ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Isnin, 27 Jun 2016

1st Batch Baka Pikat SJ + SG

Setelah proses suai kenal pasangan Pikat SJ dengan Betina Kacuk SG nampak positif ianya membuahkan hasil yang pertama tetapi induk tinggalkan telor (tidak mengeram). Aku pun tidak pasti apa masalahnya, setahu aku si jantan memang jenis yang tidak mengeram. Aku ambil telor tersebut tumpangkan pada pasangan tekukur jawa. Nasib baik pasangan tekukur jawa tu eram telor dengan baik sehingga menetas.


Pasangan SJ dan SG kembali bertelor selang seminggu selepas pasangan itu tinggal telor yang kali pertama tadi. Setiap hari aku pantau perkembangan pasangan ini hendak pastikan yang induk mengeram telor. Jika induk tidak mahu mengeram, aku ada lagi sepasang jawa standby untuk ditumpangkan. Alhamdulillah pasangan ini mengeram dengan elok sehingga lah menetas.


Kita tunggu tengok hasilnya nanti. Macam mana isi permainan anak - anak pasangan ini nanti. Si jantan adalah pikat Seladang Jati ada mainan Teleku & Gagap sepatah manakala si betina Kacuk Seladang Gantung suara kecik Tarik Akar & ada Selang Gagap.

Jumaat, 24 Jun 2016

22062016 Bukit Tagar by TIRAM BURUK




Cuti hari Nuzul Quran aku menafaatkan belah paginya dengan tujuan untuk repeat laman minggu lepas iaitu laman BH suara kasar dengan laman gagap 5 patah.

Setting dengan kawan (jamen) pun dah last minute, dia pun tiada plan nak ke laman mana just follow aku sahaja nak ke mana pun. Kami gerak ke laman pun dah lewat sikit dan setiba di laman BH suara kasar tiada kedengaran bunyi BH tu cuma ada 2 - 3 ekor bh bunyi ala kadar.

Kami bergerak kehadapan sedikit terdengar bunyi BH sedang berdeguk, Guk 1 dan suara pun boleh tahan tingginya. Kami berpecah perlahan lahan berjalan menghimpit anggar BH tadi, setiba dekat dengan anggar bh tadi pula melambung ke laman lain. Aku patah balik ke tempat letak motosikal kedengaran bh tadi berdeguk di kawasan itu. Aku turunkan KELAB GOLF dan jauh sebelah kiri aku turunkan TIRAM BURUK. BB Kelab Golf buat kerja seperti biasa dan bh tadi pun melambung sana sini mencari lawannya. Nampak gayanya susah nak tapau kerana bh tadi tidak mahu datang mengadap Kelab Golf cuma datang beranggar jauh. Kemungkinan sibuk membuat sarang kerana aku nampak kelibat betina dan bh tu pun memerap dekat betina.

Tiram Buruk di turunkan kerana hendak mencuba sedut SJ di sebelah sana. Bh SJ datang beranggar dan disambut baik oleh Tiram Buruk (good job), kemudian tetiba datang seekor lagi dari belakang aku hinggap atas pelepah sawit atas kepala aku. Memekik dia dekat atas tu menyahut si Tiram Buruk, terdetik dalam hati aku dengan harapan supaya bh ni masuk ke laman Tiram Buruk. Suara A+ (kasar & tinggi) sedap didengar.

Dari satu pokok ke satu pokok bh menyelusup menuju ke Tiram Buruk. Bh ni turun dengan penuh gaya ke laman Tiram Buruk dari 5 pokok sawit. Berlari sambil menguku masuk laman terus tersadong....Alhamdulillah. Harini aku beli sangkar layang baru untuk dia hehe

Next time nak repeat BH yang di laman KELAB GOLF. Aku berpuas hati dengan prestasi KELAB GOLF walaupun tidak berjaya menurunkan bh tu.

Isnin, 6 Jun 2016

Bukit Tagar 05062016 by K.G

Perangcangan awal hendak ke Jengka bersama Hairi Spark & abang Mat Nor Subang tetapi terpaksa dibatalkan kerana ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Aku berhubung dengan abang Lan Kicap Bakawali dan dia mengatakan hendak ke bukit tagar. Seperti biasa aku selalu kelewatan dan aku sms abang Lan yang aku tunggu di luar dan akhirnya kami tidak ke bukit tagar bersama kerana handphone dia tinggal di rumah.

Kebetulan pula Suhaimie balas sms aku yang dia pun nak ikut bersama dan kami pun berdua menuju ke laman target dia. Total tangkapan aku 3 dan suhaime 1



Laman pertama suhaime ada seekor BH suara sedang tinggi menekan tarik akar. Kami masing - masing pasang pikat namun tidak berjaya ditewaskan setelah 2 jam menunggu. Kedengaran seekor BH bersuara kasar tetapi apabila kami himpit BH tu hilang pula. Terus mark laman untuk repeat 2 ekor tadi dilain hari.

Kami masuk ke laman seterusnya, suhaimie nak cuba reward suara kasar yang pernah dia cuba sebelum ini dan aku masuk ke dalam sedikit untuk mencari target baru. Kedengaran bunyi BH menekan suara kasar kendur tanpa melengahkan masa aku terus menurunkan BB Kelab Golf. Laman tanah gambut dan lembut merisaukan sedikit. Kelab Golf menekan 5-6 patah BH sampai namu BH yang lain datang bersuara sedang atas. BH sampai anggar menekan 3-4 patah terus terjun laman, mengangguk 2-3 round terus bungkus.






Laman berikutnya kedengaran BH berdeguk suara sedang (seladang gantung) dan aku terus himpit bawa turun Kelab Golf. Mesin aku buat kerja dengan baik memerap dan dibalas dengan BH tadi, rupanya - rupanya bulih tahan juga bila BH tadi menekan tarik akar dan disambut dengan 2-3 ekor BH yang lain. Bulih tahan juga BH yang lain dengan suaranya kasar tinggi - guk dia jelas dan menekan pun keras. 5 minit berlalu namun BH tidak juga datang dekat dengan laman pikat, masing - masing melambung sana sini atas kelab golf. Hati K.G dah panas menekan rapat sikit dengan selang kuku BH pun sampai. Angguk pun bulih tahan juga BH yang turun ke laman K.G penyudahnya tewas.




Aku cepat - cepat pergi ambih BH dan pasang racik baru di laman yang sama kerana hendakkan yang seekor lagi. Seekor lagi ini memang "A" di telinga aku. Tidak lama mesin aku buat kerja BH itu pun sampai dan turun laman. Permainan pun bermula dengan asakan angguknya dan berlaku pergelutan yang hebat dan mendebarkan. Syukur mesin aku boleh bertahan dan berbalas gasakan BH dan yang menghairan aku adalah BH masih bebas tidak tersangkut racik. Sudah puas berlaga BH tadi naik pergi gasak seekor lagi BH yang lain yang ada gagap 5 patah (dalam hati aku "habis melepas"). Aku pergi tambah lagi satu set racik sebelah belakang Kelab Golf. Sesudah habis bergasak dengan BH gagap 5 patah tu dia patah balik balas dendam pada Kelab Golf. Kali ini dia angguk 1 round sahaja dah tewas dan yang aku peliknya dia tersangkut set racik depan yang tidak kena masa dia bergasak round mula - mula tadi. Syukur dapat juga dan aku nak tengok perkembangannya berapa lama dia nak jadi steady seperti di hutan