Tarikh : 26 Oktober 2011
Ini betina ke-3 yang kawe nak kahwinkan dengan duda sangkar pesum No.2. Betina ni Guk 1, ada rantau kadang2, ada gagap dan suara besar. Burung ni dah lama bertambat pemberian seorang kawan. Minggu pertama pasangan ini menunjukkan keserasian, duk beromen2 tetapi bila masuk minggu ke-2 si betina ni duk kejar & pukul jantan. Yang peliknya belah malam tidur rapat2, siangnya tibai jantan. Kesian tengok jantan sampai tak dapat nak makan, sekarang ni betina ni diasingkan untuk minggu suai kenal dengan jantan lain. Calon dah ada cuma tunggu masa yang sesuai sahaja. Jika dilihat pada gambar di atas, adakah burung ini burung betina @ jantan ?
nampak mcm jantan ...==
BalasPadamitu lah....roma jantan..
BalasPadam