ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Sabtu, 28 Julai 2012

Anak Ayam Hutan

Baka dari kenalan Youtube syamnamaku.



Update 28 Julai 2012


Seekor lagi ibu adik beradik yang sama bawak keluar anak 8 ekor.  Baru ekor ibu laman rumah nampak macam dah penuh dengan ayam. Aduiii. Laani yang jantan kawe pasangkan dengan betina yang kawe ambil dari kawan. Betina baru ni ambil dari anak jugak dan sekarang dah besar. Baka dia jenis bersaiz kecil sket.



Update 23 Julai 2012







Ahad, 15 Julai 2012

Ops Bidor 2.0

Tarikh : 15 Julai 2012 (Ahad)
Lokasi : Kg Bikam 
Anggota : 5 
Pikat : BB Kelab Golf & BB Pachat
Hasil : 6 (keseluruhan)

Ops Bidor 2.0 
Seperti yang dirancang kami bergerak dari tol bkt beruntung jam 6.30 pagi, dengan 3 orang bermotosikal & 1 kereta. Awal - awal pagi lagi dah ditimpa kesusahan iaitu motosikal aku jame kira-kira 5 km nak sampai tol sungkai. Mujur aku sempat gunakan clutch dan motosikal masih boleh bergerak selepas berhenti sekejap. Hari ini laman yang minggu sebelumnya aku masuk kurang meriah, mungkin disebabkan angin yang kuat dan helang pun banyak menunggu mangsa. 2-3 laman BH datang bertanding tapi tak mahu turun disebabkan ada macam-macam ganguan. Lebih kurang jam 12 tengahari setelah beberapa laman tidak berjaya akhirnya seekor BH sora sedang atas (keras) yang leka menekan tewas dengan BB Kelab Golf dalam masa tak sampai 10 minit. Dari jauh aku himpit sehingga nampak jelas kelihatan, mujurlah dia tak lari jauh. Taip panjang pun buat penat mata pembaca je hehehe..so aku hidangkan sedikit gambar untuk jamuan mata.

Isnin, 2 Julai 2012

Ops Keledang

Tarikh : 1 Julai 2012 ( Ahad )
Lokasi : Seri Keledang Hulu Selangor
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Keanggotaan : Pagi (4), Petang (2)
Hasil Tangkapan : 4

Cadangan asal nak ke bidor lagi tapi ntah macam mana kami mengubah lokasi untuk mikat. Nak ringkaskan cerita, sampai lokasi kira-kira jam 8.00am. Kedengaran seekor duk lambung guk, kawe pun menawarkan untuk cuba menawan BH tu. Member yang gerak kedepan dan kawe masuk himpit guk 1 yang duk berdeguk tadi. Pasang pikat SJ atas tanah tinggi sedikit, dia pun mula buat kerja. 5 minit berlalu 3-4 ekor BH datang melambung - lambung. Ini yang buat pikat semakin panas. Kemudian datang sekor sora sedang tarik akar...lambung hinggap anggar nguku, lambung nguku.....aiiii bulih tahan jugak. Duk dalam 15 minit BH tu pun berjaya ditewaskan.


Ops Bidor

Tarikh : 30 Jun 2012 ( sabtu )
Lokasi : Kg. Bikam Bidor - Ladang Coldstream
Masa : 8.00 am - 5.00 pm
Keanggotaan : 4 orang
Hasil Tangkapan : 8 (semua)

Seperti yang dirancang, kawe & rakan plan nak repeat beberapa BH target dilokasi yang baru. Pukul 6am bertolak dari bukit beruntung rawang dan sampai lokasi lebih kurang jam 8 pagi. Masing2 bawa haluan sendiri. Kawe jumpa sekor yang duk melambung - lambung, berenti dengar ada nguku tongkat. Pasang pikat bh tu lari jauh kebawah bukit. Duk sekejap member datang....9.30am dah bawa hasil 2 ekor. Kawe suruh dia pasang kat bawah.....1/2 jam berlalu ngkuku tongkat berjaya ditawan oleh member.