ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Khamis, 31 Mei 2012

Makanan Tambahan LB



Kebetulan pagi tadi ada site visit kat U.M bangsar kemudian check gaji dah masuk apa lagi, balik dari site singgah kat kedai Pusat Haiwan Tropika Selayang Baru. Cari punya cari kawe pun amek la 2-3 barang ni untuk keperluan Love Bird kawe, air vitamin untuk ayam & pil emas 10 untuk tekukur. Kira - kira abis RM20, harap-harap LB kawe sihat & cepat membiak.


Selasa, 29 Mei 2012

Ops Tagar 3.0

Tarikh : 29 May 2012 Selasa
Masa : 6.00pm - 7.00pm
Lokasi : Bkt Tagar
Misi : Training

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pembaca blog kawe ni. Sokongan & kesetiaan anda semua amat dihargai hehe. Tak puas hati pergi memikat hari minggu lepas kat Bidor tidak peroleh hasil, petang ni hajat nak pergi gasak lagi pikat yang tak macam pikat ni & sekor BB masuk sawit. Lokasi ladang sawit minggu lepas punya, sampai lokasi pasang pikat & BB....humpppppp sepatah haram xbunyi 2-2 ekor. Dasar BINATANG. Kedengaran sekor Guk 1 duk lambung guk dengan sora agak keras sket, tak lama kemudian dia tembak melayang atas pikat. Pikat menekan 2-3 patah debokkkk jatuh menguku, Hati panas je tengok pikat diam seribu bahasa, lidah kelu tak terkata. Selesai 1 round angguk nampak dah patuk2 kaki.....sah dah kena ni. Gambar menceritakan selebihnya......


Ini yang buat mudah lucut.




Jumaat, 25 Mei 2012

Petang Jumaat

Tarikh : 25 May 2012 Jumaat

2-3 hari ni tengok merbok banyak la pulak turun makan kt padang kilang tempat kawe bekerja. Buh racik sekepala......sangkut sekor


Abis je kerja lebih kurang jam 5.30pm.....isi pikat masuk catok, aihhh berasa nak ke bukit tagar la pulok. Sampai kt satu lokasi....main tepi jalan jah. Pasang pikat....nekan 2-3 patah debokkk jatuh.


Beraso nok lagi weh tempat tu....banyok sungguh burung....kawasan org xmasuk......

Ahad, 29 April 2012

Anak Red Junglefowl


Updated Feb 2012
Lama betul tak updated blog ni, sibuk dengan kerja - kerja hujung tahun dan apabila masuk awal tahun sibuk dengan kerja - kerja awal tahun pulak. Macam - macam, nak audit la apa la adoiiii...macam ni la kerja. Harini rasa nak update dibawah tajuk ni dimana anak ayam ni dah pun jadi bapak...dah banyak bawak turun anak.




Update 29 April 2012
Latihan laga dulu...........sket. Abang vs adik

Isnin, 23 April 2012

Burung Sakit Dalam Mulut

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca blog pemikat-tekukur.blogspot.com. Saya sekadar ingin berkongsi petua dengan anda semua mengenai kes burung yang terkena jangkitan dalam mulut/tekak. Penyakit ini boleh berjangkit dengan kadar yang cepat serta mengakibatkan kematian. Jika seekor yang terkena didalam reban/ladung maka kesemuanya akan berjangkit serta akan mati.

Gambar Penyakit Dalam Mulut

Minggu lepas burung tekukur saya dijangkiti penyakit ini. Pada mulanya seekor kemudian selang 2 hari kena lagi seekor. Yang mula2 kena penyakit ini tak dapat diselamatkan kerana keadaan dah teruk. Yang kedua ini dapat diselamatkan setakat hari ini. Apa yang kawe buat ialah, pertama sekali asingkan burung yang dijangkiti penyakit ini kemudian basuh/cuci bekas air minuman dan bekas makanan. Masukkan air vitamin & antibiotik kedalam bekas minuman. Burung yang kena penyakit tadi...kawe titikan setitik ubat ORAL AID @ Bounjela kedalam mulutnya, kemudian suapkan 3 biji pil LARAS HATI serta kapsul Minyak Ikan. Didalam sangkar asingan  perlu dimasukkan air vitamin & antibiotik kedalam bekas minumannya. Keesokkan harinya kawe cungkil keluar benda putih dari dalam tekak burung tersebut dan suapkan pil laras hati serta titikkan ubat ORAL AID. Kawe lakukan perkara sama setiap hari dan menukar air minumannya setiap hari. 3 hari selepas itu burung yang kena penyakit tu kelihatan beransur baik. Dalam masa yang sama kita perlu perhatikan burung2 lain yang didalam reban/ladung dikhuatiri ada yang terkena. Seeloknya keluarkan semua burung untuk bersihkan sangkar/reban. Harap2 pengalaman saya ini dapat membantu pembaca semua jika terkena.