ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Selasa, 6 November 2012

Merbok Handfeed


Anak merbok ni ambil dari sarang dalam kawasan kilang tempat kawe kerja. Ada la 1 port ni yang selalu jadi tumpuan merbok - merbok liar untuk bersarang. Kali ini memang sudah dikenal pasti induknya, bapaknya suara kasar & banyak derak. Memang dah plan dari awal nak ambil handfeed & kebetulan pada suatu hari tu ada gagak sambar sarang merbok. Setelah buat tinjauan didapati anak merbok ni ada sekor sahaja jatuh dibawah pokok dan kawe beranggapan seekor lagi sudah jadi mangsa gagak tadi. Pada sebelah petangnya induk datang ke sarang dan nampak kelibat seekor lagi anak, apa lagi terus tangkap. Pada mulanya anak merbok ni tak mahu makan bila disua bunjut kambu jadi terpaksa la suap secara paksa. Selepas 2-3 hari suap paksa baru la dia mula nak makan secara elok melalui bunjut kambu. Seminggu kemudian anak merbok ni dah mula belajar makan sendiri. Harapan 2013 sekiranya umur panjang hehe...