Memikat burung tekukur adalah permainan rakyat sejak berzaman lagi. Laman ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan mereka yang mempunyai hobi & minat memelihara serta memikat Burung Tekukur.
ALUAN
Agama Ku
Pesanan
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.”
(Muslim)
Jumaat, 19 Ogos 2011
Mikat Ladang Kelapa Bukit Tagar
Kebetulan ada cuti sempena Hari Nuzul Quran, Kawe pun ambil kesempatan untuk mengajar BB Kelab Golf dan BB Pesum MK mikat. Rancangan awal nak mikat area Bukit Tarik S.K.C Bukit Beruntung kemudian kawan2 ubah fikiran nak mikat Ladang Kelapa Bukit Tagar kerana dah lama xmikat situ.
Dalam bulan puasa pun kawe gagahi jugak kerana bukan selalu ada masa free untuk bawak BB mikat. Sampai ladang suasa sepi memandangkan malam sebelumnya hujan dan cuaca pun agak suran & sejuk. Pusing2 dalam ladang lebih kurang 15 minit hari mula pecah panas dan tekukur mula berdendang. Masing2 cari laman ikut target yang dirasakan berkenan. Kawe pacak BB Pesum MK, pada mulanya dia takut nak keluar dari cetok tetapi kena desak skit baru lah dia keluar. Sepatah pun xberbunyi, BB Kelab Golf duk menekan dalam cetok yang mengundang kehadiran BH. Ambil keputusan untuk tukar BB kemudian BB Kelab Golf buat kerja dengan baik. Pagi itu 4 laman sahaja kawe main, BH susah nak turun dan kebanyakkannya duk menunggu sarang. Ada 2-3 ekor yang berkenan.....nanti repeat lepas Raya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam
BalasPadamweiii nik.hang ambik gambaq apa tu ?
tak pa repeat jgn tak repeat.
haha gambar blur2 skit.....saja letak hat blur sebab tgh blur....haha
BalasPadam