ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Jumaat, 31 Julai 2015

Trip Kerandang Hulu Selangor

Ahad - 26 Julai 2015
Sesi Train BB SG
Bersama Ayie M.K

BBSG tapau Rank 2



Khamis, 30 Julai 2015

Seloka Aidilfitri Di Kampung

Tapau 2 masa balik beraya di kampung kelantan.

Hari Raya Ke-2



Hari Raya Ke-3

Rabu, 24 Jun 2015

Catok Ekonomi Baru


Dua minggu lepas aku ambil kesempatan ke kedai sangkar kat kepala batas kebetulan balik rumah keluarga mertua kat penaga. Rasa gatai tangan nak beli catok baru, beli hat ekonomi ja rega RM50. Tadi aku sapu sikit syelek kat papan plywood dia tu terutama bahagian lantai bawah untuk beri lebih perlindungan jika terkena air ataupun tanah yang lembap, maklum lah ladang sawit kebiasaannya tanahnya lembap. Ini tak tau la berapa lama nak hilang bau dia. Cadangnya nak bawa dua ekor sekali melaman, bawa pikat dengan burung baru buat mengajar. Catok yang sebelum ni dah mereput itu yang kena beli baru untuk bawa burung baru buat mengajar.

Breeding Musim Baru


Dah lama sangat - sangat aku stop buat breeding tekukur. Terakhir hujung tahun lepas aku buat atas permintaan kawan yang nak rehatkan pikat dia sekejap untuk buat breeding. Dapat 2 batch anak kawan aku tu ambil balik pikat dia sebab dah gian nak main, pikat tak dak. Minggu lepas aku ada cuba masukkan BB dengan induk betina ni, teruk jugak BB tu kena belasah dengan betina ni. Aku pun tak pasti BB tu jantan ka betina hahahahaha. Semalam aku masukkan Pikat SJ dengan induk betina ni, hmmmm elok ja betina ni sisik sisik bulu naik anggar kemudian suap suap makan. Betina ni dah duduk bagi jantan ni tenggek tapi jantan ni pulak tak mau lagi (bulan puasa kot) hahahaha.


Lepas zuhor tadi aku pergi ambil sedikit akar akar pokok ni untuk induk ni buat sarang bertelur dia. Harap harap menjadi lah untuk musim ni.

Isnin, 22 Jun 2015

Murai Batu - Anak Suap 2015


Tahun 2015 tak sempat nak mencari anak mb, mikat pun tak sempat. Tambahan pulak kena musim bulan puasa, tapi ada lagi 2 bulan saki baki musim anak ni. Lepas raya nanti bulih masuk cari la kot. Minta tolong orang kampung ja carikan anak suap. Dapat 3 ekor jadi lahhhhh.