Tarikh : 24 Mac 2012 Sabtu ( 1 Jamadil Awal 1433h )
Waktu : 6.40 pm
Lokasi : Jerat Cina Rawang
Pikat : BB Kelab Golf
Tangkapan : Ke-8
Spec BH : Seladang Gantung, Suara Sedang, Tarik Akar sikit, Banyak angguk & Angguk Anggar
Lepas kerja amek BB menuju ke bukit beruntung nak warm up utk mikat esok. Sampai separuh jalan hujan menitik pulak dah....pusing balik hala ke jerat cina. Sampai sana park tempat biasa....Hmmmm dh lama aku tak kemari. Pasang burung duk lepak dengar ada yang luar biasa sikit....Taiko la kononnya kot.....Alang2 baik aku g buh racik.....tunggu punya tunggu akhirnya mau jugak dia jenguk BB aku...mana bulih tahan dengar pujuk rayu BB kawe haha....zappppp jatuh depan BB. Tak mau masuk laman ya....pusing sana pusing sini masuk jugak laman.....Skill racik kawe special skit....kalu BH masuk laman paling cepat 2 langkah je termenung la dia....
Layan gambar la....x larat nak menaip
Memikat burung tekukur adalah permainan rakyat sejak berzaman lagi. Laman ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan mereka yang mempunyai hobi & minat memelihara serta memikat Burung Tekukur.
ALUAN
Agama Ku

Pesanan
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.”
(Muslim)
Sabtu, 24 Mac 2012
Selasa, 20 Mac 2012
2nd batch dari sangkar no. 3
Tarikh : 29 Ogos 2011 (Isnin)
Peristiwa : Generasi Ke-2 pesum menetas
Sangkar : No.3
Peristiwa : Generasi Ke-2 pesum menetas
Sangkar : No.3
Update 20 Mac 2012
Usia sekarang 7 bulan, adik dia (betina) dah lama masuk ladung. Cukup setahun akan masuk rekrut dalam Kem (ladung) untuk latih belaga.
Fizikal ikut ibu & peranagai ikut bapak |
Isnin, 19 Mac 2012
2nd batch dari sangkar no. 2
Tarikh : 27 Sept 2011 (Selasa)
Peristiwa : Generasi ke-2 pesum menetas
Sangkar : No.2
Halaman Blog : http://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/07/1st-batch-dari-sangkar-pesum-no-2.html
..........................................................................................................................................................
Update 19 Mac 2012
Warna bulu berlainan sedikit dari 1st batch dan lain dari induk. Warna kekuningan sedikit ala2 Tembaga Besar. Apa2 kena tengok lepas dia meluruh / salin bulu. Sangkar baru dah ready untuk pindahkan dia. Sepatutnya manik dah penuh dah.....hummmm

6 Bulan |
Jumaat, 16 Mac 2012
1st Batch Dari Sangkar Pesum No. 3
Tarikh : 11 Julai 2011 (Isnin)
Peristiwa : Generasi Pertama pesum menetas
Sangkar : No.3
Induk Betina : BL (kg) Guk 1 Suara Sedang
Induk Jantan : BL (kg) Guk 1-2 (banyak 1) Suara Sedang
............................................................................................................
Update 16 Mac 2012
Pejam celik - pejam celik dah 8 bulan pun umur anak burung ni, jika kat hutan dah jadi bapak dah. Genap Setahun masuk rekrut dalam ladung untuk tempoh 3 - 4 bulan dan kemudian ikat sangkar layang.

8 Bulan 2 Minggu |
Selasa, 13 Mac 2012
Melaman Di Port Dickson
Memikat tekukur bulih lepaskan tension (bagi yang minat). Kadang2 ada juga aktiviti lain yang perlu diselitkan setahun sekali untuk more release tension. Asyik duk melaman dalam kebun sawit jer.....trip ni kawe enjoy dengan isteri & anak serta rakan2 kerja dalam company event iaitu Family Day MISB 2012 yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di Port Dickson. Banyak aktiviti2 yang menarik, suka ria & menghiburkankan hati. Sebelum kawe snap la pic sikit2 sebagai kenangan. Pic aktiviti belum siap lagi dari photographer.
Langgan:
Catatan (Atom)