ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Jumaat, 19 Ogos 2011

Mikat Ladang Kelapa Bukit Tagar



Kebetulan ada cuti sempena Hari Nuzul Quran, Kawe pun ambil kesempatan untuk mengajar BB Kelab Golf dan BB Pesum MK mikat. Rancangan awal nak mikat area Bukit Tarik S.K.C Bukit Beruntung kemudian kawan2 ubah fikiran nak mikat Ladang Kelapa Bukit Tagar kerana dah lama xmikat situ.

Dalam bulan puasa pun kawe gagahi jugak kerana bukan selalu ada masa free untuk bawak BB mikat. Sampai ladang suasa sepi memandangkan malam sebelumnya hujan dan cuaca pun agak suran & sejuk. Pusing2 dalam ladang lebih kurang 15 minit hari mula pecah panas dan tekukur mula berdendang. Masing2 cari laman ikut target yang dirasakan berkenan. Kawe pacak BB Pesum MK, pada mulanya dia takut nak keluar dari cetok tetapi kena desak skit baru lah dia keluar. Sepatah pun xberbunyi, BB Kelab Golf duk menekan dalam cetok yang mengundang kehadiran BH. Ambil keputusan untuk tukar BB kemudian BB Kelab Golf buat kerja dengan baik. Pagi itu 4 laman sahaja kawe main, BH susah nak turun dan kebanyakkannya duk menunggu sarang. Ada 2-3 ekor yang berkenan.....nanti repeat lepas Raya.

Isnin, 15 Ogos 2011

Barisan Skuad Muda

Ahli baru PWSTM 

Skuad Muda 
Barisan skuad muda ini akan dimasukan kedalam akedemi untuk menjalani rekrut dan latihan sebagai persiapan awal misi gempur 2012.

Isnin, 25 Julai 2011

BB Pesum MK


Nama    : MK (sempena pemberian kawan dari MK Bkt Beruntung)
Usia      : 2 tahun (Dis 2011)
Tarikh ambil : 5/9/11
Bunyi    : Seladang Gantung (banyak seladang), Suara sedang
Fizikal   : Berbadan Kecil, Roma sedikit kemerahan
Status    : Burung Baru (sudah diajar tapi belum belum dibawa memikat)
Update  : 8 Oktober 2011











BB Pesum ni pemberian kawan (ayie mk ), berusia 1 tahun lebih, mmg rajin deguk, menekan & angguk cuma badan je kecik. Anak pesum kg + kg ni dah sebulan (sejak 5/9/11) dalam simpanan kawe dan prestasi semasanya seperti berikut :-

Hari pertama duk ajar masuk & duk dalam cetok dari 8pm - 8am (12 jam) Berdeguk + menekan diwaktu pagi. Begitu juga hari ke-2.
Hari ke-3 terus bawak turun tanah, tak berbunyi tetapi tak menggelupur. Berjalan2 kat laman.
Hari ke-4 turun laman berdeguk + menekan
Hari ke-5 turun laman Bh datang lawan angguk kat laman ( Bh xmasuk pukul )
Hari ke-6 turun laman berdeguk + menekan





Update 10.11.11
Sudah 2 bulan BB ni buat perangai. Tak mahu bunyi di laman manakala di rumah bukan main lagi rajin berdeguk memerap menguku. Buntu dah tak tahu nak buat macam mana. Nak reject kan, BB ni pemberian kawan..nampaknya kena hantar balik la....aduiiii

Trip Mikat Ulu Bernam

Tarikh : 24 Julai 2011 Ahad 
Lokasi : Ulu Bernam (Sempadan Perak-Selangor) masuk ikut seri keledang
Turut Bersama : Jamen, Basri & Ali 
Hasil Tangkapan : 4 

Kawasan yang sangat luas, Tekukur mmg banyak. Kawe dapat tapau sekor sahaja, tangkapan ke-5 BB Kelab Golf 






Selasa, 19 Julai 2011

Tangkapan Ke-4

Tarikh : 19 Julai 2011 Selasa 6:00 pm
Lokasi : Kebun Limau Sg Choh
Pikat : BB Kelab Golf




Namun bukan BH ni yang diimpikan..... nantikan kesinambungan kisah ini hehe. Ada 2 ekor menunggu dibawa pulang