Tarikh : 30-07-2017
Laman : Nat Pokok Getah, Pauh Perlis
Pikat : BB Sempoi
Rank : Tangkapan ke-12
BH : Suara Sedang, Angguk Lebat (kaki belah rotan penuh)
Teringat masa berulang alik ke perlis 3 tahun yang lalu, setiap ahad aku akan ke NAT Pokok Getah di Pauh Perlis untuk beli baju bundle dan makanan. Aku ambil kesempatan masa jaga projek UUM waktu ini untuk ke NAT untuk sarapan pagi. Kebetulan pagi itu hujan dan selepas hujan aku pun ke taman sebelah NAT untuk test BH yang kelihatan melambung lambung selepas hujan. 5 minit setelah pasang BB Sempoi, BH datang menyahut cabaran. Lebih kurang 5 minit beradu suara dari atas bumbung rumah kedai hari mula bergerimis. Aku biarkan sahaja BB Sempoi di laman dengan harapan "TAPAU". Zaaaaasssssss BH turun lawan angguk dengan BB Sempoi, 3 pusingan jugak lawan angguk tapi tidak sangkut racik dan sempat berlaga. Hujan sudah mula turun dan mujur kelihatan BH sudah tarik kaki menunjukkan terkena racik.
Gambar di bawah ini pulak kisah aku melaman di kawasan kebun getah muda dekat sempadan, area bukit tangga juga lah. Kebetulan terserempak dengan otai bukit tangga yang memperkenalkan dirinya dengan panggilan "Pak Su". Otai ni bawa BB Merbok, bulih tahan juga galaknya BB Pak Su ni. Dia cuba dapatkan BH suara kasar kawasan tu. Hari itu dapat tapau betina suara kasar, angan - angan aku dapat bawa balik BH suara kasar tu adoiiii....sekali datang sepasang dan yang masuk rapun betina pulak