ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Isnin, 1 Oktober 2012

Sehari Di Parit King

Kiri Adib Jb, Kohjai Jai & Kawe
Assalamualaikum semua pembaca setia blog Pemikat-Tekukur, buat julung kalinya kawe join game memikat tekukur walaupun rasa berat nak turun padang. Kawe sebenarnya tak suka sangat join game kerana ada beberapa perkara yang memang kawe tak suka yang ada dalam setiap game memikat. Oleh kerana jemputan otai2 dan rasa semangat hendak bersama mereka kuat, kawe gagahi jua untuk turut serta.





 Lebih kurang jam 3.30am kawe bertolak dari kajang setelah ambil jaa & abe din dan berhenti minum bersama bro harry botak di hentian rehat ayer keroh dalam jam 4.30am kemudian jam 6.30am kami selamat sampai di lokasi iaitu Taman Budiman Parit Raja. Sarapan pagi telah siap disediakan dan selepas taklimat semua peserta berdesup masuk sawit. Kesian dekat seorang kawan kita dari gombak group Mat yie & ayie filem kerana awal2 pagi lagi pikat dah naik bumbung rumah. Nasib baik dapat tangkap semula.


Seharian duk berusaha untuk merebut gelaran KING akhirnya tewas dengan peserta lain yang buat tangkapan iaitu Mie Lia dari K.L sebanyak 7 ekor, 6 ekor, 5 ekor & kebanyakkan peserta lain buat tangkapan 3 ekor manakala kawe tapau 1 je. Juara merbok disandang oleh Syam Tiga Laman dari Nibong Tebal. Peserta yang buat tangkapan 2 ekor kebanyakkan dapat hadiah saguhati, kawe pulak cabutan bertuah pun tak melekat aduuuuu la kaco. Tapi tak mengapa.....otai kata kalah bermaruah hahahaha.

Gambar tak banyak sebab mood tak berapa rajin nak snap heheh. So rakan2 semua bulih la tengok senario sekitar acara Trip Parit King melalui 5-6 keping gambar yang ada ni.





 Inilah hasil tangkapan pikat kawe.....Kopi "0" jah, kalau dapat hat baik tu bulih la jugak buat pengubat duka hahaha.....ini idak. Bob kerry tau laman last tu ada BH baik.....kena pegi repeat awal ni.



Snap gambar dengan Pakar dulu sekeping, Adib JB Terkukur Selatan.


Jumaat, 28 September 2012

Anak vs Anak


Saja nak test burung anak hasil dari reban sendiri. Yang bertali kaki tu anak suap 1st batch dari sangkar 3 manakala yang dalam sangkar tu pula anak 1st batch dari sangkar no.1. Ternyata suara & game anak agak meleset dari induknya. Suara anak yang dalam sangkar tu lebih besar dari mak bapaknya. Sekarang ni dah mula rajin. Kalau dah letop2 bulih la tambat tapi buat masa sekarang belum terfikir lagi sebab nak ajar2 BB yang tengah duk galak sangkar tu.

Selasa, 25 September 2012

Pulau Carey


Ahad 23 Sept 2012 punya cerita.....
Dari minggu lepas lagi hari berganti hari namun kawe masih tiada plan nak mikat laman mana. Terasa nak main belah2 seremban tapi hati duk berat je memandangkan musim yang tak berapa bagus. Duk berchat dengan otai Kohjai dipelawanya datang Pulau Carey. Kawe pun set dengan member2, last minute satu2 duk cancel diatas sebab yang tak dapat dielakkan. Kawe pun runner la seorang diri dari Rawang ke Pulau Carey jarak lebih kurang 80km. Jam 5.30am kawe bertolak dan sampai sana lebih kurang jam 6.30am Kohjai dah stanby kt kedai makan, sembang lebih kurang terus masuk laman. 3-4 laman kami masuk dengan kehampaan......tiada sekor pun yang menjawap. Kohjai bawa ke 1 laman special....haaa kat ada la bunyi yang tak seberapa meriah.....apa2 pun pasang tetap pasang. Kesudahannya balik tanpa hasil, ini tak bermakna pikat tak main....hahaha...BH tak garang daa....2-3 ekor dh beranggar....pikat dah berdentum...BH buat derkkk jah. Adooiiiiiii.

Apa2 pun ribuan terima kasih kepada Otai Kohjai & Halim kerana sudi meluangkan masa untuk mikat bersama. Pikat depa baik2 daa......

Dari kiri Halim & Kohjai

Kecundang

Selasa, 11 September 2012

Ops Tagar 3.0

Tarikh : 11 Sept 2012 Selasa
Masa : 06.00pm
Lokasi : Bukit Tagar, Hulu Selangor
Penyertaan : Otai Lan Kicap & Kawe
Pikat : SJ Sound
Tangkapan : 1 ekor

Puncak Bukit
Assalamualaikum & salam sejahtera pada semua pengunjung setia blog kawe ni. Dah lama rasanya kawe menapau, sejak dari bulan puasa sampai hari ini. Kawe ni jarang2 jah dapat melaman, ahad lepas turun melaman pun tak menapau. Misi tekan angguk tak berhasil kerana BH langsung tak mau keluar dari sarang. Dari dulu lagi duk lagu tu jah.....burung ka apa tu.....sebab duk sebelah tokong hindu. Misi selang gagap pun tak berjaya kerana bh tu dah celir, pakai Kelab Golf langsung tak mau turun....pakai SJ mau turun tapi langsung tak masuk dekat. Aihhh melencong pulok kawe nih, ni cerita hari ni punya. Plan dengan member nak ke bkt tagar katanya pukul 4pm, masuk laman pertama langsung tak da BH....ubah laman masuk jauh kedalam....dengan naik turun bukit....masuk getah keluar sawit....masuk sawit keluar getah....1/2 jam naik motor sampai la kat satu puncak bukit ni. Pasang PIKAT TUA ada bh menyahut...kawe pun amek la port kat atas bukit kecik dalam gambar diatas. Duk sekejap bunyi sora kasar dari belakang.....haaa ada chance SJ duk sambut seruan nampaknya. SJ lambung NO GOOD bh sampai anggar....SJ buat teleku....hati BH panas oooo....zapppp terjah laman. Kakku kakak ku duk panggil kakak ke apa bh ni....ka lidah keras. pastu diam....sah ni musti dah sangkut. Tengok bh dah bawak racik....Bungkussss... Member dari jauh call, " haa dah dapat ka ? sora bulih tahan...ada gagap tu " kawe pun duk intai...mana dia ni, oooo kt hujung sana rupanya. Next time repeat lagi.....ada lagi stock yang menarik



Isnin, 3 September 2012

PERSATUAN WARISAN SENI TERKUKUR MALAYSIA

Tahniah diucapkan kepada barisan majlis tertinggi PWSTM kerana telah berjaya mendaftarkan PWSTM sebagai persatuan yang sah & berdaftar.