ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Rabu, 28 Mac 2012

Projek Baru Lagi

Buat simple2 jah....

Duk kemas2 kilang jumpa Frame besi ni....dlm kepala otak duk nampak dah apa yang dibuat dengan benda ni....kebetulan ada balance jaring yang duk buat reban & sangkar....sikit2 demi sikit buat akhirnya siap jugak... Pada rancangan awal nak buat ladung untuk masukkan anak2 tekukur....Bila dah ada anak AH yang lebih....masukkan dia je la....sebelum ni anak AH tu duk dalam ladung burung.....mendatangkan masalah pulak...so pindahkan la dia.....

Ahad, 25 Mac 2012

Ops Tagar 25032012

Tarikh : 25 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 9.00 am - 1.30 pm
Lokasi : Bukit Tagar
Anggota : Kawe, Jamen, Basri & Am
Pikat : SJ & BB Kelab Golf
Tangkapan : 1 by Pikat SJ
Masa Tangkapan : 10.30am
Spec BH : Guk 1, Suara Sedang

Bila mikat dekat2 ni.....Biar lambat asal selamat hahaha.....pukul 8.00am duk kt kedai mamak lagi. Sampai lokasi lebih kurang jam 9.00am la..masing duk pasang telinga cari BH. Kedengaran Guk 1 duk tarik guk....bulih tahan jugak air suara dia ni...elok jah. Masing2 pakat himpit.....dan kawe pasang SJ atas busut. BH lambung....pap pap pap pap....Terus senyap....dengan pikat2 sekali senyap. Ada la bunyi kadang2 kemudian pikat pun menyahut kadang2 jugak la.....Sejam tunggu akhirnya jatuh laman SJ... Panjang tekuk2 BH tengok racik.....tapi xleh tahan pikat keluarkan gagap 2 ketul terus lompat nak pukul pikat....belaga 2 -3 lepuk xkena racik....hairan kawe....BH pukul lagi 2-3 lepuk terus tarik kaki.....selesai.



Pindah laman...jumpa sekor duk menyelang saje kerja dia...kadang2 nguku & suara pun kasar, Pasang pikat & tunggu punya tunggu hampeh.....BH duk tunggu sarang rupanya. Tak pa....anggar & laman dh Mark, Tunggu utk Ops akan datang. Pindah lagi laman....masuk tempat Guk 2-3 & SJ. BH 2-3 tu ada lagi duk tarik guk.....SJ tak kedengaran. Pasang je pikat terus senyap....Hummmm sms kawan2 la  JUMMMM BALIK


Sabtu, 24 Mac 2012

Tangkapan Ke-8

Tarikh : 24 Mac 2012 Sabtu ( 1 Jamadil Awal 1433h )
Waktu : 6.40 pm
Lokasi : Jerat Cina Rawang
Pikat : BB Kelab Golf
Tangkapan : Ke-8
Spec BH : Seladang Gantung, Suara Sedang, Tarik Akar sikit, Banyak angguk & Angguk Anggar



Lepas kerja amek BB menuju ke bukit beruntung nak warm up utk mikat esok. Sampai separuh jalan hujan menitik pulak dah....pusing balik hala ke jerat cina. Sampai sana park tempat biasa....Hmmmm dh lama aku tak kemari. Pasang burung duk lepak dengar ada yang luar biasa sikit....Taiko la kononnya kot.....Alang2 baik aku g buh racik.....tunggu punya tunggu akhirnya mau jugak dia jenguk BB aku...mana bulih tahan dengar pujuk rayu BB kawe haha....zappppp jatuh depan BB. Tak mau masuk laman ya....pusing sana pusing sini masuk jugak laman.....Skill racik kawe special skit....kalu BH masuk laman paling cepat 2 langkah je termenung la dia....

Layan gambar la....x larat nak menaip




Selasa, 20 Mac 2012

2nd batch dari sangkar no. 3

Tarikh : 29 Ogos 2011 (Isnin)
Peristiwa : Generasi Ke-2 pesum menetas
Sangkar : No.3

Update 20 Mac 2012  

 Usia sekarang 7 bulan, adik dia (betina) dah lama masuk ladung. Cukup setahun akan masuk rekrut dalam Kem (ladung) untuk latih belaga.
 
Fizikal ikut ibu & peranagai ikut bapak

Isnin, 19 Mac 2012

2nd batch dari sangkar no. 2

Tarikh : 27 Sept 2011 (Selasa)
Peristiwa : Generasi ke-2 pesum menetas
Sangkar : No.2
Halaman Bloghttp://pemikat-tekukur.blogspot.com/2011/07/1st-batch-dari-sangkar-pesum-no-2.html


..........................................................................................................................................................
Update 19 Mac 2012


Warna bulu berlainan sedikit dari 1st batch dan lain dari induk. Warna kekuningan sedikit ala2 Tembaga Besar. Apa2 kena tengok lepas dia meluruh / salin bulu. Sangkar baru dah ready untuk pindahkan dia. Sepatutnya manik dah penuh dah.....hummmm

6 Bulan



Jumaat, 16 Mac 2012

1st Batch Dari Sangkar Pesum No. 3

Tarikh : 11 Julai 2011 (Isnin)
Peristiwa : Generasi Pertama pesum menetas
Sangkar : No.3
Induk Betina : BL (kg) Guk 1 Suara Sedang
Induk Jantan : BL (kg) Guk 1-2 (banyak 1) Suara Sedang
............................................................................................................


Update 16 Mac 2012

Pejam celik - pejam celik dah 8 bulan pun umur anak burung ni, jika kat hutan dah jadi bapak dah. Genap Setahun masuk rekrut dalam ladung untuk tempoh 3 - 4 bulan dan kemudian ikat sangkar layang.

8 Bulan 2 Minggu

Selasa, 13 Mac 2012

Melaman Di Port Dickson

Memikat tekukur bulih lepaskan tension (bagi yang minat). Kadang2 ada juga aktiviti lain yang perlu diselitkan setahun sekali untuk more release tension. Asyik duk melaman dalam kebun sawit jer.....trip ni kawe enjoy dengan isteri & anak serta rakan2 kerja dalam company event iaitu Family Day MISB 2012 yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di Port Dickson. Banyak aktiviti2 yang menarik, suka ria & menghiburkankan hati. Sebelum kawe snap la pic sikit2 sebagai kenangan. Pic aktiviti belum siap lagi dari photographer.


Jumaat, 9 Mac 2012

Bakal Diberi Keistimewaan

SG Pemberian saudara Rahmat a.k.a naneng juaseh. Dah mula jadi Taiko


Guk 1 , Rantau + Gagap BH Sungai Tengi pemberian saudara Jamen. Hampir setahun jalani pemulihan. Second Taiko


Harap2 menjadi la...Minggu depan plan nak tambat, Tukar yang mana tak mau galak kat sangkar layang.

Khamis, 8 Mac 2012

4th Batch ( Sangkar No.2 )

Tarikh : 7 Mac 2012 (Rabu)
Peristiwa : Anak Ke-4 menetas
Sangkar : No.2 






Kali ini induk sihat elok, selepas anak ke-3berumur 3 minggu...induk betina mula masuk sarang semula dan mengeram sehingga menetas. 

Rabu, 7 Mac 2012

Racik Baru 19 Eyes


Racik baru untuk Misi "Ghost Protocol" April 2012 yang berjumlah 19 mata ditempah dengan saudara jamen Bkt Sentosa Rawang. 

Isnin, 5 Mac 2012

Catok Baru

Sebelum ni duk pakai yang saiz kecil je...buat mikat dekat2 bulih la. Untuk main outstaion tak sesuai, kesian kat pikat. Setelah setahun kumpul dana...akhirnya dapat jugak beli hat besar sikit. Nak beli hat lawa2 seperti kawan2 yang lain beratus2 reganya....aihhhh tak mampu kawe hehehe......bulih la lagu ni pun. Kalu ada pikat bulih sedut 10 ekor sehari baru bulih beli catok rega RM500 hahaha....



Jumaat, 2 Mac 2012

Mission Accomplished

Tarikh : 1 Mac 2012 ( Khamis ) 8 Rabiul Akhir 1433h
Misi : "Aku Mau Pulang"
Objektif : Menangkap semula burung ladung yang terlepas
Taktik : Racik Ranjau
Hasil : 3 ekor dari 7

SG bertali kaki