Selamat menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan Ibadah Puasa kepada semua pembaca blog, rakan rakan dan taulan
Bulan Rejab merupakan bulan Allah kemudian Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah dan Ramadhan ialah Bulan Umat. Bulan yang dilimpahi Rahmat, Keampunan dan Kebebasan dari Neraka, bulan yang dirindui oleh seluruh umat islam yang beriman. Siangnya umat menahan makan minum serta perkara perkara yang membatalkan puasa kemudian mendirikan solat dimalamnya. Di bulan ini umat berlumba lumba dalam memperbanyakan amal ibadah kerana ganjaran yang disediakan Allah s.w.t berlipat ganda. Kita semua sudah sedia tahu yang banyak peristiwa peristiwa besar yang berlaku dalam bulan ramadhan, antaranya ialah Perang Badar, Nudzul Quran dan Lailatul Qadr. Marilah kita sama sama memohon Syurga serta pengampunan untuk diri dan ibubapa kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan