ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Jumaat, 6 Mei 2016

SKC Hulu Selangor 24042016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penulisan ini merupakan siaran tertunda berikutan kesibukan saya dalam hal - hal kerja dan komitmen yang lain. Sejak dari bulan mac lagi saya mengikuti siri - siri kursus setiap minggu dan akan berakhir penghujung mei ini.

Trip melaman kali ini yang hendak saya kongsikan bersama pengikut setia blog saya adalah trip ke SKC Hulu Selangor. Mungkin ada diantara pembaca yang mengatahui dan pernah ke sana. Perangcangan awal nak mencuba tewaskan BH Target SJ suara kasar di laman Bukit Minyak (bukit tagar) namun sahabat sehobi tukar haluan ke SKC. Setiba di lokasi kedengaran keriuhan bunyi tekukur, ,mungkin disebabkan hujan pada hari sebelumnya. Kami berpecah untuk menghimpit seekor BH yang sedap ditelinga mendengar suara dan mainannya.

 Laman pertama dapat seekor tetapi bukan BH yang dihimpit tadi, BH lain yang datang menduga. Suara BH ini ok la.. mainan pun boleh tahan ada selang angguk dan gagap sepatah di permulaan.




Dalam masa yang sama kedengaran bunyi BH SJ berdeguk dan melambung kesana sini. Setelah selesai laman pertama teringin nak mencuba SJ tu. Luas kawasan jajahannya, tak larat nak menghimpit akhirnya pacak BB di kawasan yang agak terang di atas tempat tinggi berhadapan kawasan lambungan SJ tu tadi. Lama menunggu akhirnya SJ tu sampai dengan 2 - 3 ekor yang lain. Penyudahnya tewas seekor tetapi tidak dapat dikenalpasti BH yang mana berjaya di tewaskan.




selesai laman kedua kembali ke tempat letak motosikal, member dah pun keluar ke laman lain. Bergerak perlahan - lahan mencari laman seterusnya. Berhenti di satu laman yang pernah masuk suatu masa dahulu tapi kali ini survey sebelah luar laman pula. Kedengaran seekor BH yang bersuara kasar dan mainan seperti burung kacuk. Cubaan untuk menewaskannya gagal bercampur dengan kesuntukkan masa yang dah masuk tengahari. Kita akan cuba menduganya untuk trip yang akan datang dengan jentera yang lain dan laman yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan