ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.”
(Muslim)


Isnin, 9 Januari 2012

Hasil BB Subang

Anwar Bebas - BB MISB dapat lesen baru

Update 9 januari 2012


Kali Ke-6 turun laman

..........................................................................................................................


Burung ni dapat dengan BB Subang, tangkap dekat2 rumah je pakai jebak. Tangkap terus tambat dan hari kedua dah berbunyi. Ajar catok pun tak payah, sua pintu catok terus masuk dan keluar catok pun elok saja. Burung ni dapat pada 27 Sep 2011 kira - kira 4 bulan yang lepas. Harap boleh wat main tahun depan.

Koleksi Baru

Gambar ehsan dari owner asal

Rabu, 28 Disember 2011

Peluang Yang Ada

BH Muda
Tengah hari tadi (28/12/2011) admin office mintak tolong hantarkan invoice ke putrajaya. Tengok cuaca cerah je dan duk fikir2 kalau balik nanti confirm dah lewat. Alang2 bawak je la BB buat jalan2. Selesai kerja terus balik, sampai bukit beruntung jam 5.30pm call basri ajak buka kelas. Sampai di lokasi masing pasang anak didik, BB kawe langsung xbunyi mungkin pening kepala sebab 5 jam duk dalam kereta. Dipendekkan cerita, banyak adegan menarik antara BH dengan BB basri, 2 vs 1 bersilih ganti. Kemudian datang pula 2 ekor BH anak muda tak pasal2 sangkut racik. BH tu kawe ambil bawa balik rumah sebab kat laman tu BH sora kasar2, besar kemungkinan tu anak2 puak2 tu.

Selasa, 27 Disember 2011

Mandi

Ibu sangkar no.1
Lepas mengeram induk betina suka mandi dan berendam dalam air. Lagi pun hari cuaca agak panas dan kawe tengok induk ni duk kat tepi bekas minum je. Jadi kawe masukkan sebekas air kedalam sangkar dan lihat bukan main lagi seronok dia berendam.

PUNAH

Anak Mati
Setelah Induk sangkar no.2 tinggal telor, kawe tumpangkan telor pada induk sangkar no.1 yang sedang mengeram. Selang beberapa jam telor induk sangkar no.1 menetas dan hari berikutnya telor tumpang menetas. Hari ini tengok anak telor tumpang dah mati, mungkin induk tak bagi makan. Halau ibu keluar dari sarang tengok telor tumpang sebiji lagi dah ditebuk anak tapi anak mati didalam telor tak sempat keluar ataupun ditebuk oleh induk sangkar no. 1 tu. Nampak gayanya lepas kena ikhtiar dapatkan sepasang tekukur jawa untuk buat ibu tumpang.


kiri telor tumpang, kanan telor induk asal tak menetas