ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Sabtu, 22 Disember 2012

Warm Up Pikat

Pada mulanya nak warm up je pikat kt padang kilang tempat kawe kerja ni. Sekali pergi tengok ada 4 ekor duk berentap.....pasang terus gelungan - gelungan dupon. Masa pasang pikat berhambur habis lari  4 ekor tadi. 5 minit lepas pacak zapppp turun sekor. Angguk - angguk 2-3 round tersangkut gelungan-gelungan dupon tadi. Selamat......................tapau...




Rabu, 5 Disember 2012

Another Step To Become Decoy



Dah 2-3 hari pasang pikat BH tak mau terjah, duk sebelah jebak je. Pagi tadi kawe pasang BB anak ni pulak, tengok lepas lunch tadi xdak hasil lagi.....pukul 3 keluar jenguk dah tergantung. Inilah hasil ke-2 BB anak ni. Ada lagi beberapa ekor yang bervokal kasar untuk ditapau. Misi masih diteruskan.

Selasa, 4 Disember 2012

Vitamin Burung

Kiri CalciBoost & Easy Bird Super Breeder
Ini dia formula baik punya dari kawan aku si Ferhan. Kalu nak cari dalam pasaran tempatan memang payah nak jumpa. CalciBoost ni adalah kalsium dalam bentuk serbuk untuk dicampur bersama dengan makanan burung. Easy Bird Super Breeder pula ialah formula untuk menambahkan kesihatan & stamina terutamanya untuk proses pembiakkan. Untuk tujuan bukan pembiakkan pun boleh pakai juga dan hasil amat memuaskan untuk burung tanding serta untuk buat pikat. Sehingga hari ini kawe belum jumpa lagi kat mana - mana kedai yang ada jual benda ni. Terima kasih pada ferhan dan kita lihat hasil dari formula ni.

Rabu, 28 November 2012

Trip Timah Tasoh


Pertandingan memikat burung merbok kampung anjuran Jabatan Perlancongan Negeri Perlis yang diadakan di Tasik Timah Tasoh pada 24 Nov yang lepas. Seramai 28 peserta dari seluruh semenanjung datang beradu kehandalan pikat masing-masing. Acara berlangsung setengah hari sahaja memandang hari hujan selepas tengahari sampai ke petang. Juara disandang oleh saudara Mutalib dengan tangkapan 2 ekor manakala 6 lagi  peserta dengan tangkapan 1 ekor sahaja. Boleh dikatakan kesemua peserta dapat hadiah cabutan bertuah kerana hadiah yang disediakan amat banyak. Grand bonanza sebuah Tv LCD 32" disapu oleh saudara sirian maliwan. Tahniah pada orang kuat perlis iaitu cikgu jat, cikgu shukri & otai sayuti serta pak lang sangkar kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan event ni. Dengar khabar Februari 2013 akan diadakan lagi sekali setelah mendapat green light dari pengarah jab perlancongan. Untuk next trip akan ditambah acara memikat tekukur. Get ready guyyysssss

Projek Love Bird

Update 27 Nov 2012

2 minggu 

3 minggu
2 batch yang sebelum ni umur tak panjang, batch kali ni pun telor ada 6, tetas 4, hidup 3 sahaja. Itu pun nampak mcm ada kesan2 bulu anak rosak xtau sebab apa so kawe pun ambil untuk handfeed dengan harapan anak ni selamat serta induk boleh bertelor semula. Next projek adalah Cockatiel pulak.