ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Jumaat, 28 September 2012

Anak vs Anak


Saja nak test burung anak hasil dari reban sendiri. Yang bertali kaki tu anak suap 1st batch dari sangkar 3 manakala yang dalam sangkar tu pula anak 1st batch dari sangkar no.1. Ternyata suara & game anak agak meleset dari induknya. Suara anak yang dalam sangkar tu lebih besar dari mak bapaknya. Sekarang ni dah mula rajin. Kalau dah letop2 bulih la tambat tapi buat masa sekarang belum terfikir lagi sebab nak ajar2 BB yang tengah duk galak sangkar tu.

Selasa, 25 September 2012

Pulau Carey


Ahad 23 Sept 2012 punya cerita.....
Dari minggu lepas lagi hari berganti hari namun kawe masih tiada plan nak mikat laman mana. Terasa nak main belah2 seremban tapi hati duk berat je memandangkan musim yang tak berapa bagus. Duk berchat dengan otai Kohjai dipelawanya datang Pulau Carey. Kawe pun set dengan member2, last minute satu2 duk cancel diatas sebab yang tak dapat dielakkan. Kawe pun runner la seorang diri dari Rawang ke Pulau Carey jarak lebih kurang 80km. Jam 5.30am kawe bertolak dan sampai sana lebih kurang jam 6.30am Kohjai dah stanby kt kedai makan, sembang lebih kurang terus masuk laman. 3-4 laman kami masuk dengan kehampaan......tiada sekor pun yang menjawap. Kohjai bawa ke 1 laman special....haaa kat ada la bunyi yang tak seberapa meriah.....apa2 pun pasang tetap pasang. Kesudahannya balik tanpa hasil, ini tak bermakna pikat tak main....hahaha...BH tak garang daa....2-3 ekor dh beranggar....pikat dah berdentum...BH buat derkkk jah. Adooiiiiiii.

Apa2 pun ribuan terima kasih kepada Otai Kohjai & Halim kerana sudi meluangkan masa untuk mikat bersama. Pikat depa baik2 daa......

Dari kiri Halim & Kohjai

Kecundang

Selasa, 11 September 2012

Ops Tagar 3.0

Tarikh : 11 Sept 2012 Selasa
Masa : 06.00pm
Lokasi : Bukit Tagar, Hulu Selangor
Penyertaan : Otai Lan Kicap & Kawe
Pikat : SJ Sound
Tangkapan : 1 ekor

Puncak Bukit
Assalamualaikum & salam sejahtera pada semua pengunjung setia blog kawe ni. Dah lama rasanya kawe menapau, sejak dari bulan puasa sampai hari ini. Kawe ni jarang2 jah dapat melaman, ahad lepas turun melaman pun tak menapau. Misi tekan angguk tak berhasil kerana BH langsung tak mau keluar dari sarang. Dari dulu lagi duk lagu tu jah.....burung ka apa tu.....sebab duk sebelah tokong hindu. Misi selang gagap pun tak berjaya kerana bh tu dah celir, pakai Kelab Golf langsung tak mau turun....pakai SJ mau turun tapi langsung tak masuk dekat. Aihhh melencong pulok kawe nih, ni cerita hari ni punya. Plan dengan member nak ke bkt tagar katanya pukul 4pm, masuk laman pertama langsung tak da BH....ubah laman masuk jauh kedalam....dengan naik turun bukit....masuk getah keluar sawit....masuk sawit keluar getah....1/2 jam naik motor sampai la kat satu puncak bukit ni. Pasang PIKAT TUA ada bh menyahut...kawe pun amek la port kat atas bukit kecik dalam gambar diatas. Duk sekejap bunyi sora kasar dari belakang.....haaa ada chance SJ duk sambut seruan nampaknya. SJ lambung NO GOOD bh sampai anggar....SJ buat teleku....hati BH panas oooo....zapppp terjah laman. Kakku kakak ku duk panggil kakak ke apa bh ni....ka lidah keras. pastu diam....sah ni musti dah sangkut. Tengok bh dah bawak racik....Bungkussss... Member dari jauh call, " haa dah dapat ka ? sora bulih tahan...ada gagap tu " kawe pun duk intai...mana dia ni, oooo kt hujung sana rupanya. Next time repeat lagi.....ada lagi stock yang menarik



Isnin, 3 September 2012

PERSATUAN WARISAN SENI TERKUKUR MALAYSIA

Tahniah diucapkan kepada barisan majlis tertinggi PWSTM kerana telah berjaya mendaftarkan PWSTM sebagai persatuan yang sah & berdaftar.