Ahad cuti bini aku ajak pergi MAHA, Isnin cuti melepak kat rumah....Selasa cuti aku minta bini hantar anak ke pengasuh dan boleh la aku pegi memikat. Alhamdulillah cuaca nampak cantik untuk aku lepaskan gian lama tak memikat. Aku malas nak menaip dalam mood kerja banyak ni, so aku buat dalam bentuk dibawah ni je. Semoga terhibur
KRONOLOGI
07:30am - Bergerak dari rumah (Ukay Perdana)
08:00am - Singgah sarapan roti canai telur & Teh Tarik di kedai balai penghulu Ulu Klang
09:30am - Tiba di markas simpanan SENJATA
10:00am - Bergerak ke lokasi (gerak hati nak ke Bukit Tagar)
10:30am - Tiba di Bkt Tagar, Laman pertama selepas tol bkt tagar. Pacak 10 minit BH Teh ''O" sejuk tak datang jenguk.
10:45am - Bergerak ke laman ke-2 (sunyi sepi), Laman ke-3 pacak pikat 5 minit BH lari hilang ntah kemana
11:00am - Keluar ke lokasi berikutnya iaitu jalan pasir. Laman ke-4 pun sunyi sepi
11:30am - Masuk laman ke-4 kedengaran seekor BH Guk 2 bersuara kecik dengan permainan tekan angguk. Garang bukan main, menguku sana sini mengejar BH lain. Pasang Tiram Buruk lebih kurang 5 minit target datang dekat lawan menekan. Tak sampai 15 minit pasang Tiram Buruk BH Target terjun ke laman terus menguku 2 round terjerut racik.
11:45am : TAPAU
12:00pm - 12:30pm - Bergerak ke laman 5, 6 & 7 semua sunyi sepi. Terus bergerak balik
Terima Kasih pada semua pengikut setia Blog Pemikat Tekukur