ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Jumaat, 8 Jun 2012

Tambah Koleksi


Semalam kebetulan ada trip kena hantar pekerja bangladesh ke Airport Klia so set dengan kawan untuk datang ke rumahnya sebab dah lama duk plan nak ambil Cockatiel jenis lutino diatas. Terima kasih pada saudara Farhan a.k.a silumanx kerana memberi kepercayaan kepada kawe untuk jaga & breed cockatiel dia. Sangkar dia dah siap cuma xdan nak masukkan je lagi. Harap2 proses breeding berjalan dengan lancar.....

8 June 2012



Hari ni siap sepenuhnya sangkar baru dia setelah beberapa ubahsuai dijalankan. Siap dengan nestbox sekali.
Tunggu apa lagi.....bertelur la hehe.....Hope.


Anak Ke-8

Update 07 June 2012

Pejam celik Nganga tutup.....dah berusia 3 minggu anak batch ke-8 ni. Ibu pun dah masuk bertelur semula so anak2 kena asingkan takot kacau ibu mengeram.



Selepas anak ke-7 dikeluarkan, induk mula bertelur tetapi xmau mengeram sebab telur kurang elok. Selang seminggu induk bertelur semula dan mengeram. Anak ni tetas pada tengahari 12 May 2012 Hari Jumaat.

Usia 2 hari

Isnin, 4 Jun 2012

Trip Penang.



Biasa lah kawe...Every 2 week kawe akan balik penang tengok anok bini. Minggu ni jalan2 ke kg. pak mertua dekat Junjung Kulim. Masuk area sana kelihatan 2-3 buah rumah bergantungan sangkar layang. Kalau kawe rajin jajah ni....mau dapat burung baik2 dgn harga yg berpatutan. Area rumah arwah mak pak mertua pun ada kedengaran BH duk bergasak....telinga panas je hehe. Masa nak balik wife ajak pergi tengok kawasan air terjun dekat2 situ....enjoy gambar ya...




Gambar diatas sebagai selingan sahaja......cerita asal kat bawah ni ha...

Jumaat, 1 Jun 2012

Ranjau Lagi




Fault pun fault la....janji tapau. Sekarang ni musim merbok tengah banyak turun makan kat padang tempat kawe kerja, apa lagi....buh racik ranjau la. 2-3 hari lepas dah tapau sekor, tengahari semalam tapau lagi sekor. Nasib baik kawe cepat tengok sebab racik duk jerut kepala.....kalu tak dapat dosa kering kawe aduuui. Nampak gaya macam burung muda lagi nih.


Khamis, 31 Mei 2012

Makanan Tambahan LB



Kebetulan pagi tadi ada site visit kat U.M bangsar kemudian check gaji dah masuk apa lagi, balik dari site singgah kat kedai Pusat Haiwan Tropika Selayang Baru. Cari punya cari kawe pun amek la 2-3 barang ni untuk keperluan Love Bird kawe, air vitamin untuk ayam & pil emas 10 untuk tekukur. Kira - kira abis RM20, harap-harap LB kawe sihat & cepat membiak.