ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Jumaat, 25 Mei 2012

Petang Jumaat

Tarikh : 25 May 2012 Jumaat

2-3 hari ni tengok merbok banyak la pulak turun makan kt padang kilang tempat kawe bekerja. Buh racik sekepala......sangkut sekor


Abis je kerja lebih kurang jam 5.30pm.....isi pikat masuk catok, aihhh berasa nak ke bukit tagar la pulok. Sampai kt satu lokasi....main tepi jalan jah. Pasang pikat....nekan 2-3 patah debokkk jatuh.


Beraso nok lagi weh tempat tu....banyok sungguh burung....kawasan org xmasuk......

Ahad, 29 April 2012

Anak Red Junglefowl


Updated Feb 2012
Lama betul tak updated blog ni, sibuk dengan kerja - kerja hujung tahun dan apabila masuk awal tahun sibuk dengan kerja - kerja awal tahun pulak. Macam - macam, nak audit la apa la adoiiii...macam ni la kerja. Harini rasa nak update dibawah tajuk ni dimana anak ayam ni dah pun jadi bapak...dah banyak bawak turun anak.




Update 29 April 2012
Latihan laga dulu...........sket. Abang vs adik

Isnin, 23 April 2012

Burung Sakit Dalam Mulut

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca blog pemikat-tekukur.blogspot.com. Saya sekadar ingin berkongsi petua dengan anda semua mengenai kes burung yang terkena jangkitan dalam mulut/tekak. Penyakit ini boleh berjangkit dengan kadar yang cepat serta mengakibatkan kematian. Jika seekor yang terkena didalam reban/ladung maka kesemuanya akan berjangkit serta akan mati.

Gambar Penyakit Dalam Mulut

Minggu lepas burung tekukur saya dijangkiti penyakit ini. Pada mulanya seekor kemudian selang 2 hari kena lagi seekor. Yang mula2 kena penyakit ini tak dapat diselamatkan kerana keadaan dah teruk. Yang kedua ini dapat diselamatkan setakat hari ini. Apa yang kawe buat ialah, pertama sekali asingkan burung yang dijangkiti penyakit ini kemudian basuh/cuci bekas air minuman dan bekas makanan. Masukkan air vitamin & antibiotik kedalam bekas minuman. Burung yang kena penyakit tadi...kawe titikan setitik ubat ORAL AID @ Bounjela kedalam mulutnya, kemudian suapkan 3 biji pil LARAS HATI serta kapsul Minyak Ikan. Didalam sangkar asingan  perlu dimasukkan air vitamin & antibiotik kedalam bekas minumannya. Keesokkan harinya kawe cungkil keluar benda putih dari dalam tekak burung tersebut dan suapkan pil laras hati serta titikkan ubat ORAL AID. Kawe lakukan perkara sama setiap hari dan menukar air minumannya setiap hari. 3 hari selepas itu burung yang kena penyakit tu kelihatan beransur baik. Dalam masa yang sama kita perlu perhatikan burung2 lain yang didalam reban/ladung dikhuatiri ada yang terkena. Seeloknya keluarkan semua burung untuk bersihkan sangkar/reban. Harap2 pengalaman saya ini dapat membantu pembaca semua jika terkena.

Selasa, 17 April 2012

1st Batch Dari Sangkar Pesum No. 2

Tarikh : 24 julai 2011 (Ahad)
Peristiwa : Generasi Pertama pesum menetas
Sangkar : No.2
Induk Betina : BB (kg) Guk 1 Suara Sedang
Induk Jantan : BL (kg) Guk 1 Tarik Akar

Induk 
Agak2 yang mana satu jantan yang mana satu betina..




Isnin, 16 April 2012

Bakal 7th Batch

Tarikh : 19 Feb 2012 (Isnin)
Peristiwa : Telor Pertama 7th Batch
Induk Jantan : BL (kg) Guk 1-2, Suara Kecil, Tekan Angguk
Induk Betina : BL (kg) Seladang Gantung, Suara Kecil, Tekan Angguk
Sangkar : No.1
Menetas : 
..........................................................................................................................

Update 16 April 2012
Induk dah mula mengawan dan duk memerap dalam sangkar. Ini bermakna anak ni dah kena asingkan.

Umur 3 minggu 4 hari