ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Khamis, 15 Disember 2016

Tiram Buruk Tapau Pasir

Ahad cuti bini aku ajak pergi MAHA, Isnin cuti melepak kat rumah....Selasa cuti aku minta bini hantar anak ke pengasuh dan boleh la aku pegi memikat. Alhamdulillah cuaca nampak cantik untuk aku lepaskan gian lama tak memikat. Aku malas nak menaip dalam mood kerja banyak ni, so aku buat dalam bentuk dibawah ni je. Semoga terhibur

KRONOLOGI 

07:30am - Bergerak dari rumah (Ukay Perdana)

08:00am - Singgah sarapan roti canai telur & Teh Tarik di kedai balai penghulu Ulu Klang

09:30am - Tiba di markas simpanan SENJATA 

10:00am - Bergerak ke lokasi (gerak hati nak ke Bukit Tagar)

10:30am - Tiba di Bkt Tagar, Laman pertama selepas tol bkt tagar. Pacak 10 minit BH Teh ''O" sejuk tak datang jenguk.

10:45am - Bergerak ke laman ke-2 (sunyi sepi), Laman ke-3 pacak pikat 5 minit BH lari hilang ntah kemana

11:00am - Keluar ke lokasi berikutnya iaitu jalan pasir. Laman ke-4 pun sunyi sepi

11:30am - Masuk laman ke-4 kedengaran seekor BH Guk 2 bersuara kecik dengan permainan tekan angguk. Garang bukan main, menguku sana sini mengejar BH lain. Pasang Tiram Buruk lebih kurang 5 minit target datang dekat lawan menekan. Tak sampai 15 minit pasang Tiram Buruk BH Target terjun ke laman terus menguku 2 round terjerut racik. 

11:45am : TAPAU






12:00pm - 12:30pm - Bergerak ke laman 5, 6 & 7 semua sunyi sepi. Terus bergerak balik

Terima Kasih pada semua pengikut setia Blog Pemikat Tekukur

Selasa, 18 Oktober 2016

5th Batch Baka Pikat SJ


Nampak nya anak yang ke-4 ni dah boleh di asingkan kerana batch ke-5 dah menetas. Aku masih tidak berpuas hati dengan pasangan induk ini kerana selalu buang telor dan buang anak. Aku nak bagi dia last pair dengan batch ke-6 kemudian nak bagi induk betina rehat dan nak masukan induk jantan yang lain.

Sabtu, 23 Julai 2016

1st Batch Anak SJ + SG


Cepat sungguh induk betina masuk bertelor lagi selepas seminggu lebih anak 1st batch menetas. Anak ini perlu diasingkan kerana nanti mereka akan ganggu induk betina hendak mengeram. Lambat lagi nak tengok performance anak batch pertama ni. Adakah permainan seperti induk jantan atau betina atau juga lain dari induk.

Isnin, 27 Jun 2016

1st Batch Baka Pikat SJ + SG

Setelah proses suai kenal pasangan Pikat SJ dengan Betina Kacuk SG nampak positif ianya membuahkan hasil yang pertama tetapi induk tinggalkan telor (tidak mengeram). Aku pun tidak pasti apa masalahnya, setahu aku si jantan memang jenis yang tidak mengeram. Aku ambil telor tersebut tumpangkan pada pasangan tekukur jawa. Nasib baik pasangan tekukur jawa tu eram telor dengan baik sehingga menetas.


Pasangan SJ dan SG kembali bertelor selang seminggu selepas pasangan itu tinggal telor yang kali pertama tadi. Setiap hari aku pantau perkembangan pasangan ini hendak pastikan yang induk mengeram telor. Jika induk tidak mahu mengeram, aku ada lagi sepasang jawa standby untuk ditumpangkan. Alhamdulillah pasangan ini mengeram dengan elok sehingga lah menetas.


Kita tunggu tengok hasilnya nanti. Macam mana isi permainan anak - anak pasangan ini nanti. Si jantan adalah pikat Seladang Jati ada mainan Teleku & Gagap sepatah manakala si betina Kacuk Seladang Gantung suara kecik Tarik Akar & ada Selang Gagap.

Jumaat, 24 Jun 2016

22062016 Bukit Tagar by TIRAM BURUK




Cuti hari Nuzul Quran aku menafaatkan belah paginya dengan tujuan untuk repeat laman minggu lepas iaitu laman BH suara kasar dengan laman gagap 5 patah.

Setting dengan kawan (jamen) pun dah last minute, dia pun tiada plan nak ke laman mana just follow aku sahaja nak ke mana pun. Kami gerak ke laman pun dah lewat sikit dan setiba di laman BH suara kasar tiada kedengaran bunyi BH tu cuma ada 2 - 3 ekor bh bunyi ala kadar.

Kami bergerak kehadapan sedikit terdengar bunyi BH sedang berdeguk, Guk 1 dan suara pun boleh tahan tingginya. Kami berpecah perlahan lahan berjalan menghimpit anggar BH tadi, setiba dekat dengan anggar bh tadi pula melambung ke laman lain. Aku patah balik ke tempat letak motosikal kedengaran bh tadi berdeguk di kawasan itu. Aku turunkan KELAB GOLF dan jauh sebelah kiri aku turunkan TIRAM BURUK. BB Kelab Golf buat kerja seperti biasa dan bh tadi pun melambung sana sini mencari lawannya. Nampak gayanya susah nak tapau kerana bh tadi tidak mahu datang mengadap Kelab Golf cuma datang beranggar jauh. Kemungkinan sibuk membuat sarang kerana aku nampak kelibat betina dan bh tu pun memerap dekat betina.

Tiram Buruk di turunkan kerana hendak mencuba sedut SJ di sebelah sana. Bh SJ datang beranggar dan disambut baik oleh Tiram Buruk (good job), kemudian tetiba datang seekor lagi dari belakang aku hinggap atas pelepah sawit atas kepala aku. Memekik dia dekat atas tu menyahut si Tiram Buruk, terdetik dalam hati aku dengan harapan supaya bh ni masuk ke laman Tiram Buruk. Suara A+ (kasar & tinggi) sedap didengar.

Dari satu pokok ke satu pokok bh menyelusup menuju ke Tiram Buruk. Bh ni turun dengan penuh gaya ke laman Tiram Buruk dari 5 pokok sawit. Berlari sambil menguku masuk laman terus tersadong....Alhamdulillah. Harini aku beli sangkar layang baru untuk dia hehe

Next time nak repeat BH yang di laman KELAB GOLF. Aku berpuas hati dengan prestasi KELAB GOLF walaupun tidak berjaya menurunkan bh tu.

Isnin, 6 Jun 2016

Bukit Tagar 05062016 by K.G

Perangcangan awal hendak ke Jengka bersama Hairi Spark & abang Mat Nor Subang tetapi terpaksa dibatalkan kerana ada urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Aku berhubung dengan abang Lan Kicap Bakawali dan dia mengatakan hendak ke bukit tagar. Seperti biasa aku selalu kelewatan dan aku sms abang Lan yang aku tunggu di luar dan akhirnya kami tidak ke bukit tagar bersama kerana handphone dia tinggal di rumah.

Kebetulan pula Suhaimie balas sms aku yang dia pun nak ikut bersama dan kami pun berdua menuju ke laman target dia. Total tangkapan aku 3 dan suhaime 1



Laman pertama suhaime ada seekor BH suara sedang tinggi menekan tarik akar. Kami masing - masing pasang pikat namun tidak berjaya ditewaskan setelah 2 jam menunggu. Kedengaran seekor BH bersuara kasar tetapi apabila kami himpit BH tu hilang pula. Terus mark laman untuk repeat 2 ekor tadi dilain hari.

Kami masuk ke laman seterusnya, suhaimie nak cuba reward suara kasar yang pernah dia cuba sebelum ini dan aku masuk ke dalam sedikit untuk mencari target baru. Kedengaran bunyi BH menekan suara kasar kendur tanpa melengahkan masa aku terus menurunkan BB Kelab Golf. Laman tanah gambut dan lembut merisaukan sedikit. Kelab Golf menekan 5-6 patah BH sampai namu BH yang lain datang bersuara sedang atas. BH sampai anggar menekan 3-4 patah terus terjun laman, mengangguk 2-3 round terus bungkus.






Laman berikutnya kedengaran BH berdeguk suara sedang (seladang gantung) dan aku terus himpit bawa turun Kelab Golf. Mesin aku buat kerja dengan baik memerap dan dibalas dengan BH tadi, rupanya - rupanya bulih tahan juga bila BH tadi menekan tarik akar dan disambut dengan 2-3 ekor BH yang lain. Bulih tahan juga BH yang lain dengan suaranya kasar tinggi - guk dia jelas dan menekan pun keras. 5 minit berlalu namun BH tidak juga datang dekat dengan laman pikat, masing - masing melambung sana sini atas kelab golf. Hati K.G dah panas menekan rapat sikit dengan selang kuku BH pun sampai. Angguk pun bulih tahan juga BH yang turun ke laman K.G penyudahnya tewas.




Aku cepat - cepat pergi ambih BH dan pasang racik baru di laman yang sama kerana hendakkan yang seekor lagi. Seekor lagi ini memang "A" di telinga aku. Tidak lama mesin aku buat kerja BH itu pun sampai dan turun laman. Permainan pun bermula dengan asakan angguknya dan berlaku pergelutan yang hebat dan mendebarkan. Syukur mesin aku boleh bertahan dan berbalas gasakan BH dan yang menghairan aku adalah BH masih bebas tidak tersangkut racik. Sudah puas berlaga BH tadi naik pergi gasak seekor lagi BH yang lain yang ada gagap 5 patah (dalam hati aku "habis melepas"). Aku pergi tambah lagi satu set racik sebelah belakang Kelab Golf. Sesudah habis bergasak dengan BH gagap 5 patah tu dia patah balik balas dendam pada Kelab Golf. Kali ini dia angguk 1 round sahaja dah tewas dan yang aku peliknya dia tersangkut set racik depan yang tidak kena masa dia bergasak round mula - mula tadi. Syukur dapat juga dan aku nak tengok perkembangannya berapa lama dia nak jadi steady seperti di hutan





Selasa, 31 Mei 2016

Warmup BB Kelab Golf 30052016

Sabtu dan ahad lepas aku tidak dapat berhobi kerana kerja dan ahad ada kenduri. Cadangan hendak repeat BH target di laman SKC namun ianya berakhir dengan kekecewaan apabila member beritahu semalam dia sudah bawa pulang burung target tu. Aduhai...........

BB Kelab Golf semakin sihat dan semakin galak dan sudah 2-3 hari aku bawa turun tanah dan lulus dengan cemerlang seperti dahulu. Petang semalam 30.05.2016 aku bawa BB K.G untuk menangkap dan resultnya amat memuaskan.




Sebelum melaman aku ada jumpa anak puyuh. Rasa nak ambil tapi tiada masa nak jaga nak bela. So aku ambil gambar sahaja





Sabtu, 28 Mei 2016

BB Tiram Buruk & BB C-Full 05/16


BB Tiram Buruk ini sudah diajar melaman dengan 5 tangkapan dan BB C-Full pula burung anak breeding programme dari induk jantan (pikat) kawan saiful dan induk betina aku sendiri. Programme breeding yang ini dapat 2 kali anak, 1st batch dapat tunggal bagi pada saiful manakala 2nd batch dapat sepasang dan bila dah besar anak yang betina mati kekeringan.......

Khamis, 26 Mei 2016

BB Kelab Golf Setelah Lama Rehat & Pulih Dari Sakit Mata/Ketumbit


Telah lama BB Kelab Golf ini rehat kerana aku sibuk dengan kerja dan keluarga. Aku simpan sahaja dalam rumah sehinngga kan tidak terjaga sehingga lah aku dapati BB ini diserang penyakit mata dan juga ketumbik. Hampir setiap hari aku berusaha untuk memulihkannya dan akhirnya BB ini kembali pulih dan sihat. Video di atas yang paling terkini perkembangannya setelah pulih kembali. Perlu bawak warm up main tanah dan melaman supaya BB ini beraksi seperti dahulu.

Rabu, 25 Mei 2016

Induk Betina Baru "Breeding Prog. V2016"

Induk Betina

Untuk Breeding Programe tahun 2016 ini aku nak buat turun baka Pikat SJ. Sebelum ini sudah 2 kali program gagal disebabkan jantan tak mahu mengeram dan sudah 2 ekor betina mati. Pertengahan tahun 2016 ini aku dapat seekor induk betina yang pernah bertelor dari seorang kawan. Induk betina ini asal dari melaka, bersuara kecik tarik akar dan ada selang kuku serta selang gagap. Pada hari ini 25.05.2016 aku mula masukan si betina ini ke dalam sangkar pikat sj tu. Aku nak tengok reaksi dan perkembangan dalam masa sehari dua ini samada serasi atau tidak.

Klik sini untuk lihat Pikat SJ


Isnin, 23 Mei 2016

Trip Jengka 10 20052016



Sudah 2 minggu plan asyik tertunda atas faktor - faktor yang tidak dapat dielakkan. Setelah membuat perangcangan akhirnya trip ke jengka berlangsung walaupun kekurangan ahli berikutan ada kenduri. Aku bersama hairi kota damansara a.k.a spark deng (FB) bergerak dari kuala lumpur jam 5.00 pagi dengan diiringi hujan. Sampai di jengka sekitar jam 7.30 pagi dan cuaca masih gerimis. Kawan sehobi yang tinggal di sana akan bawa kami ke beberapa laman pilihan. Setiba kami di laman cuaca kembali baik namun sedikit hampa kerana tiada keriuhan tekukur hutan. Kami berpindah ke beberapa laman sehingga petang cuma ada satu laman sahaja yang ada burung pilihan kami. Pikat kawan yang aku pakai menghampakan, hanya beraksi di waktu pagi sahaja dan itu pun tidak bersungguh. Tahniah kepada hairi kerana berjaya tewaskan burung target namun masih ada lagi seekor burung target tidak berjaya dibawa pulang. Terima kasih pada saudara Hafiz dan kawannya yang sudi bersama kami melaman di sana


Isnin, 16 Mei 2016

Khasiat Dari Daun Ati - Ati


Daun Ati - Ati ada pelbagai jenis dan dikatakan jenis seperti dalam gambar di atas adalah yang terbaik. Menurut pengalaman peminat terkukur dari sejak dahulu lagi menjelaskan khasiat dari daun ini boleh menambah kesihatan burung peliharaan dan juga digunakan bagi memulihkan pikat yang mengalami masalah suara. Selamat mencuba ....... 

Jumaat, 13 Mei 2016

Petua - Petua Old Timer (OTAI)

Disini kawe ingin kongsikan bersama2 dengan pembaca blog tentang beberapa petua turun temurun yang diamalkan oleh peminat - peminat burung tekukur terdahulu. Petua-petua ini merangkumi pemakanan burung terpilih, kaedah menjinakkan burung, kaedah melatih burung untuk dijadikan pikat serta petua mengubati burung yang sakit.


Kambu / Sekoi ( white millet ) + Madu + Tongkat Ali






Kali ini aku nak mencuba buat homemade kambu / sekoi (white millet) yang diadun bersama madu tongkat ali. Tongkat ali ini perlu direndam bersama madu untuk tempoh tertentu agar ektrak khasiat tongkat ali ini larut bersama madu. Setelah cukup tempoh, kemudian akan diadunkan bersama kambu / sekoi (white millet) untuk dijadikan sebagai makanan yang berkhasiat pada burung - burung dalam peliharaan. Cuma nanti perlu di lihat keberkesanan kaedah ini untuk kesihatan burung peliharaan kita.

Cili Burung Jeruk Madu





Salah satu petua untuk melawaskan suara burung tekukur ialah dengan memberi makan cili burung yang dijeruk dengan madu. Paling singkat cili dijeruk ialah satu malam. Ianya juga baik untuk sistem penghadaman burung serta mengatasi masalah kecacingan. Kuantiti yang perlu diberi sebanyak 2-3 biji dengan menyuapnya pada burung. Jangan terlalu kerap kerana ianya boleh merosakkan suara burung, cukup sekadar sebulan sekali


Khamis, 12 Mei 2016

1st Step Breeding Programe : Tekukur Jawa (Ringneck Dove)


Setelah sekian lama breeding programe terhenti dan kini aku nak mulakan balik perlahan - lahan. Pikat SJ aku dan pun dalam program tersebut tetapi sehingga kini masih tidak berhasil setelah 3 kali burung betina bertelor dan mengeram hanya separuh jalan sahaja kerana jantan tidak pandai mengeram. Burung betina tu pun kini dah mati dan diganti dengan betina baru yang masih belum bertelor sehingga hari ini (dalam proses suai kenal).

Sebagai langkah alternatif aku perlu mendapatkan sepasang tekukur jawa (ringneck dove) untuk dijadikan ibubapa tumpang mengeram & jaga anak. Sesetengah tempat gelarkan ianya sebagai MESIN. Akhirnya aku dapat juga sepasang kebetulan ada kenalan nak jual tekukur jawa dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM30/pair. Kebiasaan yang dijual dikedai - kedai burung harganya RM50-60/pair. Kemudian 2 minggu lepas aku beli lagi sepasang dari kenalan yang lain dengan harga yang sama juga iaitu RM30/pair dan kini aku ada 2 pasang tekukur jawa untuk dijadikan ibubapa tumpang.

Pasangan tekukur jawa yang aku beli ini boleh dikatakan elok kerana dia duduk sepanjang masa dalam sarang bertelor walaupun xda telor. Mudah - mudahan berhasil kelak.

Isnin, 9 Mei 2016

Catok Usang Tapaw Target 08052016

Plan untuk repeat BH target minggu lepas berjalan seperti yang dirancang. Kali ini ayie mk tidak dapat bersama kerana ada urusan keluarga. Sehari sebelumnya aku menghubungi otai Mat Nor subang kerana sudah lama tidak melaman bersama. Seperti kebiasaan trip memikat, berkumpul di restoran untuk sarapan dahulu kemudian bergerak ke laman. Aku dan member terus ke laman yang dirancang, agak jauh masuk ke dalam dari jalan utama. Cuaca agak baik yang masih berembun besar kemungkin suasana akan meriah dan boleh melaman sampai tengahari.

Pendekan cerita, pikat aku berjaya menurunkan BH target ke laman setelah 2 jam menunggu namun tersangat kecewa kerana BH terlucut racik. Frust ...............

Kami masuk ke dalam sedikit pindah mencari laman baru. Terjumpa laman yang boleh tahan meriahnya. Aku turunkan mesin dengan harapan hendak menewaskan SG suara keras sedang atas. Garang sungguh Bh ni, tidak sampai 5 minit dia sampai dan terus turun laman. berdebar - debar hati tengok BH gasak pikat, berterabur bulu tapi masih belum kena racik. Kebetulan member melalui lorong sebelah BH pun terbang lari. Aku angkat pikat dan member pasang pikat dia dan penyudahnya BH tadi TEWAS.



Masih ada lagi 2-3 ekor BH yang sedap didengar yang boleh dicuba untuk masa akan datang.

Jumaat, 6 Mei 2016

KGBB 23042016

Sudah lama aku tidak datang ke laman ini, pada petang tu aku merayau merata tempat kesemuanya sunyi sepi tiada BH. Sebelum balik aku singgah di kelab golf bukit beruntung, kedengaran bunyi SG berdeguk. Tanpa melengahkan masa aku terus pasang BB SG sebab waktu pun dah nak senja. Lama juga menunggu tak datang menyapa pun BH SG tu tetapi ada pengganti BH lain yang datang menduga. Penyudahnya BUNGKUS....




SKC Hulu Selangor 24042016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penulisan ini merupakan siaran tertunda berikutan kesibukan saya dalam hal - hal kerja dan komitmen yang lain. Sejak dari bulan mac lagi saya mengikuti siri - siri kursus setiap minggu dan akan berakhir penghujung mei ini.

Trip melaman kali ini yang hendak saya kongsikan bersama pengikut setia blog saya adalah trip ke SKC Hulu Selangor. Mungkin ada diantara pembaca yang mengatahui dan pernah ke sana. Perangcangan awal nak mencuba tewaskan BH Target SJ suara kasar di laman Bukit Minyak (bukit tagar) namun sahabat sehobi tukar haluan ke SKC. Setiba di lokasi kedengaran keriuhan bunyi tekukur, ,mungkin disebabkan hujan pada hari sebelumnya. Kami berpecah untuk menghimpit seekor BH yang sedap ditelinga mendengar suara dan mainannya.

 Laman pertama dapat seekor tetapi bukan BH yang dihimpit tadi, BH lain yang datang menduga. Suara BH ini ok la.. mainan pun boleh tahan ada selang angguk dan gagap sepatah di permulaan.




Dalam masa yang sama kedengaran bunyi BH SJ berdeguk dan melambung kesana sini. Setelah selesai laman pertama teringin nak mencuba SJ tu. Luas kawasan jajahannya, tak larat nak menghimpit akhirnya pacak BB di kawasan yang agak terang di atas tempat tinggi berhadapan kawasan lambungan SJ tu tadi. Lama menunggu akhirnya SJ tu sampai dengan 2 - 3 ekor yang lain. Penyudahnya tewas seekor tetapi tidak dapat dikenalpasti BH yang mana berjaya di tewaskan.




selesai laman kedua kembali ke tempat letak motosikal, member dah pun keluar ke laman lain. Bergerak perlahan - lahan mencari laman seterusnya. Berhenti di satu laman yang pernah masuk suatu masa dahulu tapi kali ini survey sebelah luar laman pula. Kedengaran seekor BH yang bersuara kasar dan mainan seperti burung kacuk. Cubaan untuk menewaskannya gagal bercampur dengan kesuntukkan masa yang dah masuk tengahari. Kita akan cuba menduganya untuk trip yang akan datang dengan jentera yang lain dan laman yang lain.

Khamis, 24 Mac 2016

Lone Ranger SKC

20 Mac 2016 - AHAD

Plan dengan member dari bukit beruntung rawang nak ke port BH sora kasar laman bukit tagar, janji jumpa kat bukit beruntung jam 7.00am. Aku pulak pulak pukul 7.00am baru nak gerak dari rumah (ampang), sms member suruh dia gerak dulu. Sampai rawang sms tak balas, lepas sarapan lone ranger masuk estate SKC. Penyudahnya tapau 2 ekor