ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Isnin, 11 Jun 2012

Pasangan Baru


Pasangan baru anak kacuk tekukur kg & jawa (jantan) pair dengan anak 1st batch dari sangkar 1 (betina). Masing2 masih muda lagi....tak tau la bila nak jadi. Ntah jadi ntah tidak.....Sepatutnya anak kacuk jawa ni di cross breed anak betina & bapak dia tapi induk asal xdapat anak betina pahtu bapak pulak cabut lari so tinggal  la anak jantan dia ni. Mungkin agak sukar la skit nak amek benih asal bapak dia sebab lepas kena tapi lagi.

Ni ha bapak dia.

Zoo Taiping




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pengikut blog ambo semua.... Asyik-asyik burung, burung, mikat, mikat tak dapat pulak tuh....pikat meragam lagi aduiii.....bawa anak bini jalan-jalan lagi segar minda haha. Kali ni lokasi pilihan ialah Zoo Taiping Perak, apa ada kat sana.....dalam kepala otak nak tengok BURUNG laaa jugak adoiiiii. Nak kata bagus tak la jugak....lagi elok Zoo Melaka dan kalau nak banding dengan Zoo Negara jauh panggang dari api. Sesiapa yang datang dari Perak, Kedah dapat diskaun tiket 50% dari harga asal RM12 untuk dewasa.

Jumaat, 8 Jun 2012

Tambah Koleksi


Semalam kebetulan ada trip kena hantar pekerja bangladesh ke Airport Klia so set dengan kawan untuk datang ke rumahnya sebab dah lama duk plan nak ambil Cockatiel jenis lutino diatas. Terima kasih pada saudara Farhan a.k.a silumanx kerana memberi kepercayaan kepada kawe untuk jaga & breed cockatiel dia. Sangkar dia dah siap cuma xdan nak masukkan je lagi. Harap2 proses breeding berjalan dengan lancar.....

8 June 2012



Hari ni siap sepenuhnya sangkar baru dia setelah beberapa ubahsuai dijalankan. Siap dengan nestbox sekali.
Tunggu apa lagi.....bertelur la hehe.....Hope.


Anak Ke-8

Update 07 June 2012

Pejam celik Nganga tutup.....dah berusia 3 minggu anak batch ke-8 ni. Ibu pun dah masuk bertelur semula so anak2 kena asingkan takot kacau ibu mengeram.



Selepas anak ke-7 dikeluarkan, induk mula bertelur tetapi xmau mengeram sebab telur kurang elok. Selang seminggu induk bertelur semula dan mengeram. Anak ni tetas pada tengahari 12 May 2012 Hari Jumaat.

Usia 2 hari

Isnin, 4 Jun 2012

Trip Penang.



Biasa lah kawe...Every 2 week kawe akan balik penang tengok anok bini. Minggu ni jalan2 ke kg. pak mertua dekat Junjung Kulim. Masuk area sana kelihatan 2-3 buah rumah bergantungan sangkar layang. Kalau kawe rajin jajah ni....mau dapat burung baik2 dgn harga yg berpatutan. Area rumah arwah mak pak mertua pun ada kedengaran BH duk bergasak....telinga panas je hehe. Masa nak balik wife ajak pergi tengok kawasan air terjun dekat2 situ....enjoy gambar ya...




Gambar diatas sebagai selingan sahaja......cerita asal kat bawah ni ha...