ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Isnin, 30 Januari 2017

MISI FULL GAGAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah hampir sebulan aku tidak bawa pikat melaman, semalam 29 Januari 2017 aku  misi aku hanya ke SKC Bukit Beruntung Rawang untuk mencoba memujuk FULL GAGAP. Seperti biasa aku selalunya lewat melaman dan disebabkan disiplin yang kurang sihat inilah antara faktor aku tidak ikut serta otai otai terbilang yang lain melaman. Aku bergerak dari rumah aku di Hulu Klang jam 9.00 pagi dan sampai di laman SKC jam 10.30 pagi. Betapa lewatnya aku melaman, kesian kat otai otai yang selalunya kena tunggu aku. Jadinya aku bergerak solo je buat seketika ini.

Aku terus ke laman target, pastikan ada bunyi burung hutan dan aku terus pasang pikat. Tiada kedengaran Gagap disebabkan 3-4 ekor yang berbunyi suaranya lebih kurang sahaja dengan target. Kelihatan ada seekor melambung naik atas dahan pokok balak yang tinggi menyahut seruan pikat Kelab Golf. BH suara kasar dan ada tekan angguk. Tak lama kemudian bh terus masuk anggar pikat lawan menekan seketika dan terus masuk laman. Sempat juga berlaga dan terlucut racik. Mujur bh tidak tinggal laman dan terus berentap dengan pikat yang berkesudahan denga TAPAUUUUUUUUUUU.




Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi dan aku dah berjanji dengan Queen nak balik awal sebab nak bawa anak bini keluar beli barang. Namun aku teruskan dengan MISI Pencarian GAGAP tu. Tiada kedengaran sepatah gagap pun dalam 3-4 ekor yang duk berbunyi di laman seberang. Aku terus ke laman seberang dan setibanya di sana hati berasa lega sedikit kerana target ada disitu. Aku terus pasang pikat dan tak sampai 15 minit BH sampai terus masuk laman. Sedikit kecewa kerana yang menyambut pikat bukan target aku tetapi permainan bh ni boleh tahan jugak dengan angguk banyaknya. Akhirnya tapau dan aku terus balik kerana jam pun pukul 12.15pm.




Sekian lah sedikit coretan hobi hari minggu untuk rakan rakan pembaca yang sehobi
Terima kasih kerana menyokong pemikat tekukur blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan