'' SEPANDAI - PANDAI MERBOK MELOMPAT, AKHIRNYA MASUK RAPUN JEBAK JUA"
Tarikh : 29 Oktober 2011
Peristiwa : Memikat Merbok Idaman
Lokasi : Kilang Malpro Ind. Sdn Bhd (tempat kerja)
Dekat tepi kilang Malpro ini ada 2 ekor merbok yang setiap masa ada duk meratuh, berderak. Sekor suara kecik dan sekor lagi suara besar. Memandangkan kawe tiada pikat, usaha yang boleh dibuat hanya dengan memasang racik ranjau ditempat merbok ini turun makan. Masalahnya tak pernah sangkut dan akhirnya kawe pinjam pikat member. Selama 2 hari sejak jam 8.00 am - 6.00 pm berturut - turut namun tidak berhasil. Balik mengajar tekukur petang tadi sampai rumah dah malam, tengok ada hasil duk bergulung dalam rapun jebak. Akhir dapat jugak merbok tu tapi penantian belum selesai lagi kerana tak tahu dapat yang mana satu. Tunggu dengar hari-hari depan yang mana bunyi dan yang mana tiada kedengaran bunyi.