ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Selasa, 26 Jun 2012

Resepi Orang Kampung


Balik penang 2 minggu lepas...wife ajak cari remis, katanya musim remis dah sekarang ni...ramai orang duk pakat kutip remis kat R&R lebuh Butterworth. Sambil sambil cari remis sempat la kawe kutip cengkerang2 kerang, kupang & seangkatan dengannya. Balik rumah masak remis....kawe kumpul lagi kulit remis tadi. Balik rawang kawe rebus kulit remis tadi sampai kering air, agak2 bau nak hangus kawe tutup api dan biarkan sejuk. Kemudian kawe tumbuk kulit2 tadi dengan lesung batu agak2 hancur burung bulih makan. Tujuannya ianya untuk membekalkan kalsium pada burung2 peliharaan kawe tambahan pula ada yang buat pesom, jadi khasiat kalsium ni amat diperlukan. Laku weh kawan2 produk ni hahaha....kepada sesiapa yang ingin mencuba....kawe ucapkan selamat mencuba & selamat maju jaya hahaha.....Nak mudah lagi beli la yang dah siap hancur kat kedai @ beli cuttle bond ( tulang sotong ).

Clearing Stock


Petang tadi member tanya " mu nak jual tak merbok, ada berapa ekor ? tadi aku call kedai cina tu..dia kata nak 20 ekor rm4 seekor". Kawe pun cakap lah ada dalam 8 ekor, duk kira2 8 x rm4 = rm32. Hummm lepas la buat beli makanan burung & tuan burung. Duk tangkap saja buat apa....biarlah mendatangkan hasil tambahan pulak burng merbok ni makan banyak...berak pun banyak. Masa merbok ada 3-4 ekor dulu.....kambu kawe untuk 1 ladung hanya 1 scoop jah.....tambah merbok lagi 4 ekor jado kena tambah 1 scoop lagi.....aiiiii parah gini. Merbok kat rumah ada lagi 3-4 ekor simpan, bakal2 buat pikat kot2 nak menjadi....

Isnin, 25 Jun 2012

9th Batch


Update 25 Jun 2012

2 minggu

Khamis, 21 Jun 2012

Suap Anak Tekukur (handfeed)

Dah lama dah.........hehe (tiru ayat Tun M masa nak pencen dulu), nak karang serba sedikit pasal bagaimana cara untuk menyuap sendiri anak burung tekukur @ merbok. Dulu masa mula - mula berjinak dengan burung tekukur & merbok ni...merata aku cari bagaimana cara yang betul. Alhamdulillah dengan bantuan kawan - kawan akhir dapat la aku handfeed beberapa ekor anak tekukur & merbok. Caranya berbeza dengan menyuap anak burung lain yang duk nganga je mulut dia...so senang la nak suap. Kalau burung tekukur & merbok ni susah skit....dia tidak nganga mulut jika lapar...hanya bunyi je cit cit cit...... Kaedahnya begini :-

1. Sediakan kain lebih kurang sebesar tapak tangan.
2. Letakkan sedikit kambu/sambau/sekoi diatas kain tadi. Seeloknya ada campuran pasir, dedak @ kalsium lagi baik.
3. Kemudian anda bungkuskan makanan tadi seperti buat bunjut sup.
4. Seterusnya tebuk satu lubang agak - agak lepas paruh anak burung masuk kedalam bunjut tadi.
5. Celupkan bunjut tadi kedalam air dan halakan lubang bunjut pada paruh anak burung.

Nak cerita panjang lebar pun hari berasa tak sedap badan nak menulis....mood flu. Layan video dari youtube ni sumbangan dari vietnam.

Jumaat, 15 Jun 2012

Tambah lagi dua


Tanda merbok yang terlepas dulu.


Masuk kerja pagi tadi berasa nak pasang ranjau lagi eh.....kali ni kawe pasang 2 kepala. Tengahari tadi pergi tengok ada 6 ekor merbok duk cari makan dekat kawasan larangan.....duk dalam 3 minit tengok sekor sangkut....selang seminit sekor lagi pulak sangkut manakala 4 lagi jauh skit dari zon bahaya. Pergi ambil tengok sekor tu ada tanda....tanda merbok yang kawe dapat dengan jebak dulu tapi terlepas dari ladung.

Ranjau Again



3 hari dah duk pasang ranjau.....burung merbok tak datang turun kat padang, mungkin disebabkan oleh cuaca yang agak panas seminggu dua ni. Tengah duk lepak2 kt umah lepas balik dari hantar tender INSPEN kajang tadi member call, " wey...ust. engkau pasang racik ka ? ni ha ada kena burung". Kawe pergi tengok dua ekor skali kena. Sekor bapaknya & lagi sekor anaknya. Petang tadi kawe mintak tolong member baiki jebak merbok kawe yang patah kat spring penibai. Cadangnya nak jolok naik pagi esok kejap...sebab dah seminggu duk dengar sekor suara kasar kat depan rumah ni. Hari minggu sabtu & ahad ni...member2 semua dah cucuh api...aduuuu, nak main sana la....main sinun la.....kasi panas je. Apa2 pun balik tengok anak kesayangan lagi syokkkkkkk oooooooo

Khamis, 14 Jun 2012

Santai Petang



Setiap petang....macam ni la aktiviti kawe & rakan2. Lokasi bkt beruntung Rawang hadapan rumah member je. Sambil2 santai pacak BB @ warm up pikat....tuan pulak hirup kopi panas, banyak syok weh. Dalam gambar atas tu ada 9 orang termasuk kawe....lagi 3 orang tak datang. Jika semua ada 12 orang mau penuh laman, buatnya bawa 2 ekor seorang...idak ka riuh laman....Bh pun tak berani nak singgah. Time xdak tinggal la 2-3 orang yang setia mengajar bb hahah...... Nak datang ke...silakan. 

Isnin, 11 Jun 2012

Pasangan Baru


Pasangan baru anak kacuk tekukur kg & jawa (jantan) pair dengan anak 1st batch dari sangkar 1 (betina). Masing2 masih muda lagi....tak tau la bila nak jadi. Ntah jadi ntah tidak.....Sepatutnya anak kacuk jawa ni di cross breed anak betina & bapak dia tapi induk asal xdapat anak betina pahtu bapak pulak cabut lari so tinggal  la anak jantan dia ni. Mungkin agak sukar la skit nak amek benih asal bapak dia sebab lepas kena tapi lagi.

Ni ha bapak dia.

Zoo Taiping




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pengikut blog ambo semua.... Asyik-asyik burung, burung, mikat, mikat tak dapat pulak tuh....pikat meragam lagi aduiii.....bawa anak bini jalan-jalan lagi segar minda haha. Kali ni lokasi pilihan ialah Zoo Taiping Perak, apa ada kat sana.....dalam kepala otak nak tengok BURUNG laaa jugak adoiiiii. Nak kata bagus tak la jugak....lagi elok Zoo Melaka dan kalau nak banding dengan Zoo Negara jauh panggang dari api. Sesiapa yang datang dari Perak, Kedah dapat diskaun tiket 50% dari harga asal RM12 untuk dewasa.

Jumaat, 8 Jun 2012

Tambah Koleksi


Semalam kebetulan ada trip kena hantar pekerja bangladesh ke Airport Klia so set dengan kawan untuk datang ke rumahnya sebab dah lama duk plan nak ambil Cockatiel jenis lutino diatas. Terima kasih pada saudara Farhan a.k.a silumanx kerana memberi kepercayaan kepada kawe untuk jaga & breed cockatiel dia. Sangkar dia dah siap cuma xdan nak masukkan je lagi. Harap2 proses breeding berjalan dengan lancar.....

8 June 2012



Hari ni siap sepenuhnya sangkar baru dia setelah beberapa ubahsuai dijalankan. Siap dengan nestbox sekali.
Tunggu apa lagi.....bertelur la hehe.....Hope.


Anak Ke-8

Update 07 June 2012

Pejam celik Nganga tutup.....dah berusia 3 minggu anak batch ke-8 ni. Ibu pun dah masuk bertelur semula so anak2 kena asingkan takot kacau ibu mengeram.



Selepas anak ke-7 dikeluarkan, induk mula bertelur tetapi xmau mengeram sebab telur kurang elok. Selang seminggu induk bertelur semula dan mengeram. Anak ni tetas pada tengahari 12 May 2012 Hari Jumaat.

Usia 2 hari

Isnin, 4 Jun 2012

Trip Penang.



Biasa lah kawe...Every 2 week kawe akan balik penang tengok anok bini. Minggu ni jalan2 ke kg. pak mertua dekat Junjung Kulim. Masuk area sana kelihatan 2-3 buah rumah bergantungan sangkar layang. Kalau kawe rajin jajah ni....mau dapat burung baik2 dgn harga yg berpatutan. Area rumah arwah mak pak mertua pun ada kedengaran BH duk bergasak....telinga panas je hehe. Masa nak balik wife ajak pergi tengok kawasan air terjun dekat2 situ....enjoy gambar ya...




Gambar diatas sebagai selingan sahaja......cerita asal kat bawah ni ha...

Jumaat, 1 Jun 2012

Ranjau Lagi




Fault pun fault la....janji tapau. Sekarang ni musim merbok tengah banyak turun makan kat padang tempat kawe kerja, apa lagi....buh racik ranjau la. 2-3 hari lepas dah tapau sekor, tengahari semalam tapau lagi sekor. Nasib baik kawe cepat tengok sebab racik duk jerut kepala.....kalu tak dapat dosa kering kawe aduuui. Nampak gaya macam burung muda lagi nih.