ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Jumaat, 9 November 2012

Tambah Koleksi


Kebetulan ada tawaran yang amat berpatutan tanpa melengahkan masa aku book terus 1 pair. Merata la jugak mencari duit nak pergi ambil stok ni hehe takut disambar orang je. Bila bawa balik rumah kawe masukkan kedalam sangkar tiel yang lutino tu. Cockatiel yang dulu tu dua-dua jantan manakala yang baru ini sepasang. Keesokkan harinya aku tengok yang betina ni duk beromen dengan salah seekor lutino yang lama. Hummm harap2 menjadi la projek breeding spesis ni. Yang betina pair baru ni jenis Pied Pearl (kanan) manakala jantannya Normal Grey (kiri).

Selasa, 6 November 2012

Merbok Handfeed


Anak merbok ni ambil dari sarang dalam kawasan kilang tempat kawe kerja. Ada la 1 port ni yang selalu jadi tumpuan merbok - merbok liar untuk bersarang. Kali ini memang sudah dikenal pasti induknya, bapaknya suara kasar & banyak derak. Memang dah plan dari awal nak ambil handfeed & kebetulan pada suatu hari tu ada gagak sambar sarang merbok. Setelah buat tinjauan didapati anak merbok ni ada sekor sahaja jatuh dibawah pokok dan kawe beranggapan seekor lagi sudah jadi mangsa gagak tadi. Pada sebelah petangnya induk datang ke sarang dan nampak kelibat seekor lagi anak, apa lagi terus tangkap. Pada mulanya anak merbok ni tak mahu makan bila disua bunjut kambu jadi terpaksa la suap secara paksa. Selepas 2-3 hari suap paksa baru la dia mula nak makan secara elok melalui bunjut kambu. Seminggu kemudian anak merbok ni dah mula belajar makan sendiri. Harapan 2013 sekiranya umur panjang hehe...

Rabu, 31 Oktober 2012

Habuan Sulong


"Sambil menyelam minum air" ungkapan melayu kita, sebelum masuk kerja pagi tadi pasang la bb ni kat tepi kilang tempat kerja. 2-3 hari kebelakangan ni nampak bh merbok duk galak semacam je...so ni la time elok nak ngajar. Kawasan yang dikenal pasti tentunya kawasan bh hat sora baguih2, duk mundar mandir ronda tengok2 after lunch tertapau dah sekor. Yang ni tak tau la dapat hat mana. Kira sisik kaki ada 35 keping, apa rahsia tak tau la aduu la kaco. Apa2 pun simpan je la. BH idaman masih dalam usaha hehe. 

Isnin, 22 Oktober 2012

Koleksi Baru


Masa pergi kem kat kebun bos aku aritu...nampak la 2 ekor ni kat tepi rumah pekerja kebun dia. Pasangan dia dah macam togel dah jadi aku pun plan la nak mintak dari bos aku. Pada malamnya aku jumpa dengan dan nyatakan hasrat untuk ambil jaga burung ni. Dulu burung duk dalam aviary yang besar dan setelah dia jadi macam ni...diorang ambil masuk dalam sangkar kecik ni pulak.

Burung ni namanya CONGO AFRICAN GREY ( CAG ), seekor kebiasaannya orang duk jual rm3000. Anak dia pun orang jual rate rm1500 - rm2000. So sekarang ni cag ni ada dalam jagaan aku & harap - harap ianya kembali pulih serta membiak dengan baik lepas ni. Pasangan dia ni jadi lagu ni disebabkan stress & kebanyakkan spesis ni selalu jadi gini, suka cabut bulu sendiri. Setelah minta pindapat dari beberapa pihak & rujuk dari sumber2 internet akhirnya jumpa jugak cara penyelesaiannya. Harap2 berhasil.

Tekukur " Lawan Tetap Lawan"

Selasa, 16 Oktober 2012

Kem Santai Bermotivasi



Sabtu - 13 oktober 2012, Kelab sukan tempat aku bekerja diseru oleh managing director untuk mengadakan satu kem motivasi di resort kepunyaannya. Resort tersebut terletak di Kalumpang Hulu Selangor. Didalam resort bos aku ni ada rusa, kambing serta banyak spesis burung kakak tua & ada satu reban penuh dengan terkukur. Resort ini juga ada 3 kolam ikan yang dalamnya ada spesis talapia, baung, puyu dan kolam khas untuk pembiakkan kelisa. Resort ni ada beberapa rumah penginapan untuk menjalankan aktiviti - aktiviti riadah atau untuk persinggahan.



Tinggal sekejap urusan mikat hehehe....release tension dengan join kem ni ada baiknya jugak. Lepak santai dengan kawan2 sekerja, bergelak ketawa & bermacam - macam cerita ada. Pada keesokkan harinya kami semua meredah arus anak sungai dan rasa malas nak taip mula terasa hahaha...tengok gambar je la ya.



So kepada sesiapa yang berminat untuk cuba resort ni....call la sy ya...