Plan untuk repeat BH target minggu lepas berjalan seperti yang dirancang. Kali ini ayie mk tidak dapat bersama kerana ada urusan keluarga. Sehari sebelumnya aku menghubungi otai Mat Nor subang kerana sudah lama tidak melaman bersama. Seperti kebiasaan trip memikat, berkumpul di restoran untuk sarapan dahulu kemudian bergerak ke laman. Aku dan member terus ke laman yang dirancang, agak jauh masuk ke dalam dari jalan utama. Cuaca agak baik yang masih berembun besar kemungkin suasana akan meriah dan boleh melaman sampai tengahari.
Pendekan cerita, pikat aku berjaya menurunkan BH target ke laman setelah 2 jam menunggu namun tersangat kecewa kerana BH terlucut racik. Frust ...............
Kami masuk ke dalam sedikit pindah mencari laman baru. Terjumpa laman yang boleh tahan meriahnya. Aku turunkan mesin dengan harapan hendak menewaskan SG suara keras sedang atas. Garang sungguh Bh ni, tidak sampai 5 minit dia sampai dan terus turun laman. berdebar - debar hati tengok BH gasak pikat, berterabur bulu tapi masih belum kena racik. Kebetulan member melalui lorong sebelah BH pun terbang lari. Aku angkat pikat dan member pasang pikat dia dan penyudahnya BH tadi TEWAS.
Masih ada lagi 2-3 ekor BH yang sedap didengar yang boleh dicuba untuk masa akan datang.