ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Rabu, 28 September 2011

Perkembangan Terkini Pesum

1. http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/08/2nd-batch-from-1st-couple-induk.html
2. http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/09/bakal-generasi-ke-3.html
3. http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/08/2nd-batch-dari-sangkar-no-3.html

Isnin, 26 September 2011

Nok Main Merbok (ketitir) pulok (Tinggal Kenangan)




Sabtu, 24 September 2011

Update Anak Pesum

Update terbaru anak pesum dari sangkar No.2. Usia 2 bulan dan mula belajar berdeguk, menekan & menguku. Suara sudah mula nak pecah.
http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/07/1st-batch-dari-sangkar-pesum-no-2.html

Rabu, 21 September 2011

Harga Pasaran Burung Tekukur

Standard harga:-

Burung Kampung

1) Burung kg galak sangkar layang RM 50.00 - RM 150.00
2) Burung Baru (kg) sudah ajar masuk cetok dan turun tanah belum menangkap RM 150.00 - RM 200.00
3) Burung Baru (kg) sudah menangkap tidak lebih 10 ekor RM 250.00 -RM 400.00
4) Pikat baru (kg) RM 450.00 -RM 600.00
5) Pikat tua/candi (kg) RM 700.00 - RM 1000.00

Anak Kacuk (jawa @siam)/Pesum kg + kg

1) Dalam ladung RM 200.00 - RM 350.00
2) Galak sangkar layang  RM 400.00 - RM 500.00
3) Burung Baru ajar belum atau sudah bunuh RM 600.00 - RM 800.00
4) Pikat Baru RM 1000.00 - RM 2000.00
5) Pikat tua/candi RM 3000.00 ke atas.

Ini adalah standard harga pasaran semasa, harga mengikut negeri adalah berbeza. Harga yang dinyatakan diatas adalah standard harga di Wilayah tengah (Selangor, KL). Tinggi atau rendah harga adalah bergantung pada keelokan rupa, kelasakkan, suara, permainan dan kemampuan sesekor burung itu sebagai pikat @ bakal pikat. Ianya juga subjektif kerana harga ditetapkan oleh si penjual dan ada kalanya ditawarkan dengan harga yang tinggi dari si pembeli

Mengenali Jantina Tekukur

Seramai - ramai peminat dan pemikat burung tekukur hanya sebilangan kecil sahaja dari kalangan mereka yang dapat mengenali jantina burung tekukur. Malah ada diantaa pembiak burung tekukur sendiri pun masih tidak dapat mengenali jantina burung dengan tepat. Banyak cerita dari rakan - rakan bahawa mereka beli anak burung pesum yang dikatakan betina dari pemilik asal tetapi jantan. Ada juga mereka beli anak pesum jantan tetapi bertelur diatas sangkar layang. Ini kerana rupa fizikal burung jantan dan betina tidak jauh beza malah sama sahaja jantan dan betina. Ada yang mengatakan ukur pada keluasan sepit ketam (tulang pelvik), jika rapat adalah jantan dan jika luas adalah betina. Berdasarkan pengalaman saya yang cetek ini, tidak semua burung jantan sepit ketamnya (tulang pelvik) rapat. Disini saya hendak kongsikan tajuk berkaitan berdasarkan pengalaman orang lama - lama dan pengalaman sendiri.

Tip – Tip Pembiakkan Tekukur

Proses untuk membiakkan tekukur agak sukar jika tidak memenuhi keperluan – keperluan yang seakan habitat asalnya di dalam hutan. Burung Tekukur hidup bebas di dalam hutan manakala segala keperluan makanan, ubat – ubatan, nutrisi tambahan mudah diperolehi dan suhu serta pencahayaan diluar tidak sama dengan keadaan didalam sangkar. Disini saya ingin kongsikan bersama beberapa tip dan kaedah berdasarkan sumber – sumber yang diperolehi dari pembiak tekukur Negara jiran beserta dengan pengalaman sendiri.


Khamis, 8 September 2011

Generasi Ke-3

Tarikh : 10 Sept 2011 (Sabtu)
Peristiwa : Generasi Ke-3 pesum menetas
Sangkar : No.1



Sebelum Raya induk ni dah mengeram telur 2 minggu tapi tak menetas, balik dari cuti beraya....tengok induk duk mengeram. Mintak2 telur kali ini menetas semua untuk generasi ke-3 dari induk ni. Telur pun dah hitam isi dalamnya. Anak pertama mati ketika umur 3 minggu, anak kedua sekarang dah berumur 6 minggu dan sekor (betina) terlepas.

Gambar 2 hari sebelum menetas

Rabu, 7 September 2011

Anak Pesum Terlepas

Balik dari cuti beraya kawe top up makanan burung, kawe xsedar pintu sangkar anak pesum http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/08/2nd-batch-from-1st-couple-induk.html ni tak ditutup dengan elok. Keesokkannya kawe tengok ado sekor sahaja, yang terlepas tu anak betina (dada belah) pulak tuh....aduiii sayangnyaaa....xpa kawe tunggu anak baru induk duk mengeram

Update 21 Sept 2011
Anak yang terlepas sudah ditangkap kembali umpan kambu dan pasang racik ranjau. Selamat...