ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Ahad, 15 Julai 2012

Ops Bidor 2.0

Tarikh : 15 Julai 2012 (Ahad)
Lokasi : Kg Bikam 
Anggota : 5 
Pikat : BB Kelab Golf & BB Pachat
Hasil : 6 (keseluruhan)

Ops Bidor 2.0 
Seperti yang dirancang kami bergerak dari tol bkt beruntung jam 6.30 pagi, dengan 3 orang bermotosikal & 1 kereta. Awal - awal pagi lagi dah ditimpa kesusahan iaitu motosikal aku jame kira-kira 5 km nak sampai tol sungkai. Mujur aku sempat gunakan clutch dan motosikal masih boleh bergerak selepas berhenti sekejap. Hari ini laman yang minggu sebelumnya aku masuk kurang meriah, mungkin disebabkan angin yang kuat dan helang pun banyak menunggu mangsa. 2-3 laman BH datang bertanding tapi tak mahu turun disebabkan ada macam-macam ganguan. Lebih kurang jam 12 tengahari setelah beberapa laman tidak berjaya akhirnya seekor BH sora sedang atas (keras) yang leka menekan tewas dengan BB Kelab Golf dalam masa tak sampai 10 minit. Dari jauh aku himpit sehingga nampak jelas kelihatan, mujurlah dia tak lari jauh. Taip panjang pun buat penat mata pembaca je hehehe..so aku hidangkan sedikit gambar untuk jamuan mata.