Jumaat, 9 November 2012

Tambah Koleksi


Kebetulan ada tawaran yang amat berpatutan tanpa melengahkan masa aku book terus 1 pair. Merata la jugak mencari duit nak pergi ambil stok ni hehe takut disambar orang je. Bila bawa balik rumah kawe masukkan kedalam sangkar tiel yang lutino tu. Cockatiel yang dulu tu dua-dua jantan manakala yang baru ini sepasang. Keesokkan harinya aku tengok yang betina ni duk beromen dengan salah seekor lutino yang lama. Hummm harap2 menjadi la projek breeding spesis ni. Yang betina pair baru ni jenis Pied Pearl (kanan) manakala jantannya Normal Grey (kiri).