Gambar Penyakit Dalam Mulut |
Minggu lepas burung tekukur saya dijangkiti penyakit ini. Pada mulanya seekor kemudian selang 2 hari kena lagi seekor. Yang mula2 kena penyakit ini tak dapat diselamatkan kerana keadaan dah teruk. Yang kedua ini dapat diselamatkan setakat hari ini. Apa yang kawe buat ialah, pertama sekali asingkan burung yang dijangkiti penyakit ini kemudian basuh/cuci bekas air minuman dan bekas makanan. Masukkan air vitamin & antibiotik kedalam bekas minuman. Burung yang kena penyakit tadi...kawe titikan setitik ubat ORAL AID @ Bounjela kedalam mulutnya, kemudian suapkan 3 biji pil LARAS HATI serta kapsul Minyak Ikan. Didalam sangkar asingan perlu dimasukkan air vitamin & antibiotik kedalam bekas minumannya. Keesokkan harinya kawe cungkil keluar benda putih dari dalam tekak burung tersebut dan suapkan pil laras hati serta titikkan ubat ORAL AID. Kawe lakukan perkara sama setiap hari dan menukar air minumannya setiap hari. 3 hari selepas itu burung yang kena penyakit tu kelihatan beransur baik. Dalam masa yang sama kita perlu perhatikan burung2 lain yang didalam reban/ladung dikhuatiri ada yang terkena. Seeloknya keluarkan semua burung untuk bersihkan sangkar/reban. Harap2 pengalaman saya ini dapat membantu pembaca semua jika terkena.
Tima kasih kwn good info harap2 dpt dikawal.
BalasPadamth x atas nasihatnya..
BalasPadamperlu kita jalankan..
salam
jaka
Alhamdulillah....setakat hari ini tiada burung2 yg didlm ladung menunjukkan tanda2 dijangkiti....xtau la semingu dua akan dtg
BalasPadamkalau bb tengkok dya kembong ada angin..apa ubat dya bang
BalasPadamsaya dah kena..saya dh dh asing kn mana nk cuci reban besar tu....dpt bh kne benda ni msuk reban semua kena..ni dh asing kn....pning oiii bh kesayangan pon
BalasPadammati
Kalu anak merbok mcm ade ketumbuhan tepi paruh tu ape bos
BalasPadamUbat ni bole pkai pada brung helang x?
BalasPadam