ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.”
(Muslim)


Kepada sesiapa yang sedang mencari kerja sila ke Tajuk JAWATAN KOSONG KERAJAAN.

Selasa, 11 Oktober 2011

Petua - Petua Old Timer (OTAI)

Disini kawe ingin kongsikan bersama2 dengan pembaca blog tentang beberapa petua turun temurun yang diamalkan oleh peminat - peminat burung tekukur terdahulu. Petua-petua ini merangkumi pemakanan burung terpilih, kaedah menjinakkan burung, kaedah melatih burung untuk dijadikan pikat serta petua mengubati burung yang sakit.

1. Cili Burung Jeruk Madu





Salah satu petua untuk melawaskan suara burung tekukur ialah dengan memberi makan cili burung yang dijeruk dengan madu. Paling singkat cili dijeruk ialah satu malam. Ianya juga baik untuk sistem penghadaman burung serta mengatasi masalah kecacingan. Kuantiti yang perlu diberi sebanyak 2-3 biji dengan menyuapnya pada burung. Jangan terlalu kerap kerana ianya boleh merosakkan suara burung, cukup sekadar sebulan sekali


PADI BURUNG


Bersalut Telur

Padi yang dijemur


      Padi burung ini saiznya lebih kecil dari padi biasa. Padi yang dicampurkan dengan telur boleh membuatkan burung tekukur cepat jinak serta garang. Padi juga mampu mengawal obesiti burung agar ia tidak gemuk dan malas berbunyi. Padi hendaklah dibasuh terlebih dahulu untuk bersihkannya dari habuk kemudian dicampur dengan telur. Padi tersebut hendaklah dijemur panas seharian kemudian disimpan dalam bekas yang bertutup. Harga padi ini berbeza mengikut kawasan. Harga padi di negeri pantai timur sekitar RM4-5/kg manakala wilayah tengah RM10/kg. Selamat mencuba


Makanan Tambahan Dari Sarang Anai - anai


Din dum atau tanah hitam merupakan asas zat tambahan bagi peminat burung tekukur di thailand , ianya disediakan dalam bentuk biji - biji halus dan juga seperti serbuk arang yang dihancurkan. Ianya amat sesuai diberikan pada tekukur peliharaan kerana burung yang kita pelihara tidak dapat mencari makanan tambahan seperti di habitat asalnya. Makanan yang kita sediakan seperti kambu, padi, jagung atau dedak tidak cukup untuk mereka betul - betul sihat , mereka memerlukan kalsium, mineral dan lain - lain zat . Tanah hitam ini boleh dikelaskan sebagai vitamin untuk tekukur lebih sihat serta baik untuk sistem penghadaman. Ianya sesuai diberikan dalam kuantiti yang sedikit sahaja setiap minggu..

1. Ambil sarang anai - anai yang bersarang dipokok & bukannya anai - anai rumah/tanah.
2. Pecahkan sarang tersebut supaya mudah dibakar tetapi jangan dihancurkan
3. Bakar sarang tersebut dengan menggunakan arang, bakar dengan api yang marak
4. sarang tersebut hendaklah dilapik dengan jaring dawai yang halus kerana ianya mudah hancur setelah dibakar


5. Bakar sehingga ianya bewarna kemerahan dan siramkan sedikit sos ikan sebagai perasa
6. Anda akan lihat sos ikan tadi akan meresap dan hancurnya menjadi serbuk
7. Sejukkannya untuk seketika kemudian simpan didalam bekas tertutup.







TULANG SOTONG (CUTTLEBONE)


Tulang sotong yang tinggi nilai kalsium serta mineral baik untuk keperluan kesihatan burung tekukur malah untuk semua jenis burung. Burung betina lebih memerlukan kalsium untuk bertelur agar telur yang dihasilkan berkualiti. Ianya boleh disediakan dengan cara dihancurkan seperti serbuk pasir atau diberi terus sekeping seperti gambar diatas. Burung memerlukan lebih kalsium untuk menguatkan tulang - tulang mereka serta untuk  menguatkan bulu - bulu mereka. Sekiranya kekurangan kalsium, bulu burung akan mudah tercabut, patah dan lambat untuk tumbuh semula.







4 ulasan:

  1. hmm campur dgn telur boleh buatkan die jinak & garang? menarik ni,, ~^^akan sya cube

    BalasPadam
  2. Seeloknya kuning telur itik.

    * jgn berharap sangat sebab saya skrg ni duk mencuba (nampak positif). Nak tahu sejauh mana keberkesanan petua ini. Tapi apa yang saya perhatikan kebanyakkan peminat tekukur sebelah pantai timur, Thailand dan Vietname beri padi sebagai makanan utama.

    BalasPadam
  3. VEBCASTS - Listen web Radio Watching web TV, Tv Online. Watch Over 3000 Online TV Channels And 6500 Radio Stations Free For Around In The Wold clik to watching
    Listen Hindi radio click ,watching live movie ,live international radio,indo radio.usa radio and more ,LIVE MOVIE ,LIVE SPOTS,LIVE HINDI RADIO ,HINDI MOVIE ,AXN LIVE ,STAR MOVIE LIVE ,MAX CHANNEL LIVE LIVE UNTERNATIONAL RADIO AND TV BROADCASTER
    MALAYSIA RADIO ONLINE http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
    MALAYSIA TV ONLINE  http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html thr gegar pun ada jom terjah !!

    BalasPadam
  4. tanah hitam n serbuk sarang anai-anai
    nk di campur kan ke dalam kambu or asing

    BalasPadam