ALUAN

Agama Ku

Agama Ku

Pesanan

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.
(Muslim)


Selasa, 20 Mac 2012

2nd batch dari sangkar no. 3

Tarikh : 29 Ogos 2011 (Isnin)
Peristiwa : Generasi Ke-2 pesum menetas
Sangkar : No.3

Update 20 Mac 2012  

 Usia sekarang 7 bulan, adik dia (betina) dah lama masuk ladung. Cukup setahun akan masuk rekrut dalam Kem (ladung) untuk latih belaga.
 
Fizikal ikut ibu & peranagai ikut bapak
...................................................................................................................

Update 21 oktober 2011 (jumaat)


Memang berkesan cara kawe memasukkan betina baru yang garang, induk jantan takut dengan betina. Berita baiknya ialah masing2 tidur rapat2 dan waktu siang ada kalanya duk bermesra. Dengan harapan betina baru ini cepat bertelur dan induk jantan tidak lagi belasah betina selepas anak menetas.



berusia 8 minggu ( 2 bulan )
.....................................................................................................................



sebelah dalam jantan, luar betina



Setelah anak pertama yang menetas seekor sahaja kawe ambil bagi suap makanan, induk bertelur kembali dan mengeram 3 hari. Induk tinggal telur kerana terkejut member duk mesin rumput belakang reban. Seminggu kemudian induk bertelur kembali dan menetas pada Isnin 22.8.2011, kali ini 2 ekor menetas. Anak sebelah dalam yang bulunya sedikit kurang itu adalah jantan dan anak yang bahagian luar yang bulunya lebat sedikit itu adalah betina. Lepas ni kawe nak letak seekor lagi betina ( 1 jantan Vs 2 betina ) kot2 menjadi. 


.....................................................................................................................


Update 5 Sept 2011
Seminggu lepas menetas tiba Syawal, Kawe cuti balik kampung seminggu....budak yang jaga burung call bgtau induk betina dah tertobek.....ni mesti kerja induk jantan. Hati dah mula risau kot2 induk betina mampus & anak pun kena tibai jugak. Habis bercuti kawe dapati induk betina mmg teruk kena tibai...mata dah sepek, bulu dari kepala hingga ke atas bahu semua habis, mujur anak xkena tibai. Kawe asingkan induk jantan dan masalahnya induk betina xsuap anak. Kawe tukar dengan asingkan induk betina dan lihat induk jantan suap anak...xtau la apa crita induk betina nih....lepas ni nampak gayanya kena masuk betina baru....guk 1 selang gagap.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan