ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Khamis, 26 Oktober 2017

Laman Bkt Tangga Sintok Kedah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua yang mengikuti halaman blog Pemikat Tekukur

Hari ini aku hendak berkongsi kisah 2 bulan lepas yang mana aku telah ditugaskan untuk jaga projek di UUM Sintok Kedah. Oleh kerana aku menyewa sebuah homestay, aku bawa besama BB Sempoi untuk ajar memikat di luar kawasan. Habis waktu kerja aku bawa BB Sempoi meronda kawasan berdekatan untuk mencuba nasib.

Tarikh   : 17-07-2017
Laman  : Felda Bukit Tangga, Sintok Kedah
Pikat     : BB Sempoi
Rank     : Tangkapan ke-11
BH        : Kopi "O" Keteh-keteh

Target Suara kasar, target dengan mangsa sama-sama datang beranggar. Yang terjun hat kopi "o" ni pulak adoiii..........





Selasa, 24 Oktober 2017

BB Sempoi Tapau ke-10

Tarikh  : 02-07-2017
Lokasi : Kg Sepakat Bkt Tagar, Selangor
Pikat   : BB Sempoi
BH     : Kopi "O"
Rank   : Tapau ke-10

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sudah sekian lama aku tidak kemas kini blog Pemikat Tekukur ini dengan kisah-kisah laman. Hari ini aku curi kesempatan sedikit untuk update kisah bulan-bulan yang lalu.

Laman yang aku masuk ini sekadar ulangan untuk repeat BH Gagap 5 patah yang aku jumpa dahulu semasa melaman bersama Suhaimi Harun. Laman ini agak menarik kerana suasananya meriah cuma rasa sunyi sedikit berikutan ladang sawit yang gelap dan banyak khinzir. Pernah kawan melihat kelibat Sang Belang di kawasan berdekatan. Pada tarikh ini aku masuk ke laman bersama Mat Sempoi, dia bawa merbok & tekukur.




Khamis, 15 Jun 2017

STOK MUSIM 2018



Ini adalah antara BH yang ditangkap pertengahan 2016 serta Burung Anak 2016. Musim ni duk jaga makan minum, mandi & jemur. Belum cukup galak lagi untuk bawa mengajar tanah. Plan hujung tahun ini nak start ajar untuk main musim 2018 

Khamis, 8 Jun 2017

Rangkuman Kisah Tapau 2017



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Terima kasih buat semua pengikut setia blog Pemikat Tekukur yang tak seberapa ini. Anda semua terbaik dan sangat sporting.

Hari ini rasa sedikit kebosanan dan cuba untuk kemaskini blog ini kerana sudah lama tiada coretan hobi untuk dikongsi bersama kawan-kawan semua.

Coretan ini mengisahkan jentera baru saya selepas Pikat Kelab Golf dibaham kucing. Bagaikan hilang punca kerana Pikat Kelab Golf merupakan satu-satunya pikat buruk yang ada. BB lain ada tapi sekejap main sekejap tak main, kalau bawa melaman pun buat sakit hati sahaja.

BB baru ini adalah anak hasil reban sendiri yang mana Induk jantan pikat kawan (Mat Sempoi) & induk betina BB aku sendiri. Anak pertama tunggal bagi pada mat sempoi dan aku ambil anak 2nd batch. Anak 2nd batch dapat sepasang tapi sayang anak betina mati atas sangkar layang.

Hampir 2 tahun BB Sempoi menggalak di sangkar layang dan tahun ini aku mula ajar catok dan turun tanah.

Dibawah adalah gambar-gambar tapau bersama BB Sempoi. Masih muda dan masih baru lagi di laman, alhamdulillah tidak mengecewakan setakat hari ini.






Jumaat, 21 April 2017

Update BH Bukit Tagar

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua

Hari ini aku nak update kisah BH Bukit Tagar yang ditangkap pada JUNE 2016. Bh ni dari awal simpan pun dah mula menunjukan bakat yang boleh diketengahkan....