Memikat burung tekukur adalah permainan rakyat sejak berzaman lagi. Laman ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan mereka yang mempunyai hobi & minat memelihara serta memikat Burung Tekukur.
ALUAN
Agama Ku
Pesanan
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.”
(Muslim)
Isnin, 25 Jun 2012
Khamis, 21 Jun 2012
Suap Anak Tekukur (handfeed)
Dah lama dah.........hehe (tiru ayat Tun M masa nak pencen dulu), nak karang serba sedikit pasal bagaimana cara untuk menyuap sendiri anak burung tekukur @ merbok. Dulu masa mula - mula berjinak dengan burung tekukur & merbok ni...merata aku cari bagaimana cara yang betul. Alhamdulillah dengan bantuan kawan - kawan akhir dapat la aku handfeed beberapa ekor anak tekukur & merbok. Caranya berbeza dengan menyuap anak burung lain yang duk nganga je mulut dia...so senang la nak suap. Kalau burung tekukur & merbok ni susah skit....dia tidak nganga mulut jika lapar...hanya bunyi je cit cit cit...... Kaedahnya begini :-
1. Sediakan kain lebih kurang sebesar tapak tangan.
2. Letakkan sedikit kambu/sambau/sekoi diatas kain tadi. Seeloknya ada campuran pasir, dedak @ kalsium lagi baik.
3. Kemudian anda bungkuskan makanan tadi seperti buat bunjut sup.
4. Seterusnya tebuk satu lubang agak - agak lepas paruh anak burung masuk kedalam bunjut tadi.
5. Celupkan bunjut tadi kedalam air dan halakan lubang bunjut pada paruh anak burung.
Nak cerita panjang lebar pun hari berasa tak sedap badan nak menulis....mood flu. Layan video dari youtube ni sumbangan dari vietnam.
1. Sediakan kain lebih kurang sebesar tapak tangan.
2. Letakkan sedikit kambu/sambau/sekoi diatas kain tadi. Seeloknya ada campuran pasir, dedak @ kalsium lagi baik.
3. Kemudian anda bungkuskan makanan tadi seperti buat bunjut sup.
4. Seterusnya tebuk satu lubang agak - agak lepas paruh anak burung masuk kedalam bunjut tadi.
5. Celupkan bunjut tadi kedalam air dan halakan lubang bunjut pada paruh anak burung.
Nak cerita panjang lebar pun hari berasa tak sedap badan nak menulis....mood flu. Layan video dari youtube ni sumbangan dari vietnam.
Jumaat, 15 Jun 2012
Tambah lagi dua
![]() |
| Tanda merbok yang terlepas dulu. |
Masuk kerja pagi tadi berasa nak pasang ranjau lagi eh.....kali ni kawe pasang 2 kepala. Tengahari tadi pergi tengok ada 6 ekor merbok duk cari makan dekat kawasan larangan.....duk dalam 3 minit tengok sekor sangkut....selang seminit sekor lagi pulak sangkut manakala 4 lagi jauh skit dari zon bahaya. Pergi ambil tengok sekor tu ada tanda....tanda merbok yang kawe dapat dengan jebak dulu tapi terlepas dari ladung.
Ranjau Again
3 hari dah duk pasang ranjau.....burung merbok tak datang turun kat padang, mungkin disebabkan oleh cuaca yang agak panas seminggu dua ni. Tengah duk lepak2 kt umah lepas balik dari hantar tender INSPEN kajang tadi member call, " wey...ust. engkau pasang racik ka ? ni ha ada kena burung". Kawe pergi tengok dua ekor skali kena. Sekor bapaknya & lagi sekor anaknya. Petang tadi kawe mintak tolong member baiki jebak merbok kawe yang patah kat spring penibai. Cadangnya nak jolok naik pagi esok kejap...sebab dah seminggu duk dengar sekor suara kasar kat depan rumah ni. Hari minggu sabtu & ahad ni...member2 semua dah cucuh api...aduuuu, nak main sana la....main sinun la.....kasi panas je. Apa2 pun balik tengok anak kesayangan lagi syokkkkkkk oooooooo
Khamis, 14 Jun 2012
Santai Petang
Setiap petang....macam ni la aktiviti kawe & rakan2. Lokasi bkt beruntung Rawang hadapan rumah member je. Sambil2 santai pacak BB @ warm up pikat....tuan pulak hirup kopi panas, banyak syok weh. Dalam gambar atas tu ada 9 orang termasuk kawe....lagi 3 orang tak datang. Jika semua ada 12 orang mau penuh laman, buatnya bawa 2 ekor seorang...idak ka riuh laman....Bh pun tak berani nak singgah. Time xdak tinggal la 2-3 orang yang setia mengajar bb hahah...... Nak datang ke...silakan.
Langgan:
Catatan (Atom)







