ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Isnin, 27 Jun 2016

1st Batch Baka Pikat SJ + SG

Setelah proses suai kenal pasangan Pikat SJ dengan Betina Kacuk SG nampak positif ianya membuahkan hasil yang pertama tetapi induk tinggalkan telor (tidak mengeram). Aku pun tidak pasti apa masalahnya, setahu aku si jantan memang jenis yang tidak mengeram. Aku ambil telor tersebut tumpangkan pada pasangan tekukur jawa. Nasib baik pasangan tekukur jawa tu eram telor dengan baik sehingga menetas.


Pasangan SJ dan SG kembali bertelor selang seminggu selepas pasangan itu tinggal telor yang kali pertama tadi. Setiap hari aku pantau perkembangan pasangan ini hendak pastikan yang induk mengeram telor. Jika induk tidak mahu mengeram, aku ada lagi sepasang jawa standby untuk ditumpangkan. Alhamdulillah pasangan ini mengeram dengan elok sehingga lah menetas.


Kita tunggu tengok hasilnya nanti. Macam mana isi permainan anak - anak pasangan ini nanti. Si jantan adalah pikat Seladang Jati ada mainan Teleku & Gagap sepatah manakala si betina Kacuk Seladang Gantung suara kecik Tarik Akar & ada Selang Gagap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan