengkuk berwarna hitam yang lebar dengan bintik-bintik berwarna putih. Ekornya panjang serta terdapat warna putih pada bahagian luar hujung ekor. Semasa terbang, kelihatan jalur lebar berwarna ke- labu pudar merentasi bahagian atas sisi hujung sayap. Keseluruhan bahagian atas individu ini berwarna coklat kekelabuan serta terdapat jalur-jalur berwarna hitam dan cerah pada bahagian tepi. Bahagian atas kepala serta bahagian sisi telinga berwarna kelabu pudar manakala bahagian bawah tengkuk dan bawah badan berwarna cok- lat keunguan. Ia mempunyai bahagian rengkong serta bahagian bawah tongkeng yang berwarna putih manakala bahagian primer dan sekunder sayap berwarna hitam.

SAIZ
Panjang keseluruhan individu dewasa adalah di antara 27.5 sm- 31.0 sm. Berat 128 g.

MAKANAN
Buah-buahan dan biji-bijian yang bersaiz kecil.

HABITAT
Dijumpai di kawasan terbuka, semak dan belukar serta di kawasan pertanian, pada ketinggian sehingga ke 2,040 m. BUNYI Mengeluarkan bunyi wu hu' crrroo wu-crrroo yang lembut dan berulang atau wu huuu- croo ataupun wu-hwrrroo wu-hwrrroo wu-hwrrroo yang lebih cepat.

TABIAT
Sering kelihatan mencari makanan secara berkumpulan 5-6 ekor.

PEMBIAKAN
Membiak sepanjang tahun di mana sarang dibina berbentuk platfom di atas pokok atau di kawasan buluh. Telur yang dihasilkan adalah di antara 2-3 biji berwarna putih dan berukuran kira-kira 26.9 X 20.8 mm. 

Sumber: www.wildlife.gov.my/index.php/bm/avifauna/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan