ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.”
(Muslim)


Kepada sesiapa yang sedang mencari kerja sila ke Tajuk JAWATAN KOSONG KERAJAAN.

Sabtu, 28 Julai 2012

Anak Ayam Hutan

Baka dari kenalan Youtube syamnamaku.



Update 28 Julai 2012


Seekor lagi ibu adik beradik yang sama bawak keluar anak 8 ekor.  Baru ekor ibu laman rumah nampak macam dah penuh dengan ayam. Aduiii. Laani yang jantan kawe pasangkan dengan betina yang kawe ambil dari kawan. Betina baru ni ambil dari anak jugak dan sekarang dah besar. Baka dia jenis bersaiz kecil sket.



Update 23 Julai 2012









Update 10 Julai 2012

Dah Menetas pun.......9 dari 12 biji telor








Update 20 Jun 2012


Telur kat kat luar tu kawe amek letak dalam bekas elok2 dalam reban dia. sebiji sehari bertelur, duk kira2 ada la dalam 11 biji. ibu pun dah masuk mengeram.....xtau la macam mana jadinya lepas ni....



Update 28 May 2012

Dah sebulan lebih kawe tak update al-kisah AH 1st batch yang kawe ada nih. Ayam jantan pun dah nak masuk dewasa....dah mula gila betina. Yang betina pun sama dah mula gatal nak jantan, mengekek je kerjanya. Kawe lepaskan betina 2 ekor yang pada asalnya dikurung, bagi dia makan rumput2 pasir & tanah.  Hasilnya kawe lihat sebijik telor ditepi pokok nyior nih. Sebelum ni si betina dah 3-4 biji bertelur....telur xdak benih sebab kawe asingkan si jantan. Si betina tu duk patuk makan telur sebelum ni. Hari dia betelur tapi xpatuk makan pulak.





Update 13 April 2012

Sora pun dah mula pecah...Umur 4 Bulan





.........................................................................................................................


Update 19 Mac 2012


Dah mula belajar kokok...............

3 Bulan




.............................................................................................................


Update 9 Februari 2012



1 bulan 3 minggu



.............................................................................................................................



Update 26 Januari 2012

Bulu pun dah nak penuh, tiba masanya untuk pindah masuk reban.




.............................................................................................................................

Update 18 Januari 2012

1 bulan

1 ekor saja jantan

..............................................................................................................................



Update 9 Januari 2012

3 minggu


Umur Tak Panjang : semalam anak yang gambar dibawah telah mampus kerana lemas dalam bekas air. Anak ayam tu tersepit celah bekas air dan kepala dia terendam dalam air. Anak yang paling besar dan warna pun gelap, entah2 baka bulu betina....adoiiiii. Tiga yang duk bising sebab kawan dia hilang.

Update 04 Januari 2012

Anak AH ni masih lagi duk dalam kotak dan kotak kena tutup kerana dah mula melompat keluar. Reban ada tapi jaring dawai lantai besar takut jatuh dan terseliuh kaki...apa2 pun nak test dulu macam mana. Lagi pun reban tu kawe buat pesom tekukur. Tengah duk fikir lagi nih.

Umur 2 Minggu

2 Minggu

...................................................................................


UPDATE 26 Disember 2011



Sudah seminggu usia anak AH ni, bulu kepak pun dah keluar. Siang malam kawe bagi makan supaya cepat besar.


...................................................................................

Untuk Permulaan.
Usia dalam 4 - 5 hari
Minat pada ayam hutan sejak dari bangku sekolah rendah lagi, masa tu kawe bersama kawan - kawan sering masuk hutan untuk pasang jerat puyuh, ayam hutan, burung. Adakalanya jerat ayam kami mengena pelanduk dan tak pernah dapat ayam. Kami tak ada pikat dan orang - orang tua kat kampung main pikat dengan senapang bukannya pakai racik. Dulu ada bela 6 ekor AH original, setelah diserang penyakit ayam tersebut dilepaskan. Beberapa hari kemudian elok pulak AH tu duk berterbangan dalam namum kawe biarkan sahaja dia dan tak tahu la siapa yang menangkapnya.



Nak dijadikan cerita, kawe ada la tengok beberapa video dari youtube mengenai AH ni, ada seorang peminat AH yang tinggal di wangsa maju syamnamanya A.K.A syamnamaku9399 memiliki AH bulu betina dan bapak AH yang jinak diberi gelaran KL Gangster. Lalu kawe pun menghubungi dia dan rezki kawe dapat 4 ekor anak AH ni. Harap - harap ada benih Jantan bulu betina dalam 4 ekor anak ni.



.............................................................................................................................

9 ulasan:

  1. salam...min meh kawe sekor anok mudo aye ute.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. beres....tunggu tetas la dulu haha

      Padam
  2. Balasan
    1. haha tu la syam....looni dh mengeram dh, dari usia seminggu kawe amek dgn demo pada awal januari dulu, setengah tahun jah

      Padam
  3. salam,ada lagi tak ayam nak jual

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm...ada lg jika nak. call @ sms la sy

      Padam
  4. Salam..area mana ni. Apa contact no

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm....rawang.....0173161213

      Padam
  5. Kalau ada ank mude tlg call sy 012 2695407 - jaafar klang

    BalasPadam