ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Khamis, 15 Jun 2017

STOK MUSIM 2018



Ini adalah antara BH yang ditangkap pertengahan 2016 serta Burung Anak 2016. Musim ni duk jaga makan minum, mandi & jemur. Belum cukup galak lagi untuk bawa mengajar tanah. Plan hujung tahun ini nak start ajar untuk main musim 2018 

Khamis, 8 Jun 2017

Rangkuman Kisah Tapau 2017



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terima kasih buat semua pengikut setia blog Pemikat Tekukur yang tak seberapa ini. Anda semua terbaik dan sangat sporting.

Hari ini rasa sedikit kebosanan dan cuba untuk kemaskini blog ini kerana sudah lama tiada coretan hobi untuk dikongsi bersama kawan-kawan semua.

Coretan ini mengisahkan jentera baru saya selepas Pikat Kelab Golf dibaham kucing. Bagaikan hilang punca kerana Pikat Kelab Golf merupakan satu-satunya pikat buruk yang ada. BB lain ada tapi sekejap main sekejap tak main, kalau bawa melaman pun buat sakit hati sahaja.

BB baru ini adalah anak hasil reban sendiri yang mana Induk jantan pikat kawan (Mat Sempoi) & induk betina BB aku sendiri. Anak pertama tunggal bagi pada mat sempoi dan aku ambil anak 2nd batch. Anak 2nd batch dapat sepasang tapi sayang anak betina mati atas sangkar layang.

Hampir 2 tahun BB Sempoi menggalak di sangkar layang dan tahun ini aku mula ajar catok dan turun tanah.

Dibawah adalah gambar-gambar tapau bersama BB Sempoi. Masih muda dan masih baru lagi di laman, alhamdulillah tidak mengecewakan setakat hari ini.






Jumaat, 21 April 2017

Update BH Bukit Tagar

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua

Hari ini aku nak update kisah BH Bukit Tagar yang ditangkap pada JUNE 2016. Bh ni dari awal simpan pun dah mula menunjukan bakat yang boleh diketengahkan....




Rabu, 12 April 2017

BB SEMPOI


Burung hasil reban sendiri, baka pikat kawan. anak pertama kawan ambil dan bb ini anak batch ke-2. Batch pertama tunggal manakala batch ke-2 ni dapat sepasang namun anak betina mati beragam atas sangkar layang.

Hujung tahun lepas pernah bawa masuk ladang sawit buat mengajar buat kali pertama, alhamdulillah dia berbunyi di laman. semalam baru start nak ajar semula oleh kerana ketiadaan pikat untuk melaman. Pikat kelab golf mati dibaham kucing.

BB ni tidak lah meletop letop pawer nya, biasa biasa aje.....kopi O


Isnin, 30 Januari 2017

MISI FULL GAGAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah hampir sebulan aku tidak bawa pikat melaman, semalam 29 Januari 2017 aku  misi aku hanya ke SKC Bukit Beruntung Rawang untuk mencoba memujuk FULL GAGAP. Seperti biasa aku selalunya lewat melaman dan disebabkan disiplin yang kurang sihat inilah antara faktor aku tidak ikut serta otai otai terbilang yang lain melaman. Aku bergerak dari rumah aku di Hulu Klang jam 9.00 pagi dan sampai di laman SKC jam 10.30 pagi. Betapa lewatnya aku melaman, kesian kat otai otai yang selalunya kena tunggu aku. Jadinya aku bergerak solo je buat seketika ini.

Aku terus ke laman target, pastikan ada bunyi burung hutan dan aku terus pasang pikat. Tiada kedengaran Gagap disebabkan 3-4 ekor yang berbunyi suaranya lebih kurang sahaja dengan target. Kelihatan ada seekor melambung naik atas dahan pokok balak yang tinggi menyahut seruan pikat Kelab Golf. BH suara kasar dan ada tekan angguk. Tak lama kemudian bh terus masuk anggar pikat lawan menekan seketika dan terus masuk laman. Sempat juga berlaga dan terlucut racik. Mujur bh tidak tinggal laman dan terus berentap dengan pikat yang berkesudahan denga TAPAUUUUUUUUUUU.


video


Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi dan aku dah berjanji dengan Queen nak balik awal sebab nak bawa anak bini keluar beli barang. Namun aku teruskan dengan MISI Pencarian GAGAP tu. Tiada kedengaran sepatah gagap pun dalam 3-4 ekor yang duk berbunyi di laman seberang. Aku terus ke laman seberang dan setibanya di sana hati berasa lega sedikit kerana target ada disitu. Aku terus pasang pikat dan tak sampai 15 minit BH sampai terus masuk laman. Sedikit kecewa kerana yang menyambut pikat bukan target aku tetapi permainan bh ni boleh tahan jugak dengan angguk banyaknya. Akhirnya tapau dan aku terus balik kerana jam pun pukul 12.15pm.


video


Sekian lah sedikit coretan hobi hari minggu untuk rakan rakan pembaca yang sehobi
Terima kasih kerana menyokong pemikat tekukur blogspot