ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Khamis, 18 Jun 2015

Pemikat burung maut ditembak

Sumber dari malaysiakini

(Gambar Hiasan)


Seorang lelaki yang dikatakan sedang memikat burung berhampiran sungai di Kampung Turus, Guar Perahu di Bukit Mertajam, maut selepas ditembak malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Hamzah Man, 40, mati selepas tembakan berkenaan mengenai rusuk kanan dan dadanya.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata setakat ini, polis belum mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

"Kami hanya dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa mangsa mati di Hospital Bukit Mertajam ketika dirawat pada pukul 9.55 malam.

"Siasatan awal dipercayai mangsa berada di kawasan tepi sungai itu untuk memikat burung sebelum ditembak," katanya ketika dihubungi Bernama.

Rusli berkata polis masih menyiasat punca sebenar kejadian.

Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sidam Kiri, Kedah itu dikatakan sering memikat burung di kawasan sungai di Kampung Turus itu.

Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan