ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Isnin, 23 April 2012

Burung Sakit Dalam Mulut

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca blog pemikat-tekukur.blogspot.com. Saya sekadar ingin berkongsi petua dengan anda semua mengenai kes burung yang terkena jangkitan dalam mulut/tekak. Penyakit ini boleh berjangkit dengan kadar yang cepat serta mengakibatkan kematian. Jika seekor yang terkena didalam reban/ladung maka kesemuanya akan berjangkit serta akan mati.

Gambar Penyakit Dalam Mulut

Minggu lepas burung tekukur saya dijangkiti penyakit ini. Pada mulanya seekor kemudian selang 2 hari kena lagi seekor. Yang mula2 kena penyakit ini tak dapat diselamatkan kerana keadaan dah teruk. Yang kedua ini dapat diselamatkan setakat hari ini. Apa yang kawe buat ialah, pertama sekali asingkan burung yang dijangkiti penyakit ini kemudian basuh/cuci bekas air minuman dan bekas makanan. Masukkan air vitamin & antibiotik kedalam bekas minuman. Burung yang kena penyakit tadi...kawe titikan setitik ubat ORAL AID @ Bounjela kedalam mulutnya, kemudian suapkan 3 biji pil LARAS HATI serta kapsul Minyak Ikan. Didalam sangkar asingan  perlu dimasukkan air vitamin & antibiotik kedalam bekas minumannya. Keesokkan harinya kawe cungkil keluar benda putih dari dalam tekak burung tersebut dan suapkan pil laras hati serta titikkan ubat ORAL AID. Kawe lakukan perkara sama setiap hari dan menukar air minumannya setiap hari. 3 hari selepas itu burung yang kena penyakit tu kelihatan beransur baik. Dalam masa yang sama kita perlu perhatikan burung2 lain yang didalam reban/ladung dikhuatiri ada yang terkena. Seeloknya keluarkan semua burung untuk bersihkan sangkar/reban. Harap2 pengalaman saya ini dapat membantu pembaca semua jika terkena.