ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Peralatan Pemikat

Sangkar Layang
Ianya digunakan untuk memelihara burung tekukur dengan cara mengikat kakinya pada sangkar ini. Ianya bertujuan untuk menjinakkan burung tersebut serta untuk memudahkan melatih burung pilihan untuk dijadikan pikat. Kebanyakkanya diperbuat daripada rotan, kayu jati dan kayu - kayu yang lembut untuk buat ukiran. Harga Sangkar layang bergantung pada ukiran dan juga ketahanan yang mana boleh didapati dengan harga serendah RM20 - RM1000




Cetok
Ianya digunakan sebagai bekas untuk membawa burung tekukur kemana - mana dan juga untuk membawa pikat/denak pergi memikat. Selain itu ianya juga digunakan untuk melatih burung tekukur untuk dijadikan pikat. Bahan - bahan asas yang digunakan untuk membuat Cetok terdiri daripada Rotan, Plywood, Jejari motosikal dan Kayu. Harga Cetok bergantung pada bahan, ukiran, saiz dan ketahanannya yang mana boleh diperolehi dari harga serendah RM40 - RM700







Labu
Ianya berfungsi sama seperti cetok tapi ianya mempunyai ruang lebih luas. Labu lebih popular pada zaman dahulu manakala cetok adalah rekabentuk yang baru dan ianya mudah untuk dibawa. Bahan - bahan asas yang digunakan untuk membuat labu terdiri daripada Rotan, Plywood, Jejari motosikal dan Kayu. Harga Cetok bergantung pada bahan, ukiran, saiz dan ketahanannya yang mana boleh diperolehi dari harga serendah RM40 - RM700 




Racik
Racik merupakan salah satu peralatan yang digunakan untuk menangkap burung tekukur selain daripada kaedah menggunakan jebak. Racik adalah jerat kaki yang dipasang berdekatan dengan pikat/denak. Kaki burung tekukur liar akan tersangkut pada gelung racik ketika hendak berlaga dengan pikat/denak namun ada sesetengah tekukur liar mengenali dan tahu akan adanya racik berdekatan dengan pikat/denak. Burung tekukur liar jenis ini digelar burung "Celir Racik". Bahan - bahan yang digunakan untuk membuat racik terdiri daripada tali tangsi sebagai gelung, dawai tayar basikal sebagai tiang/tumang, tali nylon pancing sebagai perambut, dawai stainless steel sebagai kekili angka 8 dan tali kajar untuk mengikat antara tumang. Racik mempunyai bilangan mata  yang berbeza setiap satu lekarnya bergantung pada citarasa seseorang pemikat. Ada bilangan 9 mata (racik pelepah), 11, 17, 19, 21, 25, 31.........








Jebak
Jebak digunakan untuk memerangkap burung tekukur liar/hutan dengan bekas yang diletakkan pikat/denak didalamnya dan mempunyai sebatang kayu yang dibuat untuk burung liar singgah/pijak. Apabila burung liar/hutan datang untuk berlaga dengan pikat kemudian satu jaring akan menangkup burung tekukur yang singgah/pijak pada batang kayu itu. Kebiasaanya ianya digunakan untuk pikat yang tidak pandai berlaga, tiada laman untuk pasang racik dan juga untuk menangkap burung liar/hutan yang celir racik.Harga jebak jugak mengikut pada keelokan hasil buatan, ukiran dan juga ketahannya. Jebak boleh dibeli pada harga RM40 - RM300.






Tali Ulat / Tali Kaki
Tali ulat dan tali kaki digunakan untuk mengikat kaki burung tekukur pada sangkar layang. Ini membolehkan pemikat memikat burung dengan menggunakan kaedah racik yang mana pikat diletakkan diatas tanah atau pelepah kelapa sawit. Sepasang pancang / tumang diikat pada tali tadi untuk dipacak kedalam tanah. Tali ulat perlu disambungkan dengan tali kajar dengan menggunakn kekili angka 8. Tali ulat / kaki dibuat daripada benang yang bermutu dan ianya dihasilkan dengan kaedah sulaman. Harga Tali ulat/kaki ditentukan mengikut jenis benang yang digunakan & juga keelokan hasil sulamannya. Ianya boleh dibeli pada harga RM5-RM10



Kekili angka 8

Tumang / Pancang
Tumang / pancang digunakan ketika hendak memikat tekukur dengan mengunakan kaedah meracik diatas tanah dan ianya akan diikat bersama tali kaki pikat. Tumang tersebut akan dibenamkan kedalam tanah untuk mengekalkan kedudukan pikat diatas tanah.Terdapat 2 jenis tumang yang mana satu diantaranya berfungsi untuk mengekalkan kedudukan pikat dinamakan "Tumang Mati" manakala yang lagi satu berfungsi untuk membolehkan pikat bergerak dilaman dan dinamakan "Tumang Hidup".Tedapat pelbagai rekabentuk tumang dan kebiasaanya panjang tumang sekitar 5 inci serta berdiameter 8mm. Tumang diperbuat daripada stainless steel dan juga tembaga untuk mengelakkan daripada karat serta tidak mudah bengkok. Sepasang tumang boleh dibeli pada harga RM20-RM60






Jaring Sangkar Layang
Salah satu kelengkapan yang amat penting bagi peminat burung tekukur yang mana ianya digunakan untuk mengelakkan makanan burung tekukur yang ditambat pada sangkar layang dimakan oleh burung ciak rumah. Burung ciak ini akan makan kambu atau padi dan kemudian meninggalkan kulit kambu serta padi tadi didalam bekas makanan itu tadi. Jika tiada jaring ini, maka makanan burung tekukur akan habis dimakan oleh burung ciak rumah tadi. Jaring ini boleh didapati dimana-mana kedai burung/ikan dengan harga RM6-RM20



Parang / Golok
Tidak sah jika masuk hutan untuk pergi memikat tanpa alatan ini. Ianya amat penting bagi sesiapa sahaja yang memasuki hutan. Yang penting bagi seorang pemikat, golok/parang digunakan untuk membuat laman memikat tekukur, menyediakan tempat persembunyian, menebas hutan untuk laluan, mematahkan pelepah bagi memikat tekukur diatas pelepah dan sebagainya. Dan yang paling penting adalah untuk keselamatan pemikat apabila berada didalam hutan.



Pakaian Celoreng
Salah satu kaedah untuk penyamaran ialah mengenakan pakaian celoreng seperti mana yang dipakai oleh angkatan tentera. Faktor utama ialah untuk mengelakkan burung tekukur liar tahu akan kehadiran manusia menghampirinya dan berada dekat dengan pikat semasa memikat. Pakaian celoreng biasanya diperbuat dari kain yang tahan lasak terutama seluar loreng, manakala baju loreng pula amat selesa dipakai kerana ianya tidak memerangkap haba badan. Pakaian loreng boleh didapati di kedai - kedai bundle dengan harga yang berpatutan manakala pakaian celoreng yang baru boleh didapati di kedai-kedai membekal peralatan tentera dan badan uniform.Lagi bagus sekiranya anda mempunyai pakaian penyamaran seperti yang dipakai oleh penembak curi "sniper"






BUNJUT / JUT
Digunakan untuk menyimpan burung tekukur yang baru ditangkap. Kebiasaanya ianya diperbuat dari kain yang nipis dan ditebuk lubang udara. Satu2 jut / bunjut boleh dimasukkan 1-2 ekor burung.












44 ulasan:

  1. kalau boleh ajarlah cara membuat racik ataupun tali ulat

    BalasPadam
  2. haha ambo sendiri pun tak pandai buat.. Maaf la tak dapat nak tolong

    BalasPadam
  3. racit ambo boleh buat senang saja ,tali ulat beli di kedai lagi senang hehehehe

    BalasPadam
  4. Pendatang baru dan juga penghobi pikat tekukur saya dari kalimantan tengah ....mau memesan racik tekukur dimana.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pesan dibandung juga ada .. pesan racik 51 mata ada .. ongkir di tanggung sendiri... semua peralatan tekukur ada kontak : 081320352586

      Padam
  5. Pendatang baru nieh Bapak,............saya dari Surabaya ( Jawa Timur ), mhn info bagaimana cara untuk pesan JEBAK TEKUKUR,saya tunggu info nya Terimaksih>>> Salam

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. Boss sye nk beli cetok berape ye

    BalasPadam
  8. saya Azwar dari medan indonesia ni bos,boleh bagi ilmu sedikit bagaimana cara buat tali pengikat burung tekukur,kalau mau beli tumang/pancang berapa harganya mulai yang paling murah saja,satu lagi racik atau jerat kalo orang medan bilang berapa harganya,balas ya bos almt email : azwar.salim02@gmail.com.pin BB 2a3dbd13

    BalasPadam
  9. salam.. saya nak tanya ckit ni.. kalau ekor burung kita rosak, boleh x kalau cabut semua.. but saya dah cabut..

    BalasPadam
  10. Salam.. kalau nk tempah racik bgi tahu k.. saya erea mersing johor.

    BalasPadam
  11. Nk beli racik kt kau leh x

    BalasPadam
  12. Nak tanye sikit, berapa harga racik ya?

    BalasPadam
  13. sy nk order catok ukiran tu ,blh bg maklumat dan caranya sy blh wat tempahan untuk catok tu

    BalasPadam
  14. Bg yg berminat untk tempahan racik,sila hubungi sy di talian-0179848294

    BalasPadam
  15. Salam catok brug dlm harga rm /100 ada gambrbtk

    BalasPadam
  16. nice posting gan..
    www.infopuskesmas.com

    BalasPadam
  17. tolong dibantu, bagaimana kita memesan barang/sangkar layang neh...

    BalasPadam
  18. tolonglah di balas, ato di kirim ke email aku nirwanasandro@yahoo.com. terikasih

    BalasPadam
  19. saya hendak pesan Sangkar layang Racik dan Tali Kaki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Horas lae.. didaerah diado hutatta au marga sihaloho sian bandung molo keperluan muna i boi doh hu baen mauliate : 081320352586 kontak au lae

      Padam
    2. sadia do tuhorna tali pemikat balam i
      lae....nion kontakku 08526204757

      Padam
  20. Urusan pikat complit di saya dan pemikat saya ada 3 siapa yg mau dtng aja biar ada teman mikat ...purba losarang indramayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa ada jual sangkar jebak seperti diatas?

      Padam
    2. Minta no tlp sama alamat nya di indramayu

      Padam
    3. Minta no tlp sama alamat nya di indramayu

      Padam
  21. Bang nk beli tumang hidup dan mati
    Kalau ade bgi no. Telephone

    BalasPadam
  22. Bang nk beli tumang hidup dan mati
    Kalau ade bgi no. Telephone

    BalasPadam
  23. mana kawe buleh beli pukat burung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebiasaan mana2 kedai burung ada jual pukat burung....tuan duk area mana

      Padam
  24. Salam , area muar melaka mana ye akan dapat beli sangkar layang atau catok ??? Saya ingin mencari kerana nak buat hadiah ..

    Jika ada tolong email syauqinul@gmail.com

    BalasPadam
  25. Salam.jebak ada jual x yg biasa.rm beraoe 1

    BalasPadam
  26. saya pendatang baru dari bengkulu, bagaimana cara utk memesan sangkar catok, dan berapa harganya. tlng d bantu.thanks

    BalasPadam
  27. berapa harga sangkar layang gambar no.2,harga sebiji berapa?

    BalasPadam
  28. Ada sesiapa Yang nak jual pikat terkukur tak? Nama saya yusri orang Singapore. Kalau ada sesiapa yang nak jual kasih saya tahu nya. Terima kasih semua Yang Ada do Dalam grop ini.

    BalasPadam
  29. Brpa harga sebiji ,8 kaki ayam pnya

    BalasPadam
  30. Saya ingin tahu bagai mana untuk berurusan jual beli sangkar layang dengan sangkar catok labu dan harga sangkar layang dan sangkar catok labu

    BalasPadam
  31. Cara membeli sangkarnya gimna bg,no wa nya ada?

    BalasPadam